Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Wee Ka Siong diseru Menyelesaikan Masalah Kekurangan Pekerja dan Kenaikan Harga Baja Yang dihadapi oleh Pekebun Kecil Sawit di Johor, dan Henti Memutar-belitkan Fakta Berkenaan Harga Sawit

Posted on Monday, 07-02-2022 by Editorial Team
Di dalam penulisan Presiden MCA, Wee Ka Siong dalam Facebook Bahasa Tionghua yang bertarikh 4 Februari 2022, beliau berkata kepada pekebun kecil sawit di Johor bahawa “hubungan yang kurang baik di antara Malaysia dengan China dan India dalam tempoh pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan telah menyebabkan harga sawit jatuh, dan pekebun kecil sawit rasa gembira keadaan ini tidak berlaku lagi.”
Sebagai anggota Jemaah Menteri, Wee Ka Siong haruslah tahu minyak sawit adalah komoditi di mana turun-naik harga sawit adalah disebabkan oleh pelbagai faktor antarabangsa, dan bukan samada Malaysia ada hubungan baik dengan China dan India.Selain daripada faktor-faktor permintaan dan penawaran di pasaran antarabangsa di sebalik wabak Covid-19, harga minyak sawit juga dipengaruhi oleh cuaca dunia, hasil pengeluaran dan juga harga tanaman minyak yang lain seperti kacang soya, bunga matahari dan rapeseed, dasar dan polisi negara pengeluar dan pengimport, stok minyak terkini dan lain-lain faktor.
Dasar Indonesia Terhadap Minyak Sawit Menyebabkan Kenaikan Harga Minyak
==================================
Sebab utama harga minyak sawit Malaysia naik secara berterusan adalah kerana dasar Indonesia baru-baru ini yang menghadkan pengeksportan minyak sawit mentah (CPO) sehingga berlakunya permintaan terhadap minyak sawit lebih tinggi daripada penawaran di pasaran minyak sawit antarabangsa, dan bukannya kerana kerajaan pintu belakang sekarang tidak menyinggung perasaan kerajaan India dan China. Kerajaan Indonesia telah menetapkan yang pengeluar minyak sawit dalam negaranya mengenepikan 20% minyak sawit yang boleh dieksport untuk dijual kepada kilang penyaring tempatan pada harga yang ditetapkan oleh kerajaan di bawah harga pasaran, dengan tujuan dijadikan minyak masak untuk penggunaan warga tempatan sebagai langkah mengurangkan inflasi.
Di samping itu, Indonesia tengah berusaha melaksanakan bio-diesel B30 (iaitu mencampurkan 30% minyak sawit dalam diesel) dan ia malah berancang untuk melaksanakan B40 pada tahun 2024, demi mencapai sasarannya untuk mengeluarkan 23% tenaga boleh diperbaharui (RE) pada tahun 2025.
Dasar Indonesia yang menghadkan pengeksportan minyak sawit mentah dan menyalurkan minyak sawit untuk digunakan oleh penduduk tempatan Indonesia, dan juga demi menggalakkan tenanga yang boleh diperbaharui (RE) merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kenaikan harga minyak sawit.
Kekurangan Pekerja di Kebun Sawit Malaysia Menjejaskan Pendapatan Pekebun Kecil Sawit
==================================
Selain daripada faktor dasar kerajaan Indonesia terhadap sawit, kerajaan Malaysia belum lagi memutuskan kemasukan pekerja asing secara fizikal, tambahan ramai warga Malaysia enggan bekerja di ladang sawit telah menjatuhkan pengeluaran minyak sawit.
Tetapi hakikatnya, masalah kekurangan pekerja di ladang sawit dan kenaikan harga baja dan racun perosak menyebabkan ramai pekebun kecil sawit langsung tidak dapat menikmati manfaat sepenuhnya daripada kenaikan harga minyak sawit.
Sekiranya Wee Ka Siong mempunyai keikhlasan untuk membantu pekebun sawit di Johor, saya mencabar Wee Ka Siong meluluskan permohonan pekerja asing secara fizikal dapat bekerja di kebun sawit Johor dalam tempoh satu bulan, di samping memberi subsidi kepada harga baja yang semakin melonjak naik, sebagai langkah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekebun kecil sawit.
Jika Wee Ka Siong memahami dan bersimpati dengan cabaran-cabaran pekebun sawit, dia sepatutnya memberi perhatian sepenuhnya mengatasi banyak lagi cabaran dan masalah yang dihadapi oleh industri minyak sawit di Malaysia demi kesenambungan dan kelestarian industri ini. Ini termasuklah cabaran pasaran yang dihadapi (market access), cukai yang tidak adil seperti levi keuntungan luarbiasa (windfall profit levy), peningkatan kos (unabated cost increase) dan lain-lain lagi dan tidak asyik tergaut dengan polemik politik sahaja.
Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme