Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Menteri Zuraida Kamaruddin digesa untuk mempercepatkan projek hijau dan pemuliharaan di bawah Majlis Minyak Sawit Malaysia sebagai strategi untuk melawan dakwaan palsu terhadap minyak sawit Malaysia

Posted on Thursday, 20-01-2022 by Editorial Team

Kenyataan tidak berperasaan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi YB Zuraida Kamaruddin bahawa “Orang Utan akan bunuh kamu” (Orang Utan will kill you) telah mencetuskan banyak kritikan dan perbincangan di media sosial. Beliau buat kenyataan ini bila diberitahu oleh duta Malaysia di Jeddah bahawa buku teks di negara-negara Arab mengandungi sentimen anti-minyak sawit, termasuk dakwaan perladangan sawit telah membunuh Orang Utan.

Sejak kejatuhan kerajaan PH di mana Khairuddin Aman Razali pegang Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), kementerian telah cuba mempromosi minyak sawit secara agresif di Timur Tengah. Khairuddin telah menubuhkan pejabat promosi komoditi yang baru yang termasuk aktiviti Minyak Sawit Malaysia (MPOC)  di Saudi Arabia, sebagai tambahan kepada dua lagi pejabat MPOC di Istanbul dan Cairo di Timur Tengah.

Saya percaya penekanan promosi minyak sawit di negara-negara Arab adalah disebabkan oleh peresapan sentimen anti-minyak sawit yang kuat di seluruh Kesatuan Eropah, dan mantan Menteri mungkin ingin menggunakan hubungan baik di antara Malaysia dengan negara-negara OIC untuk memudahkan kemasukan minyak sawit ke pasaran mereka.

Mantan Menteri Khairuddin dan Menteri Zuraida Kamaruddin mungkin tidak sedar bahawa sentimen anti-minyak sawit sebenarnya telah bertular di masyarakat Arab. Di kebanyakan tempat di Timur Tengah, minyak sawit tidak digemari oleh suri rumahtangga dan kebanyakan mereka lebih suka menggunakan minyak jagung dan minyak zaitun. Mereka menganggap minyak sawit mengandungi lemak yang tidak sihat. Jadi, hanya hotel dan sektor pembuatan makanan memilih minyak sawit kerana minyak ini mempunyai fungsi khas tertentu dan ia dijual dengan harga yang lebih rendah. Apa yang lebih teruk ialah, dakwaan orang Eropah bahawa penanaman pokok sawit telah merosakkan alam sekitar dan membunuh hidupan liar juga telah menular masuk dalam buku teks sekolah di Arab.

Minyak sawit dan produk minyak sawit selalu berada dalam 10 tangga ke atas dari segi nilai eksport Malaysia. Industri sawit adalah aktiviti ekonomi yang sangat penting dan penyumbang utama kepada KDNK negara kita. Sekiranya Malaysia sebagai negara pengeluar sawit tidak merangka strategi yang komprehensif untuk melawan sentimen anti-minyak sawit seluruh dunia, ia pasti akan menjejaskan industri minyak sawit kita dan menjejaskan kehidupan berjuta-juta orang yang kehidupan mereka bergantung kepada industri ini.

Saya berharap pengalaman Zuraida Kamaruddin di negara-negara Arab akan menyebabkan beliau faham dan melaksanakan dasar yang digubal oleh saya untuk menghentikan pengembangan penanaman sawit di Malaysia, di samping menggunakan ses daripada industri minyak sawit untuk menanam pokok jenis hutan dan mengamalkan projek hijau dan pemuliharaan hidupan liar yang dijejaskan oleh aktiviti manusia di bawah Malaysian Palm Oil Green Conservation Fund (MPOGCF).

Selepas saya tinggalkan kementerian MPIC, saya rasa amat kesal untuk melihat progres yang perlahan dari segi penanaman pokok jenis hutan di 2,500 hektar kawasan hutan yang terbiar di Lower Kawag di daerah Lahad Datu di Sabah; di samping projek penanaman rumput yang dimakan oleh gajah dengan tujuan mewujudkan koridor gajah di bahagian utara di Sabah. Program-program tersebut disambut baik oleh para NGO dan pakar pemuliharaan tetapi ia tidak diambil berat oleh mantan Menteri Khairuddin Aman Razali.

Kesemua projek ini digubal demi melawan persepsi negatif terhadap Malaysia dan memberi gambaran industri minyak sawit kita yang mengambil berat tentang pemuliharaan alam sekitar yang jarang diketahui oleh orang ramai.

 

Kekurangan strategi dari segi penanaman pokok jenis hutan dan pemuliharaan hidupan liar

************************************************************

Dalam jawapan bertulis Kementerian kepada soalan saya berkenaan projek di bawah Malaysian Palm Oil Green Conservation Fund (MPOGCF) di sidang Parlimen yang lepas, menteri berkata 13 projek telahpun dikenalpasti. Daripada senarai projek tersebut, ia jelas menunjukkan lembaga pemegang Amanah MPOGCF ataupun Menteri tiada strategi dari segi penggunaan dana tersebut. Projek penanaman pokok jenis hutan nampaknya beselerak di semua tempat di Malaysia, ia tidak akan  membawa hasil yang dikehendaki, kerana dana tidak digunakan dengan adanya fokus. Misalnya:

*RM2 juta digunakan dalam penanaman semula pokok hutan di Putrajaya;

*RM420,000 digunakan untuk menanam pokok hutan di Melaka;

*RM2.85 juta digunakan untuk projek penghutanan semula central forest spine di Kelantan;

*RM1.2 juta digunakan untuk projek penanaman dan pemuliharaan pokok di Tamotani Kuala Terengganu;

*RM301,305 digunakan untuk penerbitan Buku Panduan Amalan Pengurusan Ladang Terbaik: Pengurusan Hidupan Liar di Kawasan Perladangan.

Sekiranya sumbangan daripada pengusaha industri untuk projek pemuliharaan hijau berselerak di semua tempat di Malaysia dan tidak ditumpukan pada kawasan yang berlaku konflik manusia dan hidupan liar, kementerian akan dilihat melaksanakan projek tanpa strategi. Jadi adalah susah bagi kementerian ataupun pengusaha minyak sawit Malaysia untuk mewar-warkan tentang usaha pemeliharaan alam-sekitar dan penjagaan hidupan liar oleh industri minyak sawit Malaysia.

Saya ingin menyeru Menteri Zuraida Kamaruddin untuk menyemak dan meneliti projek-projek pemuliharaan hijau di bawah MPOGCF, dan melaksanakan projek-projek ini secara sistematik dengan strategi komunikasi, supaya Malaysia boleh mewar-warkan projek-projek yang berimpak tinggi tertentu yang disumbang oleh industri sawit Malaysia untuk melawan dakwaan palsu terhadap minyak sawit di banyak tempat di dunia ini.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme