Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Perbahasan peringkat jawatankuasa MPIC di Dewan Rakyat (1 Disember 2020)(sambung)

Posted on Tuesday, 01-12-2020 by Editorial Team

Saya bangkitkan isu berkenaan Saraspice, anak syarikat Malaysia Pepper Board (MPB) dan juga penamatan Ketua Pengarah MPB secara tidak adil. Ucapan saya seperti berikut:-

1. Saya ingin tanya Menteri, apakah berlaku pada Sara Spice, anak syarikat yang ditubuhkan di bawah Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan dikawal 100% oleh MPB sekarang? Macam mana dengan re-branding produk lada Sara Spice sekarang? Apakah produk hiliran baru yang telah menjalani “rebranding” telah dikeluarkan oleh Sara Spice?

2. Saya terima maklumat di mana Sara Spice masih hutang dan enggan bayar syarikat pengiklanan yang membantu Sara Spice untuk menjalani “re-branding” bagi produk Sara Spice kerana kononnya pihak MPB enggan keluarkan bayaran. Keengganan Sara Spice bayar perbelanjaan syarikat pengiklanan ini malah menyebabkan pengurus baru Sara Spice meletakkan jawatan. Apakah ini benar?

3. Tujuan Sara Spice ditubuhkan adalah untuk memastikan MPB boleh fokus peranannya sebagai agensi kerajaan yang mengeluarkan lesen, menjalankan penyelidikan dan menjalankan penguatkuasaan dalam industri lada. Ini adalah kerana selama ini, MPB memang menjalankan peranan sebagai agensi penguatkuasaan di samping perniagaan lada, yang memang merupakan konflik kepentingan. Jadi Sara Spice memang akan mengambil alih fungsi membeli dan menjual lada.

4. Saya terbaca laporan berita di Borneo Post yang bertarikh 19 November 2020, di mana Timbalan Menteri MPIC, YB Puncak Borneo menafikan Sara Spice Berhad mengambilalih operasi pembelian lada daripada MPB. Saya ingin tanya, apakah Timbalan Menteri dilapor salah ataupun “misquoted” oleh Borneo Post ataupun beliau tidak faham tentang tujuan asal penubuhan Sara Spice yang sememangnya menjalankan perdagangan ataupun “trading” lada, ini termasuk membeli lada daripada pekebun kecil lada.

5. Sekiranya Sara Spice tidak mengambil alih fungsi perdagangan (trading) daripada MPB, apakah MPB akan terus menjalankan perdagangan di samping menjalankan penguatkuasaan dan pengeluaran lesen, yang mana merupakan percanggahan kepentingan dalam kedua-dua fungsi ini. Saya ingin minta YB Menteri memberitahu dewan yang mulia ini tentang peranan MPB dan Sara Spice, dan juga kenyataan Timbalan Menteri dari Puncak Borneo yang dilaporkan di Borneo Post.

6. Sehubungan dengan itu, saya juga ingin tanya sekali lagi kenapa YB Menteri memberhentikan Ketua Pengarah MPB dalam masa 24 jam tanpa memberi apa-apa alasan? Kontrak perkhidmatannya sepatutnya tamat pada Februari tahun depan. Dalam ucapan penggulungan Menteri, Menteri kata bekas Ketua Pengarah MPB ini akan dibayar gaji tambahan satu bulan sahaja dan Menteri mengalu-alukan bekas Ketua Pengarah ini membawa kes ini ke mahkamah. Saya rasa amat kesal atas sikap dan tindakan YB Menteri terhadap pemecatan seorang pegawai yang berjawatan tinggi yang cuba sedaya-upaya untuk membawa pembaharuan dalam MPB sepanjang tempoh perkhidmatannya. Apakah ini adil? YB Menteri seorang ustaz, apakah tindakan YB Menteri ini bercanggah dengan nilai agama yang dipegang kuat oleh YB Menteri?

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme