Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Masalah Keputusan Mahkamah Perusahaan Yang Tidak Adil Terhadap Pekerja Yang Hilang Pekerjaan

Posted on Thursday, 07-10-2021Tuesday, 26-10-2021 by Editorial Team

Masalah Keputusan Mahkamah Perusahaan Yang Tidak Adil Terhadap Pekerja Yang Hilang Pekerjaan

Pandemik Covid 19 sejak Mac tahun lepas telah menyebabkan ramai pekerja diberhentikan kerja dan ramai telah dipecat oleh majikan mereka tanpa diberikan apa-apa pampasan.

Ramai antara pekerja yang dihentikan juga terpaksa memfailkan kes pembuangan pekerjaan mereka untuk dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan dibawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP).

Di bawah Seksyen 20 ini,mana mana pekerja yang dipecat secara tidak adil dikehendaki mengemukakan aduan dan bukti melalui tempoh 60 hari dari notis pemecatan secara bertulis kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) dan kes boleh difailkan di mabmna mana pejabat JPP yang berdekatan dengan tempat kerja dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemecatan.

Ketika tempoh lockdown atau kawalan PKP tahun lepas, ramai pekerja tidak dapat menfailkan rayuan mereka secara fizikal kepada JPP kerana ramai pekerja ini tidak tahu proses dan hak rayuan pembuangan pekerjaan di bawah seksyen 20 APP sehingga ada yang terlepas pandang tempoh had memfailkan kes dalam 60 hari.

Isu yang ramai pihak pekerja yang mengadu hari ini adalah mengenai hak tuntutan pampasan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Perusahaan.

Apa yang mengecewakan ialah keputusan Mahkamah Perusahaan selalu mengambil masa yang begitu panjang untuk mendengar kes dan juga mengeluarkan keputusan.Ada yang sehingga 3 tahun baru keputusan dan pampasan awad dikeluarkan.

Aduan juga adalah mengenai sesetengah Pengerusi Mahkamah Perusahaan yang tidak memberi award ataupun gantirugi yang adil atau sewajarnya mengikut kontrak pekerjaan kepada pekerja yang menang dalam kesnya. Ada yang mendapat ganti rugi yang sungguh rendah berbanding dengan kiraan gaji yang telah hilang.

Mengikut Akta APP 1967, seorang pekerja yang dipecat secara tidak adil boleh mendapat pampasan sehingga 24 bulan maksima. Ini bermaksud jika seorang pekerja yang berpendapatan RM2,000 diberhentikan kerja, sekiranya Mahkamah Perusahaan mengambil masa 24 bulan untuk memberi award kepada pekerja tersebut, gantiruginya adalah sepatutnya RM2,000 dikali 24 bulan dan jumlah award/gantirugi sepatutnya RM48,000.

Tetapi, pada hakikatnya, dalam banyak kes, sesetengah Mahkamah Perusahaan hanya memberi award 12 bulan, iaitu RM24,000 sahaja kepada pekerja yang sama sekali telah hilang pekerjaan maupun tidak diserap kembali semula oleh majikan mereka.

Keputusan Mahkamah Perusahaan yang juga mengurangkan award yang sepatutnya diperolehi oleh pekerja tersebut sebanyak 50% – 80% sebenarnya adalah satu langkah yang tidak adil dan amat mengecewakan ramai pekerja. Ia menunjukan bahawa Mahkamah tidak mahu membayar ganti rugi yang sepatutnya kepada pekerja.Tidak dinafikan bahawa ini bukan semua kes tetapi kebanyakan ini adalah aduan dari pekerja yang bergaji rendah.

Di bawah undang-undang APP 1967 juga, sekiranya seseorang pekerja tidak puas hati atas award yang diberi oleh Mahkamah Perusahaan, dia boleh merayu ke Mahkamah Tinggi tetapi beliau terpaksa menanggung kos rayuan itu sendiri. Jadi berapa ramaikah orang pekerja yang mempunyai kemampuan untuk berjuang atas kes pemecatan kerja mereka?

Pekerja yang hilang pekerjaan ini terpaksa menanggung banyak beban atas kehilangan gaji dan pendapatan lain apabila menunggu kes mereka didengar yang juga mengambil masa bertahun lama untuk diselesaikan.

Selain itu, Mahkamah Perusahaan selalu mengambil masa lebih dari 2 hingga 3 tahun untuk mendengar rayuan pemecatan mereka, dan pekerja berkenaan tidak juga boleh bekerja dimana mana syarikat lain sehingga kes selesai di Mahkamah Perusahaan kerana Mahkamah Perusahaan akan menolak award /atau gantirugi jika pekerja itu didapati bekerja di tempat lain ketika kes masih berjalan.

Saya ingin menyeru Kementerian Sumber Manusia untuk mengadakan satu sistem pengiraan pampasan/awad yang lebih sistematik dan telus untuk semua pihak Pengerusi Mahkamah Perusahaan.

Kementerian Sumber Manusia juga harus menghapuskan Schedule II dalam APP 1967 untuk mengelakkan keputusan yang tidak adil terhadap pekerja.

Selain itu, sesuatu kes awad Mahkamah haruslah dikeluarkan dalam tempoh maksima 90 hari dan bukan selebih itu. Cadangan ini harus dilaksanakan dengan kadar segera kerana masih tidak ada apa apa perubahan atau keputusan untuk mengubah suai cadangan ini.

Isu mengenai ramai majikan melarikan dari tanggungjawab untuk membayar pampasan awad sehingga pekerja terpaksa memfailkan kes Non Compliance dibawah akta sama kepada Mahkamah. Ini juga membuang masa dan tidak langsung membantu pekerja tersebut.

Mahkamah Perusahaan harus bersikap adil dan mengeluar denda atau kompaun segera kepada majikan yang tidak mematuhi keputusan Mahkamah Perusahaan. Itulah sepatutnya berlaku tetapi malangnya semua ini masih tetangguh dan akhirnya pekerja tetap tidak mendapat keadilan yang dituntutnya di Mahkamah Perusahaan.

Maka isu ini harus dibentang dan mendapat perhatian Menteri dan satu keputusan mesti dibuat segera untuk memberi keadilan kepada beribuan pekerja yang telah hilang pekerjaan mereka semasa musim Covid19 ini.

JAWAPAN

Dato’ Yang di-Pertua

i) Panduan pengiraan pampasan kerana pemecatan yang tidak wajar telahpun sedia ada dan sangat jelas diperuntukkan dalam Nota Amalan Yang Dipertua Mahkamah Perusahaan No. 3 Tahun 2019 mengenai Garis Panduan Penurunan Award Bagi Kes-Kes Pembuangan Kerja.
Cara pengiraan pampasan dalam Nota Amalan ini digunapakai tanpa sebarang kekeliruan oleh semua Pengerusi Mahkamah Perusahaan apabila memutuskan untuk memberikan remedi pembayaran gantirugi kepada Pihak Menuntut yang dibuang kerja tanpa sebab dan alas an yang wajar oleh majikannya.

Setakat ini, tiada sebarang semakan kehakiman yang difailkan ke Mahkamah Tinggi oleh pihak yang terkilan dengan keputusan Mahkamah Perusahaan yang menggunapakai sistem pengiraan pampasan sebagaimana diperuntukkan dalam Nota Amalan No. 3 Tahun 2019 tersebut.

ii) Jadual Kedua Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] adalah merupakan sebahagian daripada peruntukan undang-undang yang telah lama mantap dalam Akta 177 ini. Jadual ini diletakkan dalam Akta 177 bagi memastikan pampasan yang diawardkan kepada Pihak Yang Menuntut (tidak melebihi 12 dan 24 bulan pampasan gaji ke belakang mengikut status pekerja) dikira secara adil berdasarkan prinsip undang-undang dan fakta serta keterangan yang dikemukakan oleh pihak yang bertikai.

iii) Mahkamah Perusahaan sentiasa memastikan setiap kes yang dirujuk ke Mahkamah Perusahaan dapat diselesaikan secepat mungkin supaya keasilan dapat diberikan kepada semua pihak bertikai di hadapannya.

Bagi memastikan perkara ini terlaksana, Piagam Pelanggan Mahkamah Perusahaan memperuntukkan bahawa semua Award akan dikeluarkan oleh Pengerusi Mahkamah adalah dalam tempoh 90 hari dari Tarikh pemfailan hujahan terakhir oleh kedua-dua pihak.

iv) Pada masa sekarang, mekanisme untuk penguatkuasaan Award Mahkamah Perusahaan yang sedia ada adalah melalui prosiding ketidakpatuhan Award [non-compliance] yang difailkan oleh Pihak Menuntut terhadap Pihak Syarikat atau majikan di bawah Seksyen 56 Akta 177 apabila majikan gagal mematuhi Award yang dikeluarkan.

Pendengaran kes-kes ketidakpatuhan Award ini disegerakan dalam prosiding yang ringkas dan Award ketidakpatuhan akan dikeluarkan dalam masa yang singkat.

Sekiranya pihak Syarikat masih gagal atau enggan mematuhi Award ketidakpatuhan yang diputuskan, Pihak Yang Menuntut bolehlah membuat permohonan di bawah seksyen 56(4) Akta 177, memohonAward ketidakpatuhan tersebut didaftarkan dengan Mahkamah Sesyen bagi membolehkan pihak Yang Menuntut memulakan prosiding sivil terhadap Syarikat di Mahkamah Sesyen.

Dato’ Yang Dipertua,

v) Sebagai seruan untuk membantu pekerja-pekerja menuntut keadilan berkenaan majikan yang enggan mematuhi award yang dikeluarkan oleh Mahkamah Perusahaan Malaysia, Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) melalui pindaan Akta 177 yang telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2021 telah membuat pindaan terhadap peruntukan seksyen 56(3) Akta 177 iaitu berhubung ketidakpatuhan terhadap award seperti berikut:

i. Hukuman denda dinaikkan daripada tidak melebihi dua ribu ringgit kepada tidak melebihi lima puluh ribu ringgit; dan
ii. Memperkenalkan peruntukan baharu iaitu memberi kuasa kepada Mahkamah Majistret/ Mahkamah Tinggi/Mahkamah Rayuan untuk mengarahkan orang yang disabitkan kesalahan membayar apa-apa bayaran tertunggak berkaitan award kepada pekerja terlibat

Sekian Terima Kasih

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme