Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen Berkenaan Penambahbaikan yang dilakukan di penjara, lokap polis dan pusat tahanan imigresen (3 Nov 2020)

Posted on Wednesday, 04-11-2020Thursday, 05-11-2020 by Editorial Team

PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah penambahbaikan dan pembaharuan yang telah atau akan dilakukan dalam penjara, lokap di balai polis dan pusat tahanan imigresen demi mengelakkan penyebaran wabak COVID-19.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Penjara Malaysia, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengambil beberapa pendekatan proaktif bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di dalam penjara, lokap dan pusat tahanan selaras dengan keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19 bil. 29 tahun 2020 pada 15 Oktober 2020 yang telah bersetuju agar dilaksanakan ujian pengesahan COVID-19 kepada semua banduan dan tahanan semasa kemasukan bagi memastikan penularan COVID-19 di pusat-pusat tersebut dapat dicegah sepenuhnya.

Sebagai langkah pencegahan, Jabatan Penjara Malaysia telah mengeluarkan Perintah Tetap Komisioner Jeneral Penjara serta Pelan Kontingensi: Tatacara Mencegah Dan Bertindak Dalam Menghadapi Penularan Wabak COVID-19 Di Dalam Penjara. Jabatan Penjara Malaysia turut mempunyai Perintah Tetap Jabatan berhubung dengan ujian saringan COVID-19, yang mana telah menetapkan agar semua banduan sebelum diterima masuk ke penjara perlu mempunyai keputusan ujian saringan COVID-19.

Selain itu, Jabatan Penjara Malaysia juga mengambil langkah dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat, melaksanakan kuarantin dan mencegah penularan wabak tersebut kepada banduan dan kakitangan.

PDRM juga telah mengeluarkan Arahan Pentadbiran Bil. 12/2020 mengenai Garis Panduan Pengendalian Tahanan semasa Penularan COVID-19 bertarikh 1 April 2020 dan Arahan Pentadbiran Bil. 23/2020 bertarikh 16 Julai 2020 mengenai Garis Panduan Pengendalian Tahanan Pasca Covid-19 bertujuan memberi panduan kepada semua Pegawai Penjaga Lokap, Timbalan Pegawai Penjaga Lokap, Penyelia dan Pengawal Lokap berhubung pengendalian tahanan di lokap semasa penularan wabak Covid-19. Selain itu, ia turut melibatkan carta alir penerimaan tahanan oleh pengawal lokap dan pengendalian tahanan lokap.

Terkini, PDRM sedang mengemaskini SOP lokap dan mempunyai perancangan untuk mengenalpasti satu (1) lokap yang boleh digunakan sebagai lokap transit bagi tujuan saringan untuk setiap daerah. Pihak KDN juga sedang menyelaras bersama PDRM bagi penyediaan bajet untuk PPE dan lain-lain keperluan berkaitan Covid-19.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Jabatan Imigresen Malaysia juga telah mengambil langkah-langkah mengekang penularan wabak COVID-19 di kalangan tahanan dengan mewajibkan saringan COVID-19 ke atas semua tahanan baharu serta melakukan saringan gejala seperti demam, batuk dan selsema telah dilaksanakan secara berkala terhadap semua tahanan oleh Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Depot Tahanan Imigresen. Tahanan yang mempunyai gejala akan diasingkan dan segera dibawa ke hospital atau klinik terdekat bagi mendapatkan rawatan.

Pihak JIM turut mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Penjara Malaysia untuk menggunapakai fasiliti penjara dan lain-lain fasiliti bagi tujuan penempatan tahanan imigresen untuk mengelakkan kepadatan yang terlalu tinggi di Depot Tahanan Imigresen sedia ada.

Dari aspek kesihatan tahanan, pihak JIM telah bekerjasama dengan KKM untuk menempatkan 14 orang Penolong Pegawai Perubatan di Depot Tahanan Imigresen di seluruh negara bagi memberikan rawatan awal kepada tahanan. Klinik kesihatan yang berhampiran juga telah dikenalpasti dan dipilih oleh KKM bagi memperkukuh perkhidmatan kesihatan di Depot Tahanan Imigresen serta berperanan sebagai pusat rujukan oleh Penolong Pegawai Perubatan yang dilantik dan sebagai pembekal keperluan perubatan ke depot-depot. Pemantauan kesihatan secara berkala turut dilakukan oleh KKM ke Depot Tahanan Imigresen dari masa ke semasa.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme