Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan penggulungan saya di Dewan Negeri Selangor Mac 2011

Posted on Thursday, 31-03-2011 by -ec-

Ucapan Penggulungan Teresa Kok, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Selangor bagi Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan di Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 31 Mac 2011

Negeri Selangor Mendapat Pelaburan Perindustrian yang Tertinggi di Malaysia bagi tempoh 2008 -2010 sejak  Pakatan Rakyat Menerajui Kerajaan Negeri Selangor

 

Puan Timbalan Speaker, walaupun tidak begitu ramai ahli berhormat berbahas tentang pelaburan di Negeri Selangor, di sini, saya ingin memberi penggulungan ringkas tentang keadaan pelaburan di Negeri Selangor. Statistik daripada MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah nilai pelaburan perindustrian yang tertinggi iaitu sebanyak RM 29.3 billion bagi tempoh 2008 – 2010. Ini merupakan nilai pelaburan yang tertinggi di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri yang lain dalam 3 tahun yang lepas.

Selangor diikuti oleh Sarawak dengan jumlah nilai pelaburan perindustrian yang berjumlah RM 27.6 billion dan Pulau Pinang dengan RM24.6 billion.

Dalam 3 tahun yang lepas, Negeri Selangor juga telah berjaya mencapai bilangan projek perindustrian tertinggi (905 projek) dan bilangan peluang perkerjaan yang tertinggi (80 ribu) berbanding dengan negeri-negeri lain bagi tempoh yang sama, iaitu sejak Pakatan Rakyat menerajui Negeri Selangor.

Empat buah negara pelabur asing yang utama di Selangor dalam tempoh tersebut ialah Amerika Syarikat dengan jumlah modal pelaburan RM 4.7 billion, diikuti oleh Jerman dengan RM 3.5 billion, Japun dengan RM3.4 billion dan Singapura dengan nilai RM 1.8 billion.

Data MIDA ini jelas menunjukkan bahawa tomahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak bahawa pelaburan di Selangor telah jatuh sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor adalah tidak berasas.

Bagi tahun 2010 secara terperinci pula, jumlah pelaburan pada tahun 2010 telah meningkat daripada RM6.7 bilion pada tahun 2009 ke RM 10.6 billion. Jumlah bilangan projek yang diluluskan juga meningkat daripada 278 pada tahun 2009 ke 325 projek. Dari segi peluang pekerjaan pula, ia naik daripada 20,753 pada tahun 2009 ke 27,865.

 

Jumlah modal pelaburan perindustrian yang diluluskan mengikut negeri bagi tempoh 2008 -2010

Negeri 2008 2009 2010 Jumlah
Selangor 11,870,910,013 6,759,590,951 10,641,835,401 29,272,336,365
Sarawak 15,168,880,681 8,450,751,719 3,945,046,973 27,564,679,373
Pulau Pinang 10,156,301,413 2,165,240,934 12,237,958,878 24,559,501,225
Johor 11,711,672,847 4,063,441,520 7,464,914,643 23,240,029,010
Sabah 964,375,892 5,664,295,498 1,325,610,877 7,954,282,267
Perak 3,130,017,250 893,872,874 3,039,706,315 7,063,596,439
Melaka 3,634,515,677 892,711,918 1,631,129,805 6,158,357,400
Kedah 2,567,345,854 1,496,062,950 1,960,636,097 6,024,044,901
Terengganu 992,259,227 505,834,968 2,327,931,930 3,826,026,125
Negeri Sembilan 1,115,791,287 857,598,018 1,292,607,042 3,265,996,347
Pahang 1,080,749,835 604,841,416 1,038,737,181 2,724,328,432
Kelantan 83,600,000 126,929,520 169,555,000 380,084,520
W. P. Kuala Lumpur 117,786,590 155,664,320 55,046,132 328,497,042
Perlis 170,250,000 0 31,440,000 201,690,000
W. P. Labuan 20,540,508 0 14,866,935 35,407,443
Jumlah 62,784,997,074 32636836606 47177023209 142,598,856,889

 

Data projek-projek pelaburan perindustrian yang diluluskan bagi negeri Selangor bagi tempoh 2008 – 2010

Tahun Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing

(RM)

Jumlah Modal Pelaburan

(RM)

2008 302 30,980 2,866,163,788 9,004,746,225 11,870,910,013
2009 278 20,753 2,752,526,768 4,007,064,183 6,759,590,951
2010 325 27,865 5,494,986,553 5,146,848,848 10,641,835,401
Jumlah 905 79,598 11,113,677,109 18,158,659,256 29,272,336,365

 

Kerajaan negeri berjaya mendapat nilai pelaburan setinggi ini walaupun kerajaan negeri tidak dapat memberikan sebarang insentif berbentuk kewangan kepada para pelabur yang ingin melabur di Negeri Selangor kerana sebarang bentuk insentif hanya dapat diberikan oleh pihak Kerajaan Persekutuan menerusi MITI/MIDA.

Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui agensi promosi pelaburan SSIC Berhad sentiasa memberikan bantuan kepada para pelabur dalam membantu mendapatkan sebarang kelulusan pembangunan daripada jabatan-jabatan kerajaan secara percuma. Pihak SSIC Berhad akan memantau dan menyelaras mesyuarat teknikal bersama agensi-agensi yang terlibat bagi memastikan pembangunan yang dirancang oleh para pelabur dapat disiapkan dalam tempoh masa serta mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Bagi memperdayakan lagi pelaburan dalam negeri dan memberi peluang pekerjaan yang lebih baik kepada anak tempatan, SSIC Berhad telah menetapkan sasaran pelaburan perindustrian kita sebanyak RM8 bilion setahun.

Kerajaan Negeri juga turut mengenal pasti beberapa strategi lain bagi memastikan sektor perindustrian terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kapada KDNK negeri serta nadi penggerak ekonomi negara amnya dan negeri Selangor khususnya. Strategi tersebut adalah seperti berikut;-

i.          Melaksanakan Pelan Induk Perindustrian Negeri Selangor dilaksanakan selaras dengan Pelan Induk Perindustrian ketiga (2006-2020)

ii.         Memastikan projek perindustrian yang diluluskan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat yang berkenaan secepat mungkin.

iii.        Menyelaras dan memperkemaskan lagi Pusat Pelaburan Negeri bagi membolehkannya berfungsi sebagai pemangkin pembangunan perindustrian di negeri Selangor.

iv.        Mempertingkatkan usaha untuk menarik pelabur tempatan dan asing melalui penglibatan Kerajaan Negeri secara langsung.

v.         Mempromosikan beberapa kawasan-kawasan pertumbuhan baru yang di dibahagikan mengikut fokus industri yang tertentu. Kawasan-kawasan pertumbuhan baru yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut;-

a.      Selangor Science Park 2 di kawasan Sepang.

 

b.      Selangor Automotive Belt yang merangkumi kawasan yang telah dan bakal dibangunkan bagi industri automotif iaitu di sekitar Serendah, Hulu Selangor yang telah menempatkan beberapa syarikat automotif yang terkenal seperti Perodua dan Tan Chong Motor (pengeluar jenama kereta Nissan). Di samping itu juga terdapat beberapa syarikat pengeluar komponen automotif untuk Proton dan Perodua turut beroperasi di kawasan Hulu Selangor.

 

c.       Industri Aeroangkasa (Aerospace Industry)

Kawasan pertumbuhan bagi industri ini tertumpu di Malaysian International Aerospace Centre (MIAC) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang. Kawasan ini menempatkan beberapa syarikat yang menjalankan aktiviti-aktiviti utama dalam industri aero-angkasa seperti pembaikan dan pemulihan, pusat helikopter, pusat penerbangan, pusat latihan aeroangkasa, pusat teknonogi angkasa dan pusat komersil.

 

d.      Kawasan Pertumbuhan Lembah Klang 2

Kawasan pertumbuhan Lembah Klang 2 ini melibatkan 2 daerah iaitu Daerah Kuala Langat dan Daerah Sepang. Kawasan pertumbuhan ini meliputi projek-projek seperti Selangor Science Park, Cyberjaya (MSC), KLIA Aeropolis, Sepang Goldcoast, Sri Bayu Morib Resort City, IOI Trade Centre dan rekreasi dan melibatkan pelaburan dari beberapa syarikat besar seperti Q-Cell, SGL Carbon dan Megasteel Sdn. Bhd. yang telah melabur di dalam kawasan ini.

 

e.      Cyberjaya

Kawasan pertumbuhan yang terletak di daerah Sepang ini yang merupakan nadi utama MSC Malaysia dibangunkan bagi menempatkan syarikat-syarikat ICT dalam dan luar negara.

 

f.        i-City, Shah Alam

Kawasan pertumbuhan seluas 72 ekar di Shah Alam ini menyediakan ruang pejabat kepada syarikat-syarikat ICT dalam dan luar negara. Kawasan i-city mendapat pengiktirafan MSC Malaysia Cybercentre daripada pihak MDEC.

 

g.      Bernam Jaya PKNS dan Kerajaan Negeri Selangor tengah berusaha untuk menjadikan sebahagian daripada kawasan Bernam Jaya sebagai kawasan pembangunan campuran dan zon perkhidmatan antarabangsa. Kami ingin mewujudkan “retirement village” dan mensasarkan peserta “Malaysia My Second Home” dari negara asing seperti warga dari Jepun, Korea dan China untuk membeli hartanah di tempat berkenaan.

 

Pelaburan yang disasarkan oleh Kerajaan Selangor adalah sektor industri yang berasaskan teknologi tinggi, berasaskan pengetahuan, berintensifkan modal dan mesra alam, khususnya pelaburan dalam bidang Biotechnology,  Aviation Industry dan industri solar.

Selain itu, kita juga menggalakkan pelaburan dalam sektor perkhidmatan seperti;-

a)         Business and Professional Services

b)         Integrated Logistic Services

c)         ICT Related Services

d)         Distributive Services

e)         Education and Training Services

f)          Medical and Health Services

g)         Tourism Services

h)         Manufacturing Related Services

 

Kerajaan Selangor selalu menggalakkan pihak berkuasa tempatan untuk memainkan peranan untuk menjaga kepentingan para pekilang dan pelabur. Itu sebabnya kami menubuhkan Industrial Park Management Committee (IPMC) di banyak kawasan perindustrian di seluruh Selangor dengan bantuan daripada pegawai PBT. Dengan adanya IPMC, perhubungan di antara  pihak pelabur dan pekilang di Selangor dengan pihak kerajaan tempatan pun bertambah mesra, dan kita dapat menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh mereka, dengan ini ia pun menambah-baikkan iklim pelaburan di Selangor.

Menerusi perlaksanaan projek-projek pelaburan dalam industri yang digalakkan di Negeri Selangor secara langsung dapat memberi peluang kepada pekerja tempatan untuk meningkatkan kemahiran dalam teknologi-teknologi baru melalui proses pemindahan teknologi yang dilakukan oleh syarikat-syarikat multinasional.

Kesimpulannya, ekonomi Selangor masih lagi mantap di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Selangor masih lagi merupakan destinasi pelaburan nombor satu bagi pelabur asing dan tempatan.

 

Teresa Kok

 

 

1 thought on “Ucapan penggulungan saya di Dewan Negeri Selangor Mac 2011”

  1. lee wee tak says:
    Thursday, 31-03-2011 at 21: 54.26

    syabas to the Selangor State Government and also the Penang State Government.

    however, the wide discrepancy shows clearly that 1Malaysia is not working – there is huge differences between various states.

    as a result there are many Displaced People (DP) – concentrating in Klang Valley to seek a livelihood while their older parents are left in the smaller towns like Seremban, Kota Baru etc. Family ties are broken, property are left vacant in these areas, old people are left to fend for themselves and Malaysians have to live with massive travelling inconveniences during the festive seasons and overstraining the environment in certain areas….

    unequal development is making a mockery of 1Malaysia. Let’s empower the respective state government and let the locals have a bigger say in determining their livelihood

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme