Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Bajet Bagi Jabatan Perdana Menteri di Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat Pada 22 November 2021

Posted on Monday, 22-11-2021 by Editorial Team

Peraturan Kempen Pilihanraya di Melaka Terlalu Ketat dan Tidak Praktikal

Datuk Pengerusi, pilihanraya Negeri Melaka baru lepas, saya berharap pihak SPR akan mengadakan perbincangan dengan kesemua wakil parti politik untuk menyemak ataupun “review” kesemua SOP yang dilaksanakan dalam PRN Melaka ini, kerana banyak peraturan SOP yang dilaksanakan di Melaka ini memang tidak masuk akal, khususnya peraturan yang melarang kempen pilihanraya, malah termasuk lawatan dari pintu ke pintu oleh calon dan pegawai mereka.

Selain itu, kenapakah gambar ataupun bill board YB Pagoh selaku ketua parti dibenarkan didirikan di seluruh negeri Melaka sedangkan peraturan SPR menetapkan hanya gambar calon dibenarkan untuk dipaparkan sahaja? Kenapakah YB Pagoh diberi kebenaran untuk menegakkan billboardnya di seluruh Melaka, bukankah ini “double standard”?

Selain itu, saya ingin menyeru supaya kertas undi dicetak dalam warna supaya pengundi dapat mengenalpasti logo parti politik dengan jelasnya, kerana logo dalam “hitam putih” tidak memberi gambaran yang jelas kepada pengundi khususnya pengundi yang tidak mempunyai penglihatan yang baik.

CADANGAN BERKENAAN SUHAKAM

Tan Sri Pengerusi, saya ingin memberi pandangan tentang SUHAKAM. Saya tidak dapat cari butiran peruntukan SUHAKAM dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022, lepas itu, saya diberitahu bajet bagi SUHAKAM dimasukkan dalam Bahagian Hal Ehwal undang-undang (BHEUU) di Jabatan Perdana Menteri. Saya rasa amat hairan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ini tidak diberi taraf yang sama seperti SPR, SPRM dan suruhanjaya yang lain, tetapi bajet untuk SUHAKAM dimasukkan dalam BHEUU dan malah tanpa sebut butiran kepada SUHAKAM.

Saya ingin menyeru kerajaan menghormati peranan SUHAKAM dan beri peruntukan yang cukup kepada suruhanjaya ini demi memastikan keberkesanan suruhanjaya ini. Cadangan saya kepada SUHAKAM adalah seperti berikut:

i. Menambahkan bajet SUHAKAM kepada sekurang-kurangnya RM12.5 juta. Saya difahamkan bajet yang diberikan sekarang hanya cukup bagi perbelanjaan 8-9% program SUHAKAM, manakala kebanyakan peruntukan yang diberi kepada SUHAKAM sekarang hanya cukup untuk membayar gaji dan pengurusan SUHAKAM. Suruhanjaya ini memang perlu diberi peningkatan bajet sekurang-kurang 20% untuk memenuhi keperluan agensi ini.

ii. Kerajaan harus memberi peruntukan tambahan yang tetap yang khusus kepada pengwujudan pejabat baru bagi pesuruhjaya kanak-kanak (Children’s Commissioner) pada tahun 2019 di bawah SUHAKAM. Saya difahamkan pihak SUHAKAM pernah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan tetapi permohonan tidak dipedulikan sehingga hari ini.

iii. Saya juga difahamkan kenderaan rasmi yang digunakan oleh anggota SUHAKAM telah melebihi 15 tahun dan kereta-kereta ini tidak berfungsi dengan baik. Ini adalah amat bahaya bagi para pesuruhjaya yang menjalankan tugas mereka.

Saya berharap anggota Jemaah Menteri yang telah mendapat kereta Vellfire yang baru ini boleh mempertimbangkan keperluan kereta baru bagi para pesuruhjaya SUHAKAM, khususnya pada waktu Malaysia telah dilantik menjadi anggota United Nation Human Rights Council bermula 2022.

Setiap 5 tahun, SUHAKAM mesti disemak oleh jawatankuasa antarabangsa yang bebas, iaitu the Global Alliance of National Human Rights Institutions (GANHRI), iaitu semakan “peer review”. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada SUHAKAM kerana diberikan status “A” pada 3 bulan yang lepas, manakala 2 negara jiran kita berada pada status “B”.

Saya menyeru kesemua agensi kerajaan menghormati kuasa anggota SUHAKAM menjalankan tugas mereka. Saya difahamkan bila anggota SUHAKAM memantau Perhimpunan Lawan, pihak polis telahpun panggil anggota SUHAKAM untuk disoal-siasat. Akta SUHAKAM sebenarnya memberi kekebalan (immunity) kepada semua anggota suruhanjaya dan pegawai mereka untuk melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa gangguan.

Selain itu, anggota SUHAKAM harus dibenarkan melawat pusat penahanan dan penjara secara tiba-tiba tanpa diberitahu sebelumnya barulah mereka boleh menjalankan tugas secara berkesan, tetapi selalunya anggota SUHAKAM tidak diberi kemudahan untuk menjalankan tugas seperti ini.

Kerajaan Haruslah Mengkaji Semula Hukuman Mati Dalam Akta Dadah Merbahaya

Pada dua minggu yang lepas, warga Malaysia yang bernama Nagaenthran K Dharmalingam telah dijadualkan untuk digantung sampai mati di penjara Singapura pada hari sebelum Deepavali kerana menyeludup 43 gram heroin ke Singapura pada umur 21 tahun. Beliau telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Singapura sejak tahun 2010.

Isu hukuman mati beliau telah mendatangkan rayuan yang kuat daripada keluarga Nagaenthran, Ahli Parlimen dari Malaysia dan negara asing, dan juga NGO tempatan, sehingga Menteri Luar Negeri dan Perdana Menteri kita juga merayu kepada kerajaan Singapura untuk menghentikan pelaksanaan hukuman mati ke atas beliau.

Tan Sri Pengerusi, kes seperti ini telah berulang beberapa kali. Di negara kita, seksyen 39B dan 37da dalam Akta Dadah Berbahaya. Di bawah kedua-dua seksyen ini, orang yang selalu dihukum adalah mereka yang membawa dadah melebihi jadual Akta Dadah Berbahaya. Pengedar sebegini dirujuk sebagai “keldai dadah” ataupun “drug mules”.

Keldai dadah lazimnya terdiri daripada golongan terpinggir yang mudah terpedaya dengan ganjaran kerana terdesak dengan kesusahan hidup, seperti ibu tunggal dan orang yang banyak berhutang ataupun remaja yang tertipu dan sebagainya.

Contoh yang paling jelas ialah pada 15 Oktober tahun ini, seorang ibu tunggal yang bernama Hairun Jalwani yang mempunyai 9 orang anak yang mempunyai 113.9 gram dadah telah dijatuhkan hukuman mati di Mahkamah Tinggi Tawau. Kes ini mendatangkan simpati daripada orang ramai.

Kerajaan Pakatan Harapan pernah membincangkan isu berkenaan pemansuhan hukuman mati di bawah mantan Menteri Undang-undang mendiang Datuk VK Liew. Mendiang VK Liew pernah mengkaji pindaan undang-undang untuk memulangkan hak membuat keputusan kepada hakim dan bukannya ditetapkan dalam undang-undang.

Saya menyeru YB Menteri Undang-undang akan menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji tentang pemansuhan hukuman mati di bawah Akta Dadah Merbahaya.

Saya juga menyeru YB Pengerang yang kini jadi penasihat hak asasi manusia kepada YAB Perdana Menteri akan memberi nasihat kepada Jemaah Menteri tentang pemansuhan hukuman mati dalam Akta Dadah Merbahaya.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme