KUTIPAN UTUSAN MALAYSIA ONLINE 11hb Sept 2008
Isu azan: Teresa nafi larang
SHAH ALAM 10 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim menafikan melarang azan dilaungkan di masjid dan surau di sekitar Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya.
Menurut beliau, isu berkenaan sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang bermotifkan politik.
Beliau menafikan menerima rungutan daripada penduduk bukan beragama Islam tentang laungan azan.
“Saya tidak pernah tulis surat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Serdang, Datuk Mohamad Satim Diman mengenai petisyen bantahan penduduk yang tidak berpuas hati atau meminta pihak jawatankuasa masjid supaya tidak menggunakan pembesar suara untuk melaungkan azan di mana-mana masjid di negeri ini.
“Ini semua (tuduhan) tidak benar, kalau saya hendak minta bantuan mengenai masjid atau sebagainya, lebih baik saya minta daripada Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali selaku Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.
Pada 8 September lalu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo memberi ingatan keras terhadap kerajaan negeri pakatan pembangkang supaya bertindak tegas serta tidak melayan mana-mana pihak yang mendesak mahukan laungan azan solat di surau dan masjid di negeri itu tidak lagi menggunakan pembesar suara.
Menurut Mohamad Khir, ingatan itu dibuat ekoran wujud usaha-usaha pihak tertentu yang dipercayai didalangi salah sebuah parti politik yang membentuk kerajaan negeri itu, membuat petisyen membantah azan di Puchong dan Kota Damansara.
Malah, masjid di Seksyen 5, Kota Damansara yang baru siap dan digunakan menjelang Ramadan lalu didapati tidak menggunakan pembesar suara dipercayai mempunyai kaitan dengan bantahan penduduk kawasan berkenaan.
Selain isu azan, Teresa juga dikaitkan dengan isu menggantikan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan dengan tulis Tamil, Cina dan Inggeris.
Dalam pada itu, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh serta Setiausaha Publisiti DAP itu turut mengugut akan mengambil tindakan undang- undang terhadap mereka yang mengaitkan beliau mengenai dakwaan tersebut.
”Saya minta mereka yang terlibat (Mohamad Khir dan Satim) supaya menarik tuduhan ini termasuklah Utusan Malaysia yang membuat laporan tidak benar.
”Saya tidak ada masalah dengan laungan azan dan rumah saya pun dekat dengan masjid.
“Saya tidak faham kenapa saya dijadikan sasaran. Mungkin mereka berniat jahat terhadap saya,” ujarnya. ”
(Tamat Kutipan)
MALAYSIAKINI 11th Sept 2008
Report lodged against Khir Toyo for stirring up ‘azans’
Fauwaz Abdul Aziz and Rahmah Ghazali | Sep 11, 08 2:18pm
A police report has been lodged against former Selangor menteri besar Dr Mohd Khir Toyo and a blog (MCPXpembelamelayu blogspot) for allegedly spreading “malicious slander” and “lies” about certain quarters within the Selangor government lobbying for directives against azans in the state.
Kota Raja member of parliament Dr Siti Mariah Mahmud of PAS lodged the report at the Dang Wangi district police station in Kuala Lumpur today, complaining that Khir’s statement, published in Malay daily Utusan Malaysia on Tuesday, was “maliciously intended and aimed at raising the anger and anxiety of Malay Muslims”.
In the Utusan report, Khir was reported to have urged the opposition Pakatan Rakyat-led Selangor government not to concede to purported moves by “a certain party” to disallow azans (calls for prayers) emanating from loudspeakers of mosques in Puchong and Kota Damansara.
Khir also lamented that “while we practice freedom of religion, members of a certain religion celebrate to the extent that roads are closed, Muslims do not protest.”
Lies and slander
Meanwhile, on the pembelamelayu blogspot, Khir was quoted on June 26 as alleging that Selangor exco and DAP leader Teresa Kok had submitted a petition to Umno’s Seri Serdang state assemblyperson Satim Diman which supposedly described the azans as “disturbing the peace” of local residents.
The blog also alleged that the petition requested for the calls to prayers there to be “toned down”.
“Umno state legislators seeking to protest the petition were ordered to remain seated, while Muslim legislators from Pakatan sat quietly and did not debate the issue.”
Siti Mariah, however, said she had checked with Kok as well as the state assembly hansard containing Satim’s speech and said she had ascertained that all the allegations regarding the azans were not true.
“The issue of there being a directive against azans does not arise at all,” she told reporters after lodging the police report.
She said Mohd Khir’s statements are “lies, slander, and maliciously intended at raising the anger and anxiety of Malay-Muslims in the country and to incite their hatred against party leaders in Pakatan Rakyat, particularly DAP,”.
“If the allegations are found (by the police) to be not true, then action must be taken against him (Mohd Khir) for spreading slander and for incitement. The issue must be taken seriously because it can lead to racial and inter-religious conflict,” she added.
Siti Mariah also said she supported Deputy Inspector-General of Police Ismail Omar’s statement, reported in the Star today, that the police would not hesitate to take stern action against anyone found to be exploiting racial and sensitive matters.
“If you meet with Malay Muslims, you will find that these (racial) issues are being hotly debated. We are worried. I believe the intention (behind Khir’s statements) can be nothing but bad,” she said.
“In this month of Ramadan, we hope that he repents,” Siti Mariah added.
Position of Islam assured
The PAS exco member said Pakatan will ensure that the position of Islam as the official religion of the Federation is not affected while maintaining unity between the various communities.
“Never once will we allow any party to raise feelings of discontent among Malaysians. The position of Islam as the official religion of the Federation is enshrined in the Constitution.
“If any issues arise that makes any racial or religious community uncomfortable, that issue can be discussed between leaders of Pakatan Rakyat and the leaders of the five states that we hold,” she said.
Siti Mariah said only Umno has exploited racial and religious issues in its attempts to regain its lost support. During its rule in Selangor, it was behind the “locking up” of mosques and the ban against some religious speakers.
“DAP leaders have never stepped into or meddled in Islamic affairs. All this while, it has been Umno that has oppressed Islam,” she said.
Hulu Kelang state assemblyperson Saari Sungib also said he and several other PAS leaders, including state exco in charge of Islamic affairs Dr Hassan Ali and Shah Alam MP Khalid Samad, had met with Selangor menteri besar Abdul Khalid Ibrahim following the Utusan report.
“The menteri besar has clarified that there was no move against azans. I do not know how that issue has arisen,” said Saari when contacted earlier.
When reached for a response, Mohd Khir declined comment.
“The matter is now a subject of police investigations. Let the police handle it. Then we will see who is right and who is wrong,” he said.
Puchong MP and DAP leader Gobind Singh Deo, meanwhile, called for Mohd Khir to furnish proof of his allegations that there were any such moves by Pakatan leaders against azans.
“There has never been such a move. We respect religious practices, we think prayers are good, we support our Muslim brothers and sisters, and there is no question, especially during this month of Ramadan, to do this sort of thing. We are very sensitive towards such matters.
“I call on Mohd Khir to show proof to justify what he’s saying,” he told Malaysiakini.
(END OF REPORT)
lets grill this Toyo guy. we’ve had enough of nonsense from him
Kalau benar perkara ini tidak betul baguslah…, dan diharapkan pihak YB bertanggungjawab dan adil dalam kepimpinan.
seperkara lagi,cuba YB hayati berita dibawah…
Hanya Bahasa Kebangsaan untuk papan tanda DBKL
KUALA LUMPUR 11 Sept. � Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya akan meluluskan penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi semua papan tanda jalan di sekitar ibu kota.
Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup (gambar) berkata, sekiranya terdapat pihak yang tidak mengikut peraturan dengan menaikkan papan tanda yang terlarang�, DBKL akan menurunkannya dengan segera.
orang lain tidak boleh senang-senang pasang papan tanda, hanya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang boleh melakukannya,� katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Salleh berkata, beberapa papan tanda nama jalan bertulisan jawi sudah diterima pakai di kawasan Kampung Baru, Bandar Tun Razak dan Datuk Keramat dan kerana itu, ia tidak diturunkan.
Beliau diminta mengulas isu yang mengaitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim yang mahu menggantikan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan dengan tulisan Tamil, Cina dan Inggeris.
Utusan Malaysia hari ini menunjukkan gambar Teresa berada di bawah papan tanda contoh yang dipasang oleh DAP di Jalan Bukit Bintang, yang telah ditiadakan tulisan jawi dan ditambah dengan tulisan Cina dan Tamil. Contoh papan tanda itu belum diluluskan DBKL.
� Bernama
APABILA MEMBACA BERITA SEBEGINI SUDAH TENTU SECARA PERIBADI SAYA RASA SAKIT HATI DAH MARAH…BUKAN SAYA SEORANG TAPI SUDAH TENTU DILUAR SANA RAMAI YANG DEMIKIAN…
DISINI SAYA INGIN INGATKAN YB BERHATI-HATI DALAM PENTADBIRAN…,KALAU SUDAH RASA BOSAN MENIKMATI AMAN MAKMUR, BERTINDAKLAH MENGIKUT KEHENDAK HATI TANPA MEMPEDULIKAN ORANG LAIN…
DIHARAPKAN YB TIDAK MEMULAKAN API KEMARAHAN MASYARAKAT…KALAU BENAR SEPERTI BERITA DIATAS…SECARA TERANG-TERANGAN YB CUBA MENIDAKKAN PERKARA YANG SEPATUTNYA, DIHARAPKAN PERKARA SEBEGINI TIDAK BERLAKU DIMASA AKAN DATANG
Nampaknya virus ego is berleluasa kat Malaysia,
nak tuntut hak masing masing.. very sad to hear all these. I rasa forever M’sia is moving backward.
Alangkah baik kita rakyat Malaysia use our good energy and talent for other good cause?
Golongan yang penuh dengan virus ego, hasrat dengki, dan tamak haloba ni sedang mengatur langkah utk membiak lebih virus kepada rakyat jelata (insan sesama insan).
Kalau manusia yg mempunyai telinga ringan (dan kawalan emosi yg rendah) akan senang dijangkiti. Tetapi bagi manusia yg mempunyai prinsip kemanusiaan yg kukuh akan berhenti sekejap, guna minda and berfikir, menganalisa situasi lalu mencari penyelesaian adakan saya akan terjebak dengan penyakit ini? Apakah kebaikan yg boleh saya perolehi? Atau terjerat emosi mereka untuk dijangkiti virus ego, hasrat dengki dan benci membenci ini?
(sighing)…. hai hai Manusia Manusia… gunalah good energy yg dianugerahkan oleh Allah untuk kebaikan manusia sejagat.
GOD! u really must BLess Malaysia
Kenapa papan tanda di Kampung Baru, Bandar Tun Razak dan Datuk Keramat tidak diturunkan? Kalau kata pakai Bahasa Kebangsaan sahaja (seperti dahulu), turunkan sama sekali semua.
Sebenarnya tiada isu disini jika dari mula lagi pakai Bahasa Melayu sahaja. Tambahan, yg. baru itu ada tiga bahasa yg. melambangkan masyarakat majmuk M’sia.
Malah YB cukup prihatin kepada masyarakat Melayu dgn. memperbesarkan tulisan nama jalan dalam Bahasa Melayu dibandingkan dgn. tulisan bahasa lain. Nama jalan dlm. Bahasa Melayu juga terletak paling diatas.
Papan tanda merupakan alat yang bertujuan menyenangkan pengguna jalan raya serta pelancong/pelawat asing.
Ia bukanlah alat politik dan melagakan rakyat. Bahkan saya sebagai pembayar cukai yang membiayai papan-papan ini berhak menyuarakan pendapat saya mengenai pembaziran wang dan masa semua.
Penggunaan perkataan Bahasa Cina ataupun Tamil tidak mencabar hak keistimewaan orang melau. Ia langsung tidak bermaksud. Nampaknya terdapat pendapat aneh di mana apa yang bukan Melayu atau bukan Jawi dianggap mencabar islam dan hak istimewa orang Melayu. Itu tanggapan nan tidak masuk akal sama sekali kerana tiada sebarang kemudaratan yang ketara dapat dirasa. Tak mungkin orang Melayu lupa bahasa/ buday sendiri apabila melihat papan tanda berbahasa lain? Jika macam itu, jangan melancong ke luar negeri seperti TAIWAN.
Jika papan tanda perkataan Jawi diterima di beberapa kawasan tersebut kerana penghuni sana tahu bahasa itu dan memudahkan mereka.
Oleh itu mengapa tidak boleh adakan perkataan yang memudahkan penduduk di tempat masing-masing? Di Beach Road, Singapura, sanggup mereka pakai papan tanda Bahasa Thai kerana ramai pekerja Thai duduk kat sana. Bahkan di KLIA pula terdapat papan tanda bahasa asing serta pengumuman bahasa asing untuk MEMUDAHKAN pengguna.
Saya sokong tindakan YB Kok dulu yang menyarankan papan tanda berbilang bahasa digunakan kerana ia boleh dibaca oleh semua rakyat Malaysia serta para pelawat asing yang membaca perkataan roman, tionghua, jawi dan india. Ini boleh menggambarkan keunggulan negara kita yang kaya dengan pelbagai budaya. Saran Jeles itu memag betul.
Saya harap pada zaman ini, kita boleh memahami dan mengurai perasaan kami secara rasional.
Jika Kerajaan negeri Perak memberi tanah pajakan supaya sekolah aliran cina persendirian boleh membiayai belanjanya sendiri, ini tidak bermakna orang Melayu atau India tidak dijaga. Bahkan ini meringankan beban kerajaan negeri tersebut kerana tidak payah tolong mereka lagi.
Membantu orang buta bukan bermaksud mengenepikan orang bisu
Membantu orang menggangur bukan bermaksud mengenepikan orang yang bergaji rendah
Membantu nelayan bukan bermaksud mengenepikan pertani
KALAU MEMBUAT PAPAN TANDA RASA MEMBAZIR, JADI BUAT APA NAK BUAT BANYAK TULISAN…TAK KER MENAMBAHKAN KOS DARI SEGI PENGGUNAAN WARNA DAN JUGA PAPAN TERSEBUT…TAK SALAH NAK BUAT BANYAK BAHASA…,TAPI TAKKAN 3 BAHASA JER KOT…TAMIL,CINA, INGGERIS.(MENGIKUT BERITA BERNAMA)..
TAK SILAP AKU SEMUA ORANG FAHAM BAHASA MALAYSIA ATAUPUN ADA JUGAK YANG MASIH TAK FAHAM BAHASA MALAYSIA…DI MALAYSIA NI.
KALAU ALANG-ALANG NAK LETAK BANYAK BAHASA TU, TULISLAH BANYAK BAHASA..IBAN, KADAZAN,JAWA,KELANTAN, KEDAH, ASLI DAN MEMACAM LAGILAH..KALAU DAH RASA RAKYAT MALAYSIA YANG PERIHATIN TULIS JER LA BAHASA MALAYSIA…KAN BAHASA KEBANGSAAN..MALAYSIA ADALAH MALAYSIA TAK AKAN JADI SEPERTI SINGAPURA..
Sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung perlembagaan negara, sya rasa penggunaan bahasa malaysia dalam penggunaan papan tanda sudah memadai. Kita sedia maklum, semua warganegara Malaysia wajib fasih dan tahu berbahasa Malaysia. Negara sudah merdeka 51 tahun tapi masih ada warganegara Malaysia yang tidak tahu berbahasa Malaysia. Kalau tak percaya kita boleh buat bancian di seluruh negara.Dimana letaknya semangat kenegaraan.
Perlukah untuk tunjuk yang negara Malaysia ni berbilang kaum, 3 bahasa digunakan? dimana semangat perpaduan? Orang melayu menyokong PR bukan untuk berkongsi hak samarata seperti singapura yang dulunya sebahagaian drp Malaysia tetapi menyokong menentang pemimpin yang rasuah, ketidaktelusan, kesempitan hidup dan keadilan rakyat. Keadilan rakyat pula bukan alasan untuk mengorbankan hak istimewa orang melayu yang telah mendiami dan menentang penjajah sejak ratusan tahun.
Orang melayu bukan suka perkauman malah kami boleh menerima pelbagai bangsa datang mencari rezeki tetapi jika hak yang dipersetujui diingkari, kami akan bangkit menentang.
Jika YB seorang yang bernasionalisme, perkukuhkan bahasa Malaysia yang sudah termaktub dalam perlembagaan dan islam sebagai agama rasmi. Kaum lain bebas menggunakan bahasa dan menjalankan ibadah agama mereka tanpa gangguan dan kita boleh tinggal dalam suasana harmoni.
Jangan rosakkan apa yang telah kita kecapi hanya kerana perkara kecil yang kita anggap remeh temeh.Saya harap PR dapat mengubah sesuatu yang lebih baik.
razman,
jika banding dengan negara jiran yang lebih maju, ap salahnya? jika nak “improve”, belajar daripada pihak yang lebih maju
bukan semua orang bertapak di Malaysia faham bahasa malaysia khususnya pelancong asing.
kebaikan papan tanda berbilang bahasa adalah menunjukkan kuunggulan masyarakat kita yang majmuk dan harmoni, pelawat pun selalu menyanjungi kelebihan Malaysia ini
lagi pun, belanja sangat banyak keh? belum hitung belum tahu, setidak-tidaknya kurang daripada pembaziran yang disebut dalam laporan auditor general kita
saya snediri rasa satu bahasa dah cukup tetapi “nice to have” jika berbilang bahasa kerana itulah keunikan Malaysia yang kita patut berbangga
cuba kita ambil teladan daripada China yang telah menganjurkan Sukan Olimpik. Ok, mereka negara komunis yang boleh kerah sesiapa pun dan pakar propaganda.
Namun demikian, mereka menggunakan masa beberapa tahun menyuruh sukarelawan mereka belajar bahasa asing, meletakkan papan tandan berbilang bahasa di merata tempat, berusaha membersihkan bandar mereka yang memang kotor dan tercemar. Rakyat diajar supaya berbudi bahasa.
Mengapa? Kerana mereka bangga dan sayangkan negara dan mereka ingin sangat menunjukkan mereka adalah negara yang dapat berhubung dengan pelawat dari sejagat dunia.
Tengok negara kita sendiri. Sampah di merata tempat, orang suka meludah dan menconteng di merata tempat, rosakkan harta umum dan pembinaan kemudahan asas yang urang bermutu.
Bagi saya, itu isu yang lagi genting. Malu saya tengok pelawat asing.
Tempoh hari, saya telah bantu beberapa orang Austria menaiki LRT. Salah seorangnya kata,”your Inglish IZZ good-ah”. I replied with the few German word I knew, “Thanke, thanke” Mereka pun kagum dan gembira.
Oleh itu, apa salahnya kita pakai berbilang bahasa?
Good for u Lee.. as least there are foreigners know how to appreciate yr initiative.
God Bless Malaysia
Sepatutnya isu bahasa ni janganlah kita politikkan. Kalau kita tengok di KLIA kita boleh lihat signboard dalam tulisan Jepun dan Arab. Tidak ada lansung kaitannya dengan budaya kita. So saya rasa tak menjadi isu yang besar kalau ia ditulis dalam 3 bahasa. Lebih-lebih lagi ia adalah bahasa-bahasa utama yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia.
Cuma satu yang perlu kita fikirkan ialah bagaimana nak jadikan signboard tersebut ‘presentable’, menarik dan tidak terlalu ‘complicated’.Frankly speaking, our street sign design is out of date. Pada saya apa yang kita perlu fikirkan ialah bagaimana nak komersilkan tulisan tersebut supaya nampak cantik dan mudah difahami..
Mengenai azan pula, saya memang membantah sekiranya laungan azan melalui pembesar suara di larang. Ini kerana sebagai orang Islam azan adalah penting untuk mengingatkan umat Islam tentang waktu solat. Ia juga adalah kata-kata motivasi supaya kita menuju ke arah kejayaan dan sentiasa mengingati tuhan.
Pada pendapat saya, masalah yang mungkin timbul ialah bagaimana bilal tersebut melaungkan azan. Mungkin laungannya tak sedap atau sebutannya salah. Ditambah lagi bila si bilal memakai pembesar suara. Anda sendiri boleh bandingkan antara bilal yang bersuara lunak dan bilal yang azan ikut sedap dia aje tapi tak sedap pun… Saya masih teringat masa kat MRSM dulu Ustaz suruh pelajar yang bersuara bagus sahaja boleh azan. Ini kerana azan itu adalah imej Muslim dan ia tidak boleh di’azan’kan sesuka hati sahaja tanpa mengambilkira sebutan, tajwid, gaya lagu dan sebagainya. Ustaz saya siap cakap ia cukup memalukan kolej kalau pelajar yang tak pandai azan, sebutan tak betul pergi azan dan didengari oleh penduduk bersebelahan.
Saya mempunyai jiran bukan Islam yang cukup suka bila mendengar azan di kawasan perumahan saya. Alhamdulillah Bilal kariah kami memang pandai azan dan suaranya merdu dan menenangkan fikiran. Jiran saya pernah bertanya apakah maksud di sebalik azan tersebut. Saya terangkan satu persatu apa maksudnya dan dia pun faham.
So kita sebagai orang Islam kena tengok diri kita balik dari segi imej dan bagaimana nak menampilkan Islam itu sebagai agama yang suci. Itu sahaja komen saya..