Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Sidang akhbar bersama dengan YB Ngeh Koo Ham di Parlimen pada 2 Mac 2022

Posted on Wednesday, 02-03-2022Thursday, 03-03-2022 by Editorial Team

Hari ini saya mengadakan sidang akhbar bersama dengan YB Ngeh Koo Ham di Parlimen. Kenyataan saya adalah seperti di bawah ๐Ÿ‘‡
Saya merujuk kepada kenyataan media Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Tuan Ismail bin Dollah, ACP, yang dipetik sebagai berkata mahu menjalankan siasatan terhadap ucapan saya yang berbau โ€œugutan terhadap polisโ€ dalam ceramah anjuran Pakatan Harapan Yong Peng pada 26 Februari 2022.

Dalam satu kenyataan media berasingan, Sdr YB Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas, telah menjelaskan bahawa sebenarnya keadaan berpunca daripada gangguan bunyi tarian singa yang bising anjuran MCA-BN yang menyebabkan ceramah Pakatan Harapan di Yong Peng terpaksa ditangguhkan selama setengah jam pada malam tersebut.

Sebagai seorang penceramah pada malam tersebut yang menyaksikan ketidakadilan terhadap penganjur ceramah Pakatan Harapan pada malam tersebut, dalam ucapan saya, saya telah merayu kepada pihak polis supaya membenarkan tambahan masa 30 mint sahaja untuk menggantikan masa yang diganggu oleh tarian singa yang dianjurkan oleh penyokong MCA-BN. Tetapi saya kecewa apabila permohonan terbuka saya itu ditolak oleh pegawai polis yang bertugas.

Saya berpendapat MCA-BN sengaja mahu tunjuk kuat dengan membuli PH, mencerminkan keangkuhan MCA-BN.
Saya juga rasa polis enggan membenarkan permohonan tambahan 30 minit kami semata-mata kerana Pakatan Harapan adalah pembangkang.

Saya sudi memberi kerjasama kepada polis sekiranya mereka ingin menjalankan siasatan terhadap saya, tetapi saya juga meminta pihak polis menjalankan siasatan terhadap pelanggaran SOP pilihan raya oleh pihak MCA-BN pada malam itu.

Saya juga ingin memohon maaf kepada sesiapa yang salah faham atau keliru tentang keadaan sebenar yang berlaku pada malam 26 Februari 2022, dan juga kepada mana-mana pihak yang tersinggung perasaan mereka.

Marilah kita berkempen secara adil, aman dan sejahtera.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (้ƒญ็ด ๆฒ) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan โ€œLaporan Pengurusan Pelarian di Malaysiaโ€ di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • ้ƒญ็ด ๆฒไฟƒ่ฏท้š†ๅธ‚ๆ”ฟๅฑ€ๅœจๆญฆๅ‰ๅŠ ้‡Œๅฐ”ใ€ๅคงๅŸŽๅ กๅŠๆ—งๅทด็”Ÿ่ทฏๅฑ•ๅผ€ๅ…จ้ขๅŸบ็ก€่ฎพๆ–ฝ็ ”็ฉถ
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • ๐‰๐Š๐๐“๐† ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฐ๐š๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ข, ๐’๐Š ๐ƒ๐š๐ง๐š๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐ค๐ž๐ซ๐ž๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐๐Œ
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘˜๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘“๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘ก ๐พโ„Ž๐‘–๐‘‘๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐ผ๐‘๐‘ข ๐‘†๐‘’๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘  ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘› (๐ถ๐‘œ๐‘›๐‘“๐‘–๐‘›๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก ๐ถ๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’).
  • ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐˜๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐€๐‚ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐“๐€ ๐๐€๐‚ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐”๐๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐†๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐’ ๐’๐€๐‘๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
  • (no title)

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme