Today I participated in the debate of a new piece of law, the Cooperative Commission Act.
I know very little about cooperative in Malaysia, but I am always ‘harassed’ by a guy who is very familiar with problems of cooperatives in Malaysia in the past few years.
So when I see this bill and the amendment to the Cooperative Act appeared in the Order Paper of Parliament sitting, I contacted this guy and invited him to my office and asked him to assist me to participate in the debate of these two bills.
My speech was prepared with tons of assistance from him. He helped me to understand problems faced by the cooperative movement in Malaysia. I hope you learn something about cooperatives movement by reading my speech too 🙂
Ucapan YB Teresa Kok Dalam Perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Koperasi Pada 24 April 2007 Di Dewan Rakyat
Di Malaysia, kita mempunyai lebih daripada 5000 koperasi dengan keahlian yang melebihi 5.2 juta. Sekiranya kita memasukkan ahli keluarga semua ahli koperasi ini, , maka jumlah orang yang terlibat adalah lebih kurang 13 juta orang. Ini bermaksud koperasi di Malaysia secara tidak langsung melibatkan 50 peratus daripada jumlah kependudukan negara kita. Bolehlah dikatakan bahawa pergerakan koperasi Malaysia telahpun menjadi sektor ketiga besar dalam ekonomi Malaysia.
Koperasi telah bermula di Malaysia selama 87 tahun walaupun negara kita hanya mencapai kemerdekaan selama 50 tahun sahaja. Sektor ini telah lama diabaikan dan terwujudnya banyak kelemahan yang menghendaki perhatian serta-merta.
Media telah melaporkan bahawa ramai pegawai kerajaan tidak membawa gaji balik ke rumah selepas menjelaskan semua bayaran keperluan dan hutang-piutang. Jadi sesetengah pegawai kerajaan pun perlu mencari jalan baru untuk menambah pendapatan mereka.
Pegawai Jabatan Pembangunan Koperasi Tidak Harus Menerima Elaun Daripada Koperasi
Dalam laporan tahunan ANGKASA, kita mendapati Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi dibayar elaun sebanyak RM1,200 manakala pegawai koperasi yang lain menerima elaun daripada Pertubuhan Koperasi Kebangsaan. Walaupun Presiden ANGKASA telah menafikan beliau menerima elaun tetapi laporan tahunannya memnunjukkan dia menerima jumlah elaun sebanyak RM25,382. Sebagai pemantau yang tertinggi dalam sektor ini, pegawai kerajaan tidak harus mengambil apa-apa ganjaran daripada mana-mana koperasi kerana ini akan menjejaskan kebebasan kementerian sebagai pemantau dalam urusan koperasi.
Prinsip Satu Orang Satu Undi Tidak Diikuti Dalam Pemilihan ANGKASA
Beribu -ribu koperasi telah luput pendaftaran dan banyak di antaranya tidak mengadakan Mesyuarat Tahunan mereka. Apa yang akan dilakukan oleh kementerian terhadap koperasi yang sudah dormant ini?
Prinsip satu orang satu undi dicabuli dalam sesetengah pemilihan koperasi. Dalam pemilihan tahunan ANGKASA, kehadirannya dimonopoli oleh para guru yang mana bukan ahli kepada koperasi sekolah. Begitu juga dengan Koperasi MCIS (Malaysian coperative insurance society), ia menjalankan proses pengundian secara kelompok ataupun ‘voting in bulk’ dalam pemilihannya. Kesemua ini adalah bercanggah dengan prinsip satu orang satu undi dalam pemilihan sesebuah organisasi.
Telah menjadi amalan bagi auditor koperasi untuk berdaftar dengan Institute of Cooperative Auditors. Masalahnya ialah, institut yang berdaftar di bawah Akta Syarikat ini telahpun menjadi tidak sah ataupun‘defunct’. Apakah ini menunjukkan akaun bagi semua koperasi juga akan menjadi tidak boleh dipakai kerana Institute of Cooperative Auditors ini telah menjadi tidak sah? Adalah sedih bahawa Institute of Cooperative Auditors yang tidak sah ini masih dibiayai oleh kerajaan.
Datuk yang Dipertua, Cooperative Central Bank tumbang pada tahun 1996, para koperasi diarah untuk ‘write off’ pelaburan saham mereka daripada akaun koperasi mereka. Soalannya ialah, bangunan CCB masih wujud di No: 29, Leboh Ampang, Kuala Lumpur. Apakah kegunaan bangunan tersebut? Kenapakah kerajaan tidak menjual aset ini dan memulangkan hasil jualan kepada para pemegang saham? Bolehkah kerajaan memberi jaminan kepada para penyimpan wang bahawa simpanan mereka akan dipulangkan kepada mereka?
Dasar koperasi kebangsaan yang diperkenalkan dalam Februari 2004. Perdana Menteri dalam ucapannya kepada koperasi telah mengkritik kekurangan profesionalisme dan keperluan bagi pergerakan koperasi untuk mengatasi masalah kekurangan penyertaan, kekurangan profesionalisme dan kekurangan produktiviti. Apakah langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk menambahbaikkan prestasi koperasi di negara kita?
Ada pihak yang mendapati bahawa kerajaan akan menggunakan RM50 juta setiap tahun untuk menanggung perbelanjaan suruhanjaya ini adalah satu bentuk pembaziran. Kebanyakan koperasi di seluruh dunia adalah berkaitan dengan sektor pertanian, tetapi di Malaysia, koperasi dalam sektor pertanian bukan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi tetapi mereka terletak di bawah kementerian yang lain.
Saya difahamkan bahawa 70% daripada aset koperasi dipunyai oleh Bank Rakyat yang mana ia dikawal dan dipantau oleh aktanya sendiri. Apakah wajar bagi kerajaan untuk menubuhkan suruhanjaya yang dibiayai dengan RM50 juta untuk memantau aset 30% yang tertinggal bagi koperasi?
Percanggahan Yang Wujud Dalam Rang Undang-Undang Suruhanjaya Koperasi Tentang Samada Suruhanjaya Boleh Diambil Tindakan Guaman
Saya ingin menunjukkan percanggahan yang terwujud dalam rang undang-undang ini, fasal 3(2) dalam rang undang-undang ini menyatakan: Suruhanjaya adalah kekal turun-temuran dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadannya.
Tetapi sekiranya kita baca fasal 60 (1) dalam rang undang-undang ini, ia berbunyi seperti berikut: “Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa jua prosiding lain boleh dikenakan, diambil, dimulakan atau dikekalkan dalammana-mana mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa lain terhadap (a) Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri; (b) Suruhanjaya; (c) mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja mana-mana Kerajaan atau Suruhanjaya, samada secara peribadi atau atas sifat rasminya; atau (d) mana-mana orang yang dengan sah bertindak bagi pihak Kerajaan, Suruhanjaya, pegawai atau pekerja, samada secara peribadi atau atas sifat orang yang melakukan bagi pihak tersebut.
Saya ingin minta YB Menteri menjelaskan kenapakah percanggahan ini wujud?
Terlalu Banyak Kumpulan Wang Amanah Yang Perlu Disumbang Oleh Koperasi
Koperasi merupakan organisasi individu yang sama seperti syarikat dalam Akta Syarikat, mereka membayar cukai dan telah dipaksa untuk menyumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan Kumpulan Wang Pusat Koperasi di bawah kawalan kerajaan. Sekiranya kita lihat fasal 41 (3) dalam akta ini, kita mendapati bahawa koperasi malah dipaksa untuk memberi sumbangan kepada 5 dana lagi, iaitu: Akaun Deposit Koperasi, Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi, Akaun Pelikuidasian Koperasi, Kumpulan Wang Likuiditi Pusat dan juga 41(3) (g) apa-apa kumpulan wang lain yang ditubuhkan oleh suruhanjaya dengan kelulusan Menteri. Fasal ini memang merupakan satu bentuk diskriminasi bagi koperasi kerana ia menunjukkan bahawa kerajaan ingin mengeksploitasi dana dalam koperasi dan mengurangkan keuntungan yang sepatut dinikmati oleh koperasi, dan akhirnya ini akan mengurangkan dividen kepada ahli-ahlinya.
Di Manakah Transparensi Akaun Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan Kumpulan Wang Pusat Koperasi?
Para koperasi telahpun memberi sumbangan kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi selama 35 tahun. Mereka juga telah menyumbang kepada Kumpulan Wang Pusat Koperasi sejak tahun 1994. Soalannya, di manakah transparensi dan ketelusan kedua-dua kumpulan wang amanah ini? Pihak berkenaan tidak pernah mengumumkan akaun tentang macam mana mereka menggunakan wang dalam kumpulan wang amanah tersebut? Bolehkah YB Menteri mengumumkan akaun kedua-dua kumpulan wang amanah ini kepada pihak media, semua koperasi dan kepada ahli-ahli berhormat di dewan yang mulia ini?
Masalah Kewangan Koperasi Kobena
Pada suatu ketika, kerajaan telah menyuntik berjuta-juta ringgit dalam Koperasi Kobena, dan Koperasi Kobena sekarang berhutang RM6.5 juta kepada Storage Enterprise dan RM9.5 juta kepada Koperasi Rel. Selain itu Kobena masih hutang Koperasi KOPEMA. Saya ingin tanya, apakah sebab yang menyumbang kepada masalah kewangan Koperasi Kobena? Apakah langkah yang akan diambil oleh kementerian dalam perkara ini?
Pelan tindakan daripada National Economic Action Council (NEAC) telah mendedahkan banyak kelemahan dalam sektor koperasi, tetapi kerajaan, termasuk akta ini kelihatan tidak mengambil apa-apa tindakan untuk mengatasi kesemua kelemahan ini.
Memandangkan pergerakan koperasi pengambilan simpanan pernah tumbang pada tahun 1998, dan pergerakan koperasi kita memang mempunyai banyak kelemahan, apakah kementerian pernah membincangkan kesemua cadangan dalam rang undang-undang ini dengan para pengurus koperasi dan konsultan koperasi? Bukankah penting bagi kementerian untuk menjalankan kajian yang mendalam dan dialog dengan para pengurus koperasi sebelum kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Koperasi dan membuat pindaan terhadap Akta Koperasi?
First of all, sorry for going off-topic from this entry’s main agenda.
Next, I want you to know, Ms Teresa, that I support you wholeheartedly in the Seputeh area. Though, I must voice out that you need to do more in the Seri Petaling area. This area, Seri Petaling is slowly becoming a busy hub of exchange from KL and Subang.
The recent fly-overs are a major eye sore and it hurts the real estates in the affected area. I understand it is difficult for you raise up this issue, but I urge you to take up more actions, be it small or simple, because I want you to know that the people is always standing behind you, supporting you!