Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

UMNO Selangor Memutar-belitkan Isu Azan di Puchong

Posted on Wednesday, 10-09-2008Friday, 12-09-2008 by Teresa

Sejak kempen Pilihan Raya Permatang Pauh bermula, saya telah diberitahu bahawa terdapatnya satu email yang mengatakan saya membawa sekumpulan penduduk di Puchong mengadakan petisyen untuk membantah azan terhadap sebuah masjid di Puchong, dan saya dikatakan membentangkan petisyen ini kepada YB Satim, ADUN UMNO di Puchong.

Pada mulanya, saya tidak peduli khabar angin ini kerana saya amat sibuk dengan banyak urusan kerajaan. Tetapi selepas itu, email yang diedarkan di internet ini telahpun dihantar kepada lebih ramai orang, termasuk wakil rakyat kaum Melayu dan wartawan di akhbar Bahasa Malaysia. Pada Ahad yang lepas, saya terima panggilan daripada YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan dua orang pemberita daripada Berita Harian dan Sinar Harian mengenai isu ini. Pada hari ini, saya juga terima panggilan daripada pemberita daripada Utusan Malaysia yang menyoal saya tentang perkara ini, beliau berkata Khir Toyo juga mendakwa saya berbuat demikian.

Tibalah masa bagi saya untuk menerangkan perkara ini dengan kenyataan yang  saya telah ulangi kepada YB Khalid Samad dan pemberita pada Hari Ahad adalah seperti berikut:

i) Saya sendiri tidak pernah menerima aduan daripada penduduk di Puchong berkenaan dengan isu azan ini, jadi saya langsung tidak tahu tentang perkara ini dan saya amat hairan untuk mendengar tuduhan tersebut;

ii) Sekiranya saya terima aduan daripada penduduk di Puchong, adalah langsung tidak masuk akal bagi saya sebagai exco Kerajaan Selangor untuk mengadakan petisyen dan membentangkannya kepada YB Satim, seorang ADUN daripada parti pembangkang, kerana beliau bukannya kadi ataupun pengurus masjid, buat apa saya tulis surat kepada beliau yang tiada kuasa tentang perkara ini?

Sekiranya saya terima aduan daripada penduduk, saya akan minta bantuan daripada YB Datuk Dr Hasan Ali, iaitu exco yang menjaga Hal Ehwal Islam di Selangor, ataupun pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam di Selangor, dan bukannya Satim.

Satim Gagal Menunjukkan Bukti

Saya minta pemberita yang menanya komen saya tersebut untuk minta surat yang dikatakan ditulis oleh saya daripada Satim, tetapi pembantu Satim gagal menunjukkan bukti tersebut kepada pemberita akhbar Bahasa Malaysia tersebut. Kegagalan menunjukkan bukti tersebut menunjukkan kesemua tuduhan yang disebarkan dalam email dan pemimpin UMNO Selangor tersebut merupakan pembohongan yang besar.

Kes Aduan Tentang Azan di Kondominium di Bandar Tun Razak

Sebenarnya, pada dua tahun yang lepas, saya pernah menerima aduan daripada penduduk bukan Islam di sebuah pangsapuri di Bandar Tun Razak berkenaan dengan bunyi azan yang terlalu kuat pada awal pagi. Saya terpaksa bercampur tangan dalam isu tersebut kerana ia telah mencetuskan pergaduhan dan permusuhan yang agak serius di antara penduduk bukan Islam dan penduduk beragama Islam. Pada waktu itu, saya minta bantuan daripada pengarah Jawi di Wilayah Persekutuan dan kami pernah mengadakan satu dialog di antara penduduk yang beragama Islam dan bukan Islam di kondominium tersebut secara bersama. Akhirnya, isu di kondominium itu diselesaikan dengan bantuan daripada Pengarah Jawi di Wilayah Persekutuan.

Saya tidak memanggil sidang akhbar ataupun menggalakkan pengadu di kondominium berkenaan untuk membuat apa-apa petisyen, dan pergaduhan di kondominium tersebut diselesaikan secara “low key” sahaja.

Penduduk Yang Membuat Petisyen Hantar Faks Kepada Saya

iii)  Selepas kenyataan saya disiarkan dalam surat khabar semalam, saya terima satu faks daripada seorang pengundi di kawasan Puchong di pejabat saya. Faks tersebut mengandungi satu surat dan juga petisyen daripada beberapa ratus penduduk di Puchong kepada Satim. Barulah saya sedar memang terdapat sekumpulan penduduk di Puchong membuat petisyen kepada Satim berkenaan dengan isu azan ini.

Selepas itu, saya diberitahu oleh bekas pembantu pejabat perkhidmatan Kinrara saya bahawa penduduk yang membantah tentang bunyi azan tersebut pernah menghantar salinan petisyen tersebut ke pejabat saya dan minta bekas pembantu saya untuk “acknowledge receipt” dengan cop pejabat saya dalam surat mereka. Tetapi adalah jelas bahawa surat petisyen mereka kepada Satim bukan dibuat atas surat kepala pejabat saya.

Perbuatan UMNO Selangor Sangatlah Keji

Adalah jelas bahawa Satim dan orang UMNO telah memutar-belitkan cerita tersebut. Satim dan Khir Toyo cuba menggunakan taktik kotor mereka untuk membangkitkan kemarahan orang Islam dan orang Melayu di Puchong dan Selangor terhadap saya dalam isu ini. Mereka cuba mewujudkan kesangsian orang Melayu terhadap pemimpin DAP dan cuba menggambarkan saya dan rakan saya dalam DAP sebagai orang politik yang anti Melayu dan anti Islam.

Perbuatan pemimpin UMNO Selangor ini adalah amat keji. Bukankah sekarang bulan Ramadhan, bulan suci? Bukankah mereka sebagai penganut agama Islam sepatutnya kuat bersembahyang dan bertaubat ke atas perbuatan mereka yang lepas? Apakah mereka masih mereka tuduhan yang bukan-bukan dan pembohongan terhadap saya ini bertentangan dengan ajaran Islam dan bulan Ramadhan?

Saya amat menghormati orang Islam yang berpuasa dan berpegang kuat ke atas ajaran agama mereka. Saya selalunya berdoa bersama dengan rakan kerja yang beragama Islam apabila membuat doa Al-Fatihah sebelum bermulanya mesyuarat dan sebelum makan, kerana saya juga percaya pada Tuhan yang Maha Kuasa dan Pencipta kita yang mengadili kita dalam dunia ini dan pada Hari Akhirat.

Peribahasa yang selalu digunakan oleh Orang Cina ialah “Tuhan ada mata”. Saya percaya Tuhan yang maha kuasa ini tengah melihat dan memantau apa yang berlaku pada kita semua. Saya juga percaya balasan dan hukuman Tuhan tentu akan dijatuhkan ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab dan orang yang bohong.

Adalah lebih baik bagi Satim dan Khir Toyo untuk insaf dan bertaubat dalam bulan yang suci ini!!”

15 thoughts on “UMNO Selangor Memutar-belitkan Isu Azan di Puchong”

  1. eagle says:
    Wednesday, 10-09-2008 at 06: 11.19

    Biasa la YB, typical UMNO desperado. A sore loser like Toyo, just because he was former UMNO MB, he thinks he is still influential in Selangor and people will buy his irresponsible dirty tricks. For all you know it was the UMNO people who were complaining. With the kind of leader in UMNO they are capable of doing anything that is unthinkable to reasonable Malaysians. Keep on engaging the community, if there is complain the truth has to be unraveled and not be kept under the carpet. Everyone must be allowed to do what they think is right but it must not be disturbing other peoples rights. Look at all sides the good, the bad and the ugly. Keep going and we know majority of Malaysians, whatever religions they preach are very rational except those goons like Toyo and gang that will never give up. IN GOD WE TRUST. I believe you can do it if we are sincere and honest to each other and GOD willing, the evil will be destroyed.

  2. jefismail says:
    Wednesday, 10-09-2008 at 06: 16.50

    Yb Teresa,

    Saya rasa semua orang sudah tahu akan niat sebenar orang UMNO dalam memainkan isu ini. Dan kita semua perlulah behati-hati. Orang UMNO bukanlah orang Islam yang sejati. Itu adalah jelas. Kita perlu sedar mereka hanya menggunakan Islam untuk kepentingan dan keuntungan peribadi sahaja. Belakang kita mereka hanyalah lebih kurang sebagai orang yang baru kenal Islam. Jadi jangan lah diharapkan mereka untuk menghormati sesiapa hatta bulan Ramadan yang mulia ini. Sekarang dalam MYKMU di’spin’ kan cerita bahawa YB Teresa sedang berusaha menghapuskan azan. Walaupun MYKMU ini kurang mendapat sambutan ramai tetapi telah jelas perkara sebegini adalah perkara terancang pihak UMNO untuk menjustifikasikan setiap tindakan mereka yang akan mereka ambil kelak. Jadi kita perlu berdepan dengan mereka segera. Pihak kami yang berada di pihak YB Teresa sedang ”bertempur’ dengan mereka dialam cyber ini. Walaupun kita berlainan agama namun tidak menghalang kita berada dipihak yang sama menentang orang yang tidak ada pegangan hidup yang hanya mengaku sebagai Islam tetapi sebenarnya tidak. Yang mengaku memperjuangkan rakyat tetapi merompak wang rakyat.
    Tekadkan semangat dan kita sama-sama berjuang!

  3. Daniel says:
    Wednesday, 10-09-2008 at 06: 16.56

    Khir Toyo and UMNO selangor are “terrorists”.

  4. clear conscience says:
    Wednesday, 10-09-2008 at 08: 59.20

    YB,

    It is not surprising when you said about Khir Toyo’s actions.

    He has nothing to lose but thinks he could have more to gain. His latest act is to hold AAB at ransom; inciting that there must be a change in leadership in UMNO. That daring he is….solely because he has nothing to lose. He is now at his lowest ebb, what more do you expect from him.

    He is in the class of Ahmad Ismail…preferring to jab at anything that would propel them towards achieving their ambitions.

    YB, keep up your good work. I voted for DAP in USJ. Don’t let yours and DAP’s guards down. Keep working for the rakyat and ensure results; otherwise many supporters of PR may lose support for PR. Never let athe great chance available here for PR go down the drain. M’sians may not have a another to go forward with this one nation agenda of “M’sians for all & all for M’sians”.

  5. pizi87 says:
    Wednesday, 10-09-2008 at 11: 10.20

    Thanks YB for clearing this issue. The entire people of Selangor should be disgusted by the desperation shown by the Selangor umno goons of. They are also bringing a bad name to Islam especially in this blessed month!

    Next time UMNO its better to stay silent than barking at issues which will eventually show your stupidity..

  6. lee wee tak says:
    Wednesday, 10-09-2008 at 13: 58.19

    this is slander and libel but instead of targeting 1 individual, a wider agenda may be included

    if BN used to mention DAP just shout and make noise only and can’t govern, the current situation do not suggest an equally competent opposition front.

    to regain Selangor, BN need to show positive energy and not negative influence

  7. leguan says:
    Wednesday, 10-09-2008 at 16: 08.16

    YB Teresa Kok,

    不要被反对党的无中生有的指责而吓倒。 他们只会用种族宗教敏感课题来煽动情绪。 你说得对;天有眼。我相信人民的眼睛是雪亮的,前雪州大臣和另一名州议员的所做所为很快会被揭穿。在我槟城这里, 三零八大选后几天, 在马来同胞之间也传闻说新的行动党州政府也有此下令。不过他们最后了解事情的真相。

  8. mat_kilau says:
    Wednesday, 10-09-2008 at 17: 49.32

    ms teresa, can u help us to resolve our problem?.
    There will be a development of buddha temple called ‘Bodhi Temple’ in our ‘Taman’ call ‘Desa Alam’ which located at Seksyen U12, Desa Alam, Shah Alam. we have protest the development because:

    1) Majority of resident’s (99%) is malay and muslim.
    2) They claim, the temple is for local resident and people around it, but we as resident don’t need it. It is outsider who will come and congested our Taman/Desa.
    3) The temple will be 150 meter from existing surau, for sure, in the future, this temple will complaint a lot, and a lot, about our surau
    4) We are so curious and wonder, how MBSA can approve this project as they already know it is muslim area.
    5) And we also wonder, how they can buy the land very cheap, more lower than our terrace house. it’s even not reach 100K. We suspect bribery and dirty agreement on this issue.
    6) If they are desperate to develop ‘Bodhi Temple’. Please move it to an area where majority is buddhist.

    If you can do that ‘amazing’ on the road sign. How about you help us here. Please come and see with your own eyes, how near the temple.

    We already send the memorandum to Minister Ong Ka Chuan by hand. until now..no official answer.
    Now how about we request help from you?. Are you helping non-malay & non-muslim complaints only ?.
    Let us see.

  9. hkh says:
    Wednesday, 10-09-2008 at 18: 44.21

    Everyone please email this explanation to all your friends. Or better still, send link to them so that they know about other happenings carried out by the Selangor government, like the investment trip and business meetings.

  10. new era says:
    Wednesday, 10-09-2008 at 23: 16.09

    Teresa, seems like the Ahmad Ismail and this azan in puchong is plotted by UMNO, Khir toyol and gang to destroy the PR government. As we see every other days in the SUN the khir toyol government corrupt practises seems to crop up. The balkis issue, the stealing of community land in Bandar Utama, the stealing of graveyard land, illegal approval of hillslope developments in selangor….the list goes on endlessly……facing credibility problems thay tried to divert the attention of the malays to protrays PR as anti muslims.

    All the increase in racial sentiments are cause by UMNO itself. It campaigned in Permatang Pauh based on Racial sentiments. Ahmad the cow is from Mamak UMNO clique. Normally this people wants to be more Malay than melayu.They have vested business interest to protect UMNO cause he cari makan in UMNO. When they loose to Dap In Penang their rice bowls are gone. The melayu in Penang knows about this don’t think they are stupid to fall into Mamak Kutty trap.

  11. aku Islam says:
    Thursday, 11-09-2008 at 10: 38.00

    Teresa, kau jangan lupa gambar kau yang tersebar berdiri megah di bawah papan tanda yang telah dibuang tulisan jawi. Tulisan jawi adalah satu warisan melayu. celakalah kau dalam gambar tu

    pada masa kau membawa kes ‘wanita cina diambil gambar bogel dilokap polis’ tetapi awak SALAH ia adalah wanita melayu dan KAU tidak pernah minta maaf pun setelah kau maki semua polis dan kerajaan.

    CINA MUDAH LUPA
    LEPAS INI AKAN ADA LEBIH BANYAK AHMAD ISMAIL

    orang Melayu sentiasa peka terhadap kenyataan KAU kecuali pengkhianat bangsa PKR

  12. Rambo says:
    Thursday, 11-09-2008 at 15: 34.56

    Kalaulah nak kekalkan warisan Jawi, baik melalui pendidikan, bukan dgn membazirkan wang buat papan tanda baru yg kualiti dia lebih kurang drp yg lama.

    tentang wanita bogel tu, tak penting ia China, Melayu atau Bhai, isu nya peyelewengan dan salahguna kuasa – itu bukan cara bersikap pada manusia lain, walaupun pelacur atau pendatang tanpa izin.

    Shukuklah Melayu sebagai Ahmad tu tak ramai – memalukan Melayu sendiri. Nasib baik kebanyakan Melayu dan Muslimin Malaysia bersikap cukup sabar dan munasabah

  13. timtehkl says:
    Thursday, 11-09-2008 at 23: 25.08

    YB,
    what about this issue about jawi writing? any update? Jawi should be preserved as a cultural icon. We should have more jawi writings, one way is to use it on sign boards. why throw them away?

    I am by the way, chinese. I do read jawi, not a good reader, but i do know how to read, albeit a slow reader. Nonetheless, jawi should be encouraged, not discouraged.

    tim

  14. razman says:
    Friday, 12-09-2008 at 10: 29.38

    AKU HARAP MEMANG BETULLAH TIADA ORANG BUKAN ISLAM MERUNGUT PASAL AZAN TU,…
    APA AGAKNYA KALAU…
    ORANG LAIN MERUNGUT..
    1) ASAP COLOK MENDATANGKAN PENCEMARAN UDARA DAN BAU BUSUK-TIDAK DIBENARKAN BAKAR COLOK SAMA SEKALI
    2) BAU BUSUK MASAKAN DARI RESTORAN ATAU GERAI YANG TIDAK HALAL-TUTUP KEDAI TERBABIT
    3) GELI BILA TENGOK PENJUALAN BABI-HARAMKAN TERUS BABI DIMALAYSIA

    TAPI SETAKAT NI TAK ADA SAMPAI BEGITU SEKALI..ORANG LAIN LEBIH FAHAM DAN BERTOLAK ANSUR….
    DAN KALAU MENGAKU RAKYAT MALAYSIA KENALAH BERTOLAK ANSUR JUGA DALAM SEMUA HAL….

  15. teh hui jen says:
    Saturday, 13-09-2008 at 19: 40.15

    lee wee tak – on Yesterday at 17: 15.27

    cuba kita ambil teladan daripada China yang telah menganjurkan Sukan Olimpik. Ok, mereka negara komunis yang boleh kerah sesiapa pun dan pakar propaganda.

    Namun demikian, mereka menggunakan masa beberapa tahun menyuruh sukarelawan mereka belajar bahasa asing, meletakkan papan tandan berbilang bahasa di merata tempat, berusaha membersihkan bandar mereka yang memang kotor dan tercemar. Rakyat diajar supaya berbudi bahasa.

    Mengapa? Kerana mereka bangga dan sayangkan negara dan mereka ingin sangat menunjukkan mereka adalah negara yang dapat berhubung dengan pelawat dari sejagat dunia.

    Tengok negara kita sendiri. Sampah di merata tempat, orang suka meludah dan menconteng di merata tempat, rosakkan harta umum dan pembinaan kemudahan asas yang urang bermutu.

    Bagi saya, itu isu yang lagi genting. Malu saya tengok pelawat asing.

    Tempoh hari, saya telah bantu beberapa orang Austria menaiki LRT. Salah seorangnya kata,”your Inglish IZZ good-ah”. I replied with the few German word I knew, “Thanke, thanke” Mereka pun kagum dan gembira.

    Oleh itu, apa salahnya kita pakai berbilang bahasa?

    To Lee wee tak,

    To say “thank you” in German, the simple word = Danke, not “Thanke, thanke”…

    ~Teh

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Kempen Jom Sihat – Saringan Kesihatan Komuniti Percuma di Pearl Point Shopping Mall (31 Mei 2025)
  • Distribution of Rice Dumpling at Dapur Seputeh, Taman Salak Selatan (31 May 2025)
  • Distribution of Rice Dumpling at Happy Garden Morning Market (31 May 2025)
  • Sesi Libat Urus bersama DBKL berkenaan caj tempat letak kereta (TLK) di Kuchai Entrepreneurs Park (KEP)
  • Sembang Santai bersama penduduk wanita di PPR Kg Muhibbah (29 Mei 2025)
  • Free Eye Check Up at Nanomite Optical (Taman Desa) jointly organised by TDRA & Lions Eye Club
  • Sesi Penerangan Komunikasi Strategik oleh Pemaju Mah Sing berkenaan projek perumahannya di Taman Desa
  • Pemeriksaan Mata Percuma untuk pelajar B40 anjuran Rotary Club KL Sentral (24 Mei 2025)
  • Thai Food Review
  • Rice Dumpling Making Tutorial at Jalil Damai Apartment Bukit Jalil 郭素沁与民学习包粽子,传承传统文化 (18 May 2025)
  • Sambutan Hari Ibu bersama peserta Wanita Klinik Guaman Telenisa di PPR Kg Muhibbah (18 Mei 2025)
  • Pertandingan Congkak dan Dam di Apartment Sri Rakyat (18 Mei 2025)
  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme