Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

[Bhg 3] Perbahasan RMK12 YB Teresa Kok: Biofuel B20, Pemasaran Lada Sarawak & Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Kelas Dunia

Posted on Monday, 04-10-2021Saturday, 23-10-2021 by Editorial Team

 

PERLENGKAPAN BIOFUEL HARUSLAH DISEDIAKAN 

Datuk yang diPertua, Bab 8 dalam Buku RMK12 sebut program biodiesel B20 akan diperluas secara berpringkat ke seluruh negara, manakala program B30 akan diperkenal pada penghujung RMK12.

Sebenarnya, Program biodiesel B20 telah dilancarkan pada 20 Februari 2020 dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sepatutnya menaiktaraf depot di beberapa tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk menampung biodiesel B20, Kementerian Kewangan juga telah memberi peruntukan kepada MPIC untuk melakukan initiatif ini. Walau bagaimanapun, selepas Kerajaan Pakatan Harapan jatuh, saya difahamkan rancangan pelaksanaan biodiesel B20 ini diketepikan kerana harga minyak sawit yang melambung naik.

Datuk yang diPertua, minyak sawit adalah komoditi yang harganya dipengaruhi oleh pasaran antarabangsa. Harga minyak sawit dalam keadaan yang tinggi sekarang, tetapi ia mungkin akan jatuh dengan seriusnya 6 bulan kemudian. Biodiesel B20 adalah satu mekanisme yang meningkatkan penggunaan minyak sawit dan mengimbangi harga sawit bila harganya rendah. Jadi, saya berharap kerajaan akan serius dari segi penaikantaraf depot yang menampung Biodiesel B20 pada tahun hadapan sebagai langkah sediakan payung sebelum hujan bagi industri sawit negara.

 

APAKAH STRATEGI PEMASARAN LADA SARAWAK?

Datuk yang diPertua, lada dari Sarawak adalah lada yang paling istimewa di dunia. Bekas Menteri dari Kuala Nerus telah memberhentikan bekas Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pemasaran produk pengguna lada.

Saya ingin tanya apakah perancangan Lembaga Lada Malaysia dan MPIC terhadap industry lada daripada huluan ke hiliran? Kementerian telah menubuhkan SaraSpice, anak syarikat kepada Lembaga Lada Mlaysia untuk memasarkan produk hiliran lada ke pasaran antarabangsa. Apakah berlaku pada SaraSpice sekarang dan berpakah keuntungan syarikat ini pada tahun 2019 dan 2020?

 

KUALA LUMPUR HARUSLAH DIJADIKAN BANDARAYA KELAS DUNIA

Datuk yang diPertua, bila YB Arau dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, saya pernah keluarkan kenyataan yang menyeru beliau untuk teruskan impian Kerajaan selama ini untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya kelas dunia (World Class City). Untuk mencapai impian ini, YB Menteri mesti mengambil pendekatan yang makro dan bekerjasama dengan pelbagai industry di Kuala Lumpur untuk menarik pelabur dan pelancong ke Kuala Lumpur, di samping menjadikan Kuala Lumpur sebagai “liveable city”.

Justeru, saya menyeru YB Arau tidak menjejak langkah bekas Menteri WP seperti Putrajaya dan Ketereh. YB Putrajaya meluluskan banyak projek yang berdensiti tinggi tanpa melihat kesesuaian tapak  dan tapak, manakala YB Ketereh mengeluarkan dasar yang hanya sesuai di kawasan Parlimen Ketereh dan yang langsung tidak sesuai di Kuala Lumpur.

Saya memuji YB Arau telah mengambil untuk menjemput Ahli Parlimen Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan beliau dan mendengar rintihan dan pandangan kami. Saya berharap YB Arau akan terus mengadakan engagement dengan Ahli Parlimen Harapan dan pihak industry di Kuala Lumpur, supaya kita sama-sama mentadbir Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang berlandaskan tema RMK12, iaitu bandaraya yang Makmur, inklusif dan mampan.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme