Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Abused complainant meets officers from the “Tatatertib” Department of Bukit Aman

Posted on Tuesday, 03-04-2012Tuesday, 03-04-2012 by Teresa Kok's Office

3 April 2012 – Had a press conference at the Police headquarters Bukit Aman before meeting the officers from the “Tatatertib” department. Joining me was the complainant Ms.Lim Hui Hui, her lawyer Mr. Tan and my service center personnel.

The meeting with the Tatatertib department lasted for 2 hours with the complainant re-enacting her ordeal at the police station to the investigating officer. Datuk Hashim Bin Abdul Jalil, the Ketua Unit Urusetia Tatatertib, has given his word that he will undertake this case and he will forward this case directly to the IGP once the report is completed.

Below is the news coverage (in Bahasa) of the press conference published in Malaysiakini. Also available at this link is the English news report on my call for a supposed witness to the incident, to come forward with information.

Dakwaan cabul: Aduan tatatertib polis dibuat

Malaysiakini 3rd April 2012 – Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok hari ini membuat aduan kepada bahagian tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung dakwaan seorang ibu kepada empat orang anak dikasari dan mengalami gangguan seksual ketika disoalsiasat polis Sri Petaling pada pagi 24 Mac lalu.

Beliau yang hadir bersama mangsa yang merupakan ahli perniagaan Lim Hui Hui, peguam Eric Tan dan beberapa pembantu wakil rakyat itu kelihatan memasuki ibu pejabat polis itu kira-kira jam 9.55 pagi ini.

Bercakap kepada media sebelum membuat aduan tersebut, Teresa berkata apa yang dilalui Lim adalah “satu pembulian” terhadapnya.”Sepatutnya polis mesra rakyat. Tidak sepatutnya perkara itu berlaku dalam balai polis,” katanya.Lim sebelum ini dilaporkan membuat laporan polis kerana mendakwa dikasari dan mengalami gangguan seksual ketika disoalsiasat di Balai Polis Sri Petaling pada pagi 24 Mac lalu.Lim mendakwa anggota polis wanita yang bertugas di balai berkenaan memintanya kencing dalam botol untuk ujian air kencing, tetapi tanggannya digari ke belakang.
Dakwa payudara dipicit polis
Tambahnya, apabila beliau membangkitkan perkara itu, payudaranya dipicit dan beliau diberitahu ia mesti tetap dibuat.

Selepas pertemuan dengan mangsa dan pembantu ahli parlimen itu sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid dilapor berkata pihaknya akan menyiasat aduan yang dibuat oleh Lim.

Dalam sidang media selepas aduan itu dibuat, peguam Lim berkata pengadu telah memberi keterangan serta butir-butir terperinci berhubung insiden yang menimpanya pada hari tersebut.Katanya, aduan itu dibuat bagi membolehkan polis menyiasat dan mengambil tindakan tatatertib anggota polis yang didakwa melakukan kesalahan terhadap anak guamnya.”Apa yang telah dilakukan (terhadap mangsa) akan disiasat,” katanya selepas lebih dua jam menemani anak guamnya memberikan keterangan.Eric berkata pegawai bahagian tatatertib ASP Karishna Sharma memberitahunya, aduan pengadu akan dikendalikan oleh Timbalan Ketua Urusetia Bahagian Tatatertib Datuk Hashim Abdul Jalil.

Lim yang ditemui juga menyatakan keyakinan bahawa polis akan menyiasat aduan mereka.

[Berita penuh menyusul]

From left: Mr. Eric Tan (lawyer of the complainant), myself, and Ms Lim Hui Hui (complainant) showing the sms from a supposed witness to the incident.
From left: Mr Eric Tan, Mr. Peter Seen (DAP Seputeh), Ms Lim and myself proceeding to make the report.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme