Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan Mengikut Peraturan Mesyuarat 17 oleh YB Teresa Kok (Seputeh) Penyelewengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam Perlantikan Pemegang Amanah Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC)

Posted on Tuesday, 17-11-2020 by Editorial Team

Penyelewengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam Perlantikan Pemegang Amanah Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC)
==============================================================

Majlis Kayu-Kayan Malaysia ataupun Malaysian Timber Council (MTC) adalah majlis bebas yang ditubuhkan oleh industri kayu-kayan melalui dana yang dikutip daripada pengeksport kayu-kayan pada 30 tahun yang lepas. Majlis ini ditubuhkan untuk mempromosi kayu-kayan Malaysia di pasaran antarabangsa.

MTC merupakan satu badan usahasama di antara Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dengan industri kayu-kayan swasta, ia bukan badan berkanun ataupun agensi kerajaan. Jadi, perlantikan pemegang amanah MTC haruslah mengikut cadangan persatuan kayu-kayan dalam MTC.

Mengikut Memorandum dan artikel MTC, 5 ahli lembaga pemegang asas dicadangkan oleh persatuan-persatuan tersebut yang harus disokong oleh menteri. Menteri juga diberi kuasa untuk melantik seorang pengerusi dan 4 orang ahli pemegang amanah bebas yang mampu membantu perkembangan industri kayu-kayan.

Walau bagaimanapun, bila saya lihat laman web rasmi MTC, Menteri telah melantik seramai 7 orang ahli pemegang amanah bebas, iaitu melebihi kuota yang dibenarkan. Antara lain ahli lembaga pemegang amanah malah termasuk Setiausaha Politik Menteri dan juga bekas CEO yang tidak disambung tempohnya kerana tidak menepati KPI Lembaga Pemegang Amanah MTC. Kredibiliti kedua-dua calon ini dipertikaikan oleh pihak industri kayu-kayan dan mereka mengadu Menteri langsung tidak pernah mengadakan rundingan dengan mereka terlebih dahulu.

Selain itu, saya juga mendapat aduan daripada pemimpin persatuan kayu-kayan bahawa CEO baharu MTC yang dilantik tidak melalui jawatankuasa pencalonan peringkat pemegang amanah tetapi beliau dicadangkan dan dilantik oleh Menteri. Calon tersebut tidak mempunyai pengalaman dalam industri kayu kayan, pelantikan ini mendatangkan kritikan daripada persatuan kayu-kayan.

Seperkara lagi ialah Menteri telah menamatkan perlantikan ahli lembaga sedia ada pada akhir bulan Julai, dan hanya melantik penggantian pada akhir bulan Oktober, tetapi tarikh perlantikan mereka diletak pada awal Ogos 2020. Calon-calon yang dilantik oleh Menteri juga tidak mengikut prioriti yang dikemukakan oleh persatuanpersatuan kayu-kayan, Menteri malah enggan melantik semula presiden salah satu persatuan yang mempunyai banyak pengalaman dalam industri kayu-kayan.

Kesemua tindakan Menteri di atas tidak mengikut tartatertib Memorandum dan Artikel MTC dan Akta Syarikat 2016, dan telah menimbulkan ketegangan dan ketidakpercayaan di antara para pengusaha industri kayu-kayan dengan Menteri dan MPIC.

Saya ingin minta Menteri MPIC menjelaskan rasional perlantikan pemegang amanah MTC yang bercanggah dengan prosedur dan tatatertib MTC di dewan yang mulia ini.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

YB Seputeh, Puan Teresa Kok Suh Sim telah membangkitkan beberapa perkara mengenai pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Timber Council (MTC) yang dikatakan tidak mengikut perlembagaan Memorandum dan Artikel MTC serta Akta Syarikat 2016 meliputi tiga perkara seperti berikut:

1. YB Menteri melantik Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) melebihi kuota
Untuk makluman YB Seputeh, Article 11(a), Memorandum and Articles of Association of Malaysian Timber Council (MTC) telah menggariskan bahawa Ahli Lembaga Pemegang Amanah hendaklah dilantik oleh Menteri tidak kurang daripada 3 atau tidak lebih daripada 14 orang. Dalam hal ini, lantikan seramai 7 orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah tambahan masih lagi tertakluk di bawah bilangan yang dibenarkan oleh Articles of Association MTC. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pelantikan adalah seramai 14 orang. Jumlah tersebut turut merangkumi pelantikan Pengerusi, wakil-wakil persatuan dan industri serta wakil perseorangan/individu.

2. CEO baharu dilantik tidak melalui Jawatankuasa Pencalonan peringkat pemegang amanah.
Merujuk kepada Article 23, Memorandum and Articles of Association of Malaysian Timber Council (MTC), pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MTC adalah di bawah kuasa Lembaga Pemegang Amanah MTC dengan terlebih dahulu perlu mendapat kelulusan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Di peringkat Kementerian dan bagi tujuan penyelarasan, proses pelantikan jawatan Ketua Pengarah/ CEO adalah melalui Jawatankuasa Pemilihan Calon Jawatan Ketua Pengarah/Timbalan Ketua Pengarah Badan Berkanun Persekutuan (Agensi) dan Ketua Pegawai Eksekutif (Majlis) dan Institusi seperti amalan serta garis panduan yang digunakan oleh semua Agensi dan Majlis di bawah KPPK.

Bagi urusan pelantikan CEO, MTC melalui surat bertarikh 13 Oktober 2020 telah mengemukakan kepada Kementerian senarai 5 orang calon termasuk Encik Muhtar bin Suhaili untuk penelitian Jawatankuasa Pemilihan dan kelulusan pelantikan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Kementerian dimaklumkan bahawa senarai tersebut telah diperakui dan dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah MTC. Berdasarkan kepada pertimbangan, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pada 30 Oktober 2020 telah bersetuju supaya Lembaga Pemegang Amanah MTC melantik Encik Muhtar bin Suhaili sebagai CEO yang baharu. Beliau berpengalaman berkhidmat di pelbagai industri termasuk automotif bersama Perodua dan berpengalaman 15 tahun berkhidmat bersama syarikat multi-nasional minyak dan gas iaitu Shell sebelum menyertai MTC. Sebagai makluman, pelantikan CEO MTC dari latar belakang selain perkayuan bukan pertama kali dan pernah dilaksanakan sebelum ini. Ia boleh memberikan perspektif baru kepada MTC dalam menjalankan fungsi dan peranannya.

Selaras dengan itu, Kementerian melalui surat bertarikh 2 November 2020 telah memaklumkan kelulusan pelantikan CEO MTC oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi kepada Pengerusi 4 MTC. Ini bagi membolehkan Lembaga Pemegang Amanah MTC mengambil tindakan selanjutnya selaras dengan peruntukan di dalam Memorandum and Articles of Association of MTC dan peraturan-peraturan berkaitan lain yang sedang berkuatkuasa.

3. Tarikh pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Merujuk kepada pelantikan beberapa Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang dilaksanakan dalam tarikh kebelakang (backdated), perkara ini tidak bertentangan dengan mana-mana artikel atau tatacara pelantikan yang ditetapkan di bawah Memorandum and Articles of Association of Malaysian Timber Council (MTC). Dalam hal ini, Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pelantikan kesemua Ahli Lembaga Pemegang Amanah MTC termasuk tarikh pelantikan dengan syarat tarikh pelantikan tersebut tidak melebihi tempoh 2 tahun. Surat serta sijil pelantikan kesemua Ahli Lembaga Pemegang Amanah MTC turut dikemukakan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memastikan pelantikan yang dilaksanakan bertepatan serta mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Memorandum and Articles of Association of MTC.

Bahagian Kemajuan Industri Kayu-kayan, Tembakau dan Kenaf (KTK)
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)
17 November 2020

MAKLUMAT TAMBAHAN:

PELANTIKAN CEO MTC

i. Pelantikan melalui Jawatankuasa Pemilihan Calon Jawatan Ketua Pengarah/Timbalan Ketua Pengarah Badan Berkanun Persekutuan (agensi) dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis dan Institusi.

ii. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan dianggotai oleh dua (2) Timbalan Ketua Setiausaha, Setiausaha Bahagian yang mengawal selia komoditi berkaitan serta wakil Lembaga Pengarah/Pemegang Amanah.

iii. Objektif penubuhan Jawatankuasa ini adalah bagi meningkatkan ketelusan dalam urusan pemilihan dan penggantian KPE kerana setiap keputusan dibuat
secara kolektif melalui satu jawatankuasa.

iv. CEO MTC sebelum ini (Encik Richard Yu) adalah dari latar belakang sektor perbankan.

v. Pemangku CEO MTC sebelum ini (Encik Wong Kah Cane) yang sebelumnya dilantik sebagai Timbalan CEO semasa Kerajaan terdahulu juga bukan dari sektor perkayuan, sebaliknya dari latar belakang perniagaan perubatan Cina.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme