Hari ini adalah hari pertama saya masuk ke pejabat saya di Bangunan Salahudin di Shah Alam selepas saya ditahan di bawah ISA selama seminggu. Bila saya masuk ke pejabat saya, saya diberitahu oleh pembantu saya tentang laporan akhbar daripada Utusan Malaysia mengenai kenyataan makanan anjing yang disiarkan dalam Utusan Malaysia.
Seperti biasa, bila Utusan Malaysia ingin mengheboh-hebohkan sesuatu isu untuk memburukkan imej saya dan sesiapa dalam Pakatan Rakyat, mereka akan menyiarkan banyak wawancara dan memutar-belitkan isu dan kenyataan seseorang.
Saya tidak faham kenapakah kenyataan saya mengenai makanan yang buruk di pusat penahanan saya itu dijadikan isu. Apa yang saya kata dalam sidang akhbar pada hari pembebasan daripada ISA saya ialah, saya kata makanan di pusat penahanan itu teruk, “slightly better than dog food”. Inilah kenyataan yang benar. Pusat penahanan ISA yang saya dikurung itu juga untuk sesetengah penjenayah, apa yang kita boleh harap daripada pusat penahanan seperti ini? Inilah sifat kata terhadap makanan yang teruk, kenapakah Utusan Malaysia jadikan ini sebagai isu dan cuba memburukkan imej saya sekali lagi?
Seorang kawan saya email kepada saya dan berkata, kadang-kadang, makanan anjing adalah lebih mahal daripada makanan manusia. Ini bergantung kepada jenis anjing yang dipelihara oleh manusia. Seorang blogger juga meletakkan komen yang sama di blog saya. Mereka minta saya tidak perlu risau tentang kenyataan “dog food” tersebut. Ha ha!!
Hari ini, YB Murugiah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menziarahi saya bersama dengan pegawainya di Biro Pengaduan Awam di pejabat exco saya di Shah Alam. Beliau datang menziarahi saya untuk mengetahui tentang keadaan makanan dan keadaan perkurungan persendirian yang dialami oleh saya. Lepas itu, kami berdua pun adakan sidang akhbar bersama mengenai isu makanan di pusat penahanan ini.
Saya amat berterima kasih kepada beliau atas keprihatinan beliau terhadap aduan yang dikemukakan oleh saya. Beliau juga agak kecewa terhadap cara Utusan Malaysia yang cuba memutar-belitkan isu tersebut kerana beliau pernah menonton berita TV, beliau pernah dengar sendiri tentang kenyataan saya. Saya berkata kepada beliau, orang yang ditahan di bawah ISA ini bukannya penjenayah, jadi layanan yang diberi kepada kami ini seharusnya lebih baik daripada layanan yang diberi kepada penjenayah. Kami tidak patut dimasukkan dalam perkurungan persendirian kerana kehilangan kebebasan itu adalah cukup pahit bagi seseorang.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Syed Hamid kata makanan yang disediakan di dalam pusat penahanan ISA adalah menemui “standard antarabangsa”. Saya rasa kenyataan yang dibuat oleh Syed Hamid sejak saya dibebaskan adalah semakin lucu. Pada hari selepas saya dibebaskan, beliau berkata bahawa siasatan polis menunjukkan bahawa saya tidak lagi mengancam keselamatan di negara ini. Semalam dia membuat lagi kata-kata tersebut.
Tengok, dua orang menteri menangani aduan saya ini dengan cara yang berbeza. Murugiah datang berjumpa dengan saya dengan tujuan untuk membetulkan keadaan di pusat penahanan, manakala Syed Hamid berkata makanan yang disediakan memenuhi “internationl standard”.
Saya ingin cadangkan kepada Syed Hamid, cuba masuk ke pusat penahanan “solidary confinement” yang saya tahan itu sendiri, saya hanya ingin minta beliau cuba duduk sana dua hari. Lepas itu, beliau keluar dan beritahu kita semua samada penahanan dan makanan yang disediakan itu memenuhi “international standard” ataupun tidak.
Laporan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada hari ini ditunjukkan seperti di bawah.
Teresa dakwa makanan diberi ‘lebih baik sedikit daripada makanan anjing’
22/09/2008 3:07pm
SHAH ALAM 22 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim hari ini mendakwa makanan yang diberikan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah `lebih baik sedikit daripada makanan anjing’.
Beliau menafikan pernah menyamakan makanan yang disediakan kepadanya ketika ditahan pada 12 hingga 19 September lalu ‘seperti makanan anjing’.
Beliau menyalahkan Utusan Malaysia yang didakwanya memutarbelitkan kenyataannya berhubung perkara itu.
Utusan Malaysia sebelum ini hanya memetik kenyataan Teresa mengenai perkara tersebut daripada laman web Malaysiakini. – Utusan.
siasatan dakwaan teresa mesti disegerakan
DAKWAAN Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bahawa dia dijamu dengan makanan seperti makanan anjing menuntut satu siasatan dijalankan untuk memastikan kesahihannya.
Bahawa dakwaan seumpama itu dilemparkan oleh wakil rakyat yang pertama kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu tidak boleh dipandang ringan.
Semestinya dakwaan yang tidak disertakan dengan bukti dan dibaca di seluruh dunia itu memberi gambaran tidak elok terhadap kerajaan negara kita.
Jika terbukti dakwaan tersebut berasas maka sesuatu mesti dilakukan untuk membetulkan keadaan tersebut, jika sebaliknya Teresa mesti bertanggungjawab di atas kenyataannya itu.
Buat permulaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah menegaskan makanan yang diberikan kepada wakil rakyat itu adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan antarabangsa.
Sememangnya juga mana-mana lokap atau penjara mempunyai garis panduan pemakanan tersendiri dan ia bukan dibuat sesedap rasa sebaliknya perlu mematuhi piawaian tertentu.
Tidak diketahui pula jika apa yang ditetapkan oleh badan tersebut selama ini menyerupai makanan anjing seperti yang didakwa oleh ahli Parlimen Seputeh itu. Mungkin badan antarabangsa itu perlu melihat semula piawaiannya kerana meluluskan menu seperti makanan anjing di lokap-lokap. Bukankah menyediakan menu seperti makanan anjing seolah-olah melayan mana-mana tahanan seperti anjing sedangkan pihak berkuasa kita tidak bertindak sedemikian rupa.
Hakikatnya dua biji telur rebus, timun dan kuah yang dikatakan oleh Teresa seperti makanan anjing itu mungkin hidangan biasa untuk mana-mana tahanan tanpa mengira sama ada dia wakil rakyat atau orang biasa.
Sebab itu jarang sekali tahanan-tahanan termasuk di bawah ISA ingin bercerita mengenai makanan yang disajikan kepada mereka kerana ada perkara lebih besar yang perlu dibimbangkan selain tiada yang luar biasa tentang hidangan tersebut.
Cuma mungkin bagi orang yang pertama kali berhadapan dengan keadaan tersebut berasa tidak layak diberi makanan seumpama itu lantaran menyamakannya dengan makanan anjing.
Perlu disedari hidangan seperti itu sering juga dinikmati oleh sekolompok manusia di negara ini yang tidak mampu untuk berbelanja lebih untuk mengisi perut.
Malah hidangan nasi lemak orang biasa seperti kita secara tradisinya diisi dengan sepotong telur dan sehiris timun. Itu pun dikira mencukupi dan dimakan seadanya. Tidak pula ada yang menyamakan hidangan seperti dengan makanan anjing.
Sebab itu, kita berharap siasatan segera dilakukan supaya isu ini dapat diselesaikan dan tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk memperbesar-besarkannya atau mempolitikkannya.
Sudah tentu siasatan dakwaan tersebut tidak perlu mengambil masa yang panjang dan hasilnya perlu didedahkan kepada umum sebagaimana dakwaan mengenainya disebarluaskan
Makanan anjing: Bekas tahanan ISA sangkal Teresa Kok
KUALA LUMPUR 21 Sept. – Dakwaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kononnya makanan yang diberikan kepadanya semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sama seperti makanan anjing adalah merupakan dakwaan yang tidak benar dan keterlaluan.
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (gambar) yang pernah merasai pengalaman ditahan di bawah ISA pada 1987 berkata, kenyataan Teresa itu lebih kepada cerita rekaan yang bermotifkan politik.
”Jangan isu makanan untuk tahanan ISA hendak dipolitikkan. Apakah dia mahu dilayan seperti pelancong semasa ditahan dan makan makanan laut?” soalnya.
Beliau berkata, Teresa perlu sedar bahawa apabila dia ditahan di bawah ISA, layanan yang diberikan pastilah layanan terhadap tahanan.
Oleh itu, tegasnya, sesuai dengan status semasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kinrara itu ditahan, pastinya makanan yang dihidangkan adalah makanan untuk tahanan.
”Sedangkan semasa saya ditahan selama dua bulan iaitu satu tempoh penahanan yang lebih lama berbanding dengan tempoh penahanan ke atas Teresa iaitu seminggu sahaja, tak ada pun aduan tentang makanan” ujarnya.
Beliau memberitahu, untuk tahanan ISA mereka diberi makanan seperti nasi berlaukkan ikan (tanpa tulang) ayam (tanpa tulang), daging dan sayur-sayuran.
Tajuddin berkata, walaupun telah dibebaskan, Teresa suka menimbulkan kenyataan yang membawa kepada perasaan sakit hati dan boleh mencetuskan pergaduhan.
Sementara itu, seorang lagi yang pernah ditahan di bawah ISA, Dr. Chandra Muzaffar ketika dihubungi berkata, pengalamannya ketika ditahan di bawah ISA selama 52 hari berbeza dengan pengalaman yang dilalui oleh Teresa.
”Bagi saya makanan yang diberi kepada tahanan ISA adalah makanan biasa seperti di rumah,” katanya yang tidak menyentuh makanan berdaging.
Beliau berkata, makanan seperti sajian anjing untuk tahanan ISA merupakan kali pertama didengarnya dan itu adalah dakwaan yang tidak benar.
”Adalah tidak benar makanan yang diberikan kepada tahanan ISA disamakan seperti makanan haiwan (anjing),” katanya.
Wartawan akhbar berbahasa Cina, Sin Chiew Daily, Tan Hoon Cheng yang ditahan di bawah ISA berkata, dia tidak menjamah makanan di dalam lokap.
”Masa saya ditahan, polis bertanya adakah saya mahu makan malam kerana makanan saya dibeli di luar dan saya tidak makan makanan yang disediakan dalam lokap,” katanya.
Dia berkata, makanan yang dimakannya selepas pukul 12 tengah malam ialah roti bakar dan Milo panas.
Makanan anjing: Teresa Kok patut minta maaf
Saudara Pengarang,
Teresa Kok patut meminta maaf kepada polis, Kerajaan Malaysia dan juga rakyat Malaysia apabila menyatakan makanan yang diberikan kepada beliau semasa dalam tahanan iaitu nasi, dua biji telur rebus dan mentimun beserta kuah sebagai makanan hanya fit for the dog (layak untuk anjing).
Kenyataan beliau ini juga turut disokong oleh ibu bapanya yang hadir di persidangan akhbar selepas beliau dibebaskan.
(Mohon TV3 siarkan lagi klip video tersebut berulang kali supaya semua rakyat Malaysia dapat melihat sendiri keangkuhan beliau ini.)
Sedarkah beliau bahawa makanan yang dikatakan hanya fit for the dog itu adalah di antara makanan utama harian kebanyakan orang, bukan hanya di Malaysia malahan juga di dunia? Dengan makanan yang beliau katakan hanya fit for the dog itu juga saya dibesarkan dan menjadi rakyat Malaysia yang berguna, tidak menyusahkan sesiapa dan dapat turut menyumbang ke arah kemajuan negara.
Rakyat prihatin
Syed Hamid nafi dakwaan Teresa
KUALA LUMPUR 20 Sept. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kesal dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mendakwa dijamu ‘seperti makanan anjing’ semasa ditahan selama tujuh hari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Sambil menafikan dakwaan tersebut, beliau menegaskan makanan yang diberikan kepada wakil rakyat itu sepanjang penahanannya adalah mengikut piawaian ditetapkan oleh badan antarabangsa.
Beliau tidak menolak kemungkinan isu makanan tersebut sengaja dibesar-besarkan oleh Teresa kerana motif politik.
“Kita mempunyai garis panduan dan piawaian tertentu dalam memberikan makanan kepada tahanan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Bagaimanapun Syed Hamid berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan yang dikemukakan oleh Teresa dan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut.
Semalam, semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Petaling Jaya, Teresa mendakwa diberi makan ‘seperti makanan anjing’ iaitu dua butir telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari.
Hahahahhahahhahahha………..bukankah tahanan ISA Tan Hoon Cheng diatas sebeb keselamatanya dan dijadilah tetamu Yang di Pertuan Agong kenapa boleh dilayan tidur di lantai simenkah? Mestilah di “4 star hotel” Kenapa Teresa di layan makan telur dua biji dan kuah dan timun, tak ada nasi lemak ke? Maaf beras dah naik harga bajet tak cukup lalu bagi lauk saja, kita patut terima kasih banyak kapada AAB kerana naik harga minyak ke?
Dear Teresa
Most people already know that Utusan is UMNO’s paper. Therefore it is not surprising that they try to play up every issue you mention especially now that you are taking them to court. They will try their best to destroy you.
Better food should be served to ISA detainees coz you are not criminals. However, the phrase that you used does not go down well with some people as they feel that you should understand that there are a lot of poor people who don’t even have that luxury of two eggs. I know you do not mean bad but sometimes words can be taken out of context by people who have bad intentions or people who are suffering.
Take care, God bless you and choose your words carefully to avoid problems.
This home minister is not aware what is going on around him. He is clueless and irresponsible. HE DOESN’T HAVE TO BE IN A SOLITARY CONFINEMENT, EVEN IF WE ARE ALONE AT HOME, WE’LL BE VERY RESTLESS WHAT MORE WHEN YOU ARE KEPT OUT OF EVERYTHING AS EXPERIENCE BY YB TERESA. This is the quality of minister that we have, selfish, ignorant and their head is too big. I believe he is not the only one of that quality among many ministers that we have. Maybe majority of them are just like him-..so people keep focus lets kick this people out of the system, we want them no more. YB Teresa, keep it up, rakyat know what you are doing. IN GOD WE TRUST.
Wondering why he’s untouchable! click the image for this news.
Click here for the aforementioned image. SoWrey! 😛
well.. to be honest i think that is just another propaganda to divert peoples’ attention, the fact is our Sassy MP weren’t suppose to be in there in the first place!
is funny so many pegawai suddenly concern alot about the food when justice is not being served well.
kchan
http://www.my4chan.com
Mag M, I think there is nothing wrong to complain about the food. According to the Home affairs minister, u won’t know whether, the ISA remand is either to protect u or to persecute u. So a 4 star reception should likely await u. U see “we are all malaysian” according to Syed Botak, so we should think like Malaysian, when the situation is ripe we should twist and turn in our explanation. What better instance of leadership by example!
Lets Abolish ISA = IKUT SUKA AKU!!!
Lets see the news…
A Step To Abolish ISA By 18 people
” I can tell the food is aaaaaaa….. worst…..aaaaaa…… maybe similar to dog food……. ”
Jadi YB, bahagian mana yg dikatakan YB menyebut “slightly better than dog food”?
===================
“Kok pointed out that she was wrongly quoted about the food served. She said she was served food which was slightly better than dog food and not that she was served food that was like dog food as published in a Malay newspaper.” Star Online Moderator
Ini bukan isu apa yg keluar dalam surat khabar Melayu, tetapi isu apa yang disebut oleh YB Teressa Kok sendiri
Terlalu jauh perkataan asal, ” maybe similar to dog food ” dengan “slightly better than dog food”?
Bolehkah YB Teressa Kok menafikan ayat ini?
” I can tell the food is aaaaaaa….. worst…..aaaaaa…… maybe similar to dog food……. ”
similar to dog food = seperti makanan anjing
Jadi, dimanakah yang dikatakan diputar-belitkan oleh media?
(Have you finished ranting? Please join us at the Abolish ISA Forum tonight!) Moderator
Dear YB Teresa
U know that Utusan Malaysia is batu api and try to be satay man (blowing fire), I would like to suggest that next time be careful of what u say. Even is a single word utter fm yr lip they will find the way to twist and turn.
We all know that most of the present Ministers never understand any situation of rakyat.
Very classic example.. transportation.. they heard rakyat suffered fm bad transportation system for so many donkey years. What hv they done? nothing! only now (after UMNO Baru in power for more than 20yrs) the prime minister knew how troublesome travelling in KL city (after he tried it). Most of the ministers have their own MERcedes, BMW and so forth.. why do they wanna to bother? afterall, still many Malaysians voted them. that’s their attitude.. for them to change? is a BIG QUESTION MARK?
God bless Malaysia
Hi,
Next time YB should be careful with her statement because once it being recorded thats it.
my, my.. Teresa kok.. Just do your work as an EXCO, and MP seputih. People are getting MUAK with all the pembohongan. We gave u all VOTE for u to work for the rakyat. Just do your work. Dont blame utusan alone when other MEDIA such as TV3(with recording somemore in tv3.com.my – u can look urself what u talk before and later deny it) Berita Harian, NST, The STAR also posting exactly your WORDS.. my my…Stop the denial, and stop the liar from ur mouth. Rakyat has now bored with it. First with anwar 16 Sept denial. Now ur sommore.. At first when u was in ISA, i dun belief that u’re the one that asking BAN the AZAN, now, people will simply judge u from ur OWN statement… 1st media statement just after release, u look such an aggorant person talking so cocky infront of media.. When infront of Menteri, u look such a coward.. Izzit? Just think about it.. May best with u..
(Have you finished ranting? Please join us at the Abolish ISA Forum tonight!) Moderator
p/s moderator
u can correct my spelling
aggorant = Arrogant
Hello Moderator
Why did you delete my message. Where is the freedom of speech in this blog?
(We don’t publish insults. Have you finished ranting? Please join us at the Abolish ISA Forum tonight!) Moderator
Teresa,
I was in court this morning sitting with Bala. You look good girl! I expected better of Soraya. We have no judicial activism in this country.
Moderator, very appropriate comments! Good job!
YB Teresa Kok,
Don’t waste yr precious time arguing with either the Minister or the press concerned because ‘they are always right’. There will be no end to it. Being the most famous female politician in the country today, you will probably have to deal with many more accusations hurling against you in future. Don’t, what Hakka people say, ‘sat khi’ with them. So, it’s much more better to spend yr time solving the rakyat’s economic problems. People will know who is right and deserve their support. Time will tell.
Hi Teresa,
Lots of people including me support you, but it doesn’t mean that your supporters should not advise or criticise you. Mag M has given mature opinion.
I was a bit disappointed with your remarks during the press conference on the day your were released. I expect you to bring up serious matters rather than highlighting the food and facilities. It is nothing wrong to complain but you must make it a way show your class. Know what, I thought you were suffered from psychology depression after the detention.
Even you clarified that your statement about the food served was “slightly better than dog food”, personally, I don’t think it was appropriate too. Some of your supporters said actually dog food is expensive, but the point is what does that implies? Let’s look at the logic: if dog food is expensive, and you are served food that “slightly better than dog food”, it may imply that you are served expensive food!
A room of 6’x 8′ is definitely too bad if you were to compare with your sweet home. But what do you expect for a detainee’s room? You see, if the detainee is a terrorist, we would think that size of room is too good for him/her. It doesn’t make sense all to build big rooms for ISA political detainee when there are calls to repeal ISA.
The hard pillow should not be blamed; you can only blame the person who refused to change a soft pillow for you. Don’t expect the police to prepare a pillow to your need before the detention. You went in with neck problem, surely came out with the same problem. Anwar went in without backache but suffers from it until now.
Lastly, I would like to advise not to talk too much during the press conference if you are too tired. Pin point the critical issue of the public interest, keep the side topics and share them in your talk/blog.
The main problem in Malaysia now is there are so many sick people that fall in love with liar people.
For those who really believe Teresa Kok’s reason,I think they have problem with their brain and ears.If not,maybe they are people who I called sick in the first place.I really dont understand why this kind of people exist in Malaysia.How come u can believe Teresa Kok’s reason?Have u watch her video?Have u heard what she said?Can u people spot the different between “slightly better than dog food” and “worst…..aaaaaa…… maybe similar to dog food……. ”??
Come on la people,it was a right and easy matter,no need to fight with each other.we have so many things to do to carry on our life.we just wasting our time to do hard thing like “menegakkan benang yang basah”.It will never be.
YB Teresa..If u brave enough,I challenge u to put the video link from utusan online about ur comment and see if ur loyal supporter will still believe ur reason.I bet they will because as I said earlier they are sick people.Here the link if u dont have. http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0923&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive
YB,
Saya mewakili beberapa kerat manusia di pedalaman Sabah dan mungkin juga sebahagian Malaysia, meminta agar YB atau sesiapapun jangan lagi mempertikaikan isu makanan. Ini kerana,kami agak tersinggung disebabkan makanan yg menjadi isu itu adalah lebih baik daripada makanan sebahagian dari kami di sini. Malah ketika harga minyak dinaikkan oleh BN ada di antara kami yang hanya sekali-sekala menjamah nasi disebabkan oleh harga barang yang naik. Kalau YB berhasrat untuk merasai keperitan kami di sini,boleh menghubungi saya dan kita akan melihat betapa teruknya kehidupan sebahagian kami.
To M Teresa and Team..
I would agree with “leguan” above that arguing with UMNO ministers are futile.
I disagree with some commenters to watch your word, that is a rubbish advice in this country.
I say, “just tell the truth” and have it recorded by your own assistants, no choice these days, a video cam is not that expensive. This is because no matter what you say, UTUSAN will twist it around to suit UMNO. So only your own recording will help. And we all have to talk, otherwise how can things be done without verbal communications?
On the food in detention issue, whatever you said is beside the point. We the people knows that IT IS WORSE THAN DOG OR CATS FOOD.
Initially I thought the report meant RM4.50 is the official allocation Per meal at detention. But someone else said it is RM4.50 per day (reported at Malaysia Today)
Now if the latter is true, from the cost allocation alone of rm4.50 per day already CONFIRMS it is Dog and Cats food, and if any of your commenters condemn my assessment, then why dont they all come together with the Home Minister and that So called independent MP who claims whe was also an ISA detainee, and this Tajudding something, all go back with yourself to the pusat tahanan and just stay there for a day?
Mr Moderator, forgive my ranting, but I am too far away to join you at your Abolish ISA forum. And I need to write the FACTS that I know.
Just yesterday, a female friend of mine was arrested under suspicion of buying stolen goods. She bought a set of second hand PC all complete with purchase receipts so how would she know it is stolen? So when the real thief got caught he confessed of selling it to my friend who got a call from the police station at Kota Kinabalu oldest police station. She got arrested instead and locked up for a day and night. Being a poor girl, she would not understand any of her rights, just being scared shit.
She confirmed having to sleep on cold cement floor for the whole night along with dangerous female criminals from the Philipines.
She was given a bowl of rice and goreng ikan basung, the cheapest fish in town, all worth RM2.00.
Now if rm4.50 is the allocation, where did the balance go? Isnt this what ACA should investigate if they have teeth?
Now this itself is a violation of human rights, she was already handcuffed and brought before a magistrate who refused to approved further remand because she can be ordered back to court to testify. She was ordered released at 4pm yesterday but the cops at KK police pretended to forget her release order and only after she begged and cried was she released at 6.30pm. All that means is some officer are waiting for some bribes to release her earlier. This woman has a young child to take care, how do you feel if you are detain without good reasons in the lockup?
Is it a standard procedure in this country to lock up any detainees in a room with only cement floor to sleep on?
Being detained and given DOGS FOOD, isnt that already a punishment before it is established whether you are guilty of a crime or not?
I told her to sue for a million, but then how could poor people afford a lawyer ?
So our only hope for Justice is for YB Teresa to pursue the matter in court to tell the truth to all of us Malaysians. At least you can afford a lawyer or get Karpal Singh to sue pro bono.
As one commenter said, the UMNO pretenders making an issue of the dog food tag is only trying to divert the real issue that the detention was not necessary in the first place, that the cops are not doing their job professionally, that none of the ISA recent detainees were in any way a threat to the security of the nation, oh maybe a threat to the attempt by UMNO to hold divine and everlasting power, more like it.
Also, since the detainees are not found guilty, just like my female friend, why AREnt they allowed to buy your own food? Poloce procedure kah or police incompetence?
Moderator, I have a good question above, so I hope you dont delete this question and says its ranting. I am talking about human rights because I am worried too. In KK, I might be arrested just for being on the wrong place at the wrong time. It happened before.
Sabahfan
agrentp
Saya pun dari sabah dan saya Langsung tak setuju dengan protest tuan. Memang kau ni pura pura, saya tak percaya makanan kau setiap hari sama seperti yang dinamakan “makanan anjing”
Kalu kau boleh masuk internet, dan dapat mebayar kos internet, kau ini hanya seorang daripada UMNO cybertrooper. Saya tau di Sabah, sesiapa yang hanya dapat makan macam makanan anjing harga RM2.50 tak ada masa tulis di internet. JaDi KAMU ni jangan berbohong.
Saya Sabahfan, fasih dalam bahasa english, bahasa dan bahasa dusun, jadi kau punya protest itu, tetap tembirang dan untuk kepentingan UMNO sahaja.
Sekian
Sabahfan..
Terima kasih atas perhatian tuan, saya adalah antara yang sebahagian yang saya sebutkan. Untuk pengetahuan tuan,saya adalah antara orang yang berkempen untuk KEADILAN pada pru yang lepas. Saya tidak menyokong kerajaan seperti sangkaan saudara. Namun saya juga tidak prajudis terhadap kerajaan walaupun saya mahu reformasi. Saya cuma kesal terhadap orang sabah yang cuba menyembunyikan hakikat. Tuan lihatlah dan masuklah kampung-kampung ini, Kg Maliau, Pinapak,Nunguh,Layung,Pampang Winalad dan sebagainya. Ini belum termasuk daerah lain seperti paitan,kinabatangan,dan sebagainya. Saya hanya menyebut sebahagian sahaja. Kalau ada sesiapa yang perihatin dan mahu merasai keperitan hidup kami,sila tampil kedepan akan saya aturkan lawatan homestay tuan-tuan. Tuan patut bersyukur kerana mampu makan lebih enak dari tahanan ISA.