I am very surprised with the way Utusan Malaysia played up the short write-up of my blog on planned modern pig farm in Selangor state. Today, that paper continued its nasty job by publishing series of interviews with people who don’t agree with pig farm to be set up in Selangor. The paper published the interviews of PAS excos and even Khir Toyo.
The biggest joke is, the modern pig farm project was approved by the BN state government in January 2008 and we are only continuing the planned task, and now Khir Toyo himself criticised us for approving the pig farm project. Ha ha!! What a joker.
I have no time to write more on this topic, below are the reports from Utusan Malaysia. Please read it and judge it yourself.
===========================================================
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
NGO pengguna desak projek dibatalkan
KUALA LUMPUR 7 April – Beberapa persatuan pengguna menyifatkan keputusan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas meluluskan projek ladang babi di Selangor sebagai tidak menghormati suara rakyat.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, kerajaan negeri seharusnya mengambil kira sensiviti masyarakat sebelum meluluskan projek di Sepang itu yang bernilai RM100 juta.
Menurutnya, beliau tidak mahu Selangor menjadi negeri utama penternakan babi negara dan mencetuskan pelbagai masalah sebagaimana berlaku di Melaka.
”Kerajaan Selangor perlu tanya rakyat dahulu. Jangan lulus projek sebegini tanpa persetujuan rakyat sebagai pengguna.
”Mereka perlu batal jika semua bantah. Apa-apa juga projek perlu mendapat kelulusan rakyat dan tidak boleh diluluskan tanpa mengira sensitiviti semua,” katanya di sini hari ini.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Teresa Kok semalam mengesahkan kelulusan projek membangunkan la dang babi bernilai RM100 juta di Sepang.
Teresa enggan mengulas lanjut mengenai projek itu tetapi menyatakan mahu menjadikan Selangor sebagai contoh terbaik kepada ke rajaan negeri lain dalam mengusa hakan ladang babi secara moden.
Jacob menjelaskan, beliau mengakui telah dimaklumkan mengenai projek pembinaan dan teknologi yang akan digunakan dalam penternakan babi itu.
”Kami dimaklumkan mereka akan guna teknologi terkini dan canggih dalam penternakan babi. Kerajaan Selangor juga memberi jaminan masalah seperti di Melaka tidak berulang di sini.
”Bagaimanapun mereka tidak boleh jamin bahawa teknologi baru itu tidak memberi kesan lain yang mungkin lebih buruk daripada yang berlaku di Melaka,” ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, keputusan Kerajaan Selangor itu akan menyebabkan punca air di Sepang tercemar.
”Air menjadi bahan utama dalam penternakan babi. Air pasti akan tercemar dan bau busuk semestinya tidak dapat dielakkan.
”Kerajaan Selangor perlu pertimbangkan semula apa yang mereka luluskan. Ini bukan soal kecil yang boleh dibuat mainmain,” tegasnya.
Koordinator Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, tindakan kerajaan negeri itu bakal menimbulkan kemarahan orang Islam.
”Di manakah janji kerajaan Selangor sebelum ini untuk menjaga kepentingan khususnya pengguna Islam? Ini betul-betul mencabar kesabaran dan sensiviti semua.
”Jangan sampai isu yang berlaku di Melaka berulang di sini. Atau kerajaan Selangor sengaja mahu mencatat sejarah memegang rekod ladang babi terbesar yang pernah dibangunkan di dalam negara,” ujarnya.
=====================================================================
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
Rakyat Selangor bantah -Isu projek ternakan babi RM100 juta
Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM 7 April – Pengumuman kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor meluluskan projek mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang dianggap mengejutkan dan ditentang orang ramai.
Hampir kesemua mereka yang ditemui tanpa mengira keturunan tidak bersetuju ladang penternakan itu dibina di negeri Selangor yang telah mendapat status negeri maju ini.
Syahril Shawaluddin, 26, seorang kerani yang bertugas di sini berkata, pembinaan ladang penternakan ini walaupun dibina dengan teknologi moden sekali pun pasti akan mengundang masalah.
Beliau berkata, ia juga melibatkan sensitiviti masyarakat setempat di Sepang yang pastinya akan menghadapi kemungkinan dan risiko wabak penyakit seperti yang pernah berlaku di Negeri Sembilan dan Melaka.
‘‘Ia agak mengejutkan. Saya tidak setuju dengan apa yang kerajaan Selangor nak lakukan ini dan saya minta jangan mencemarkan negeri Selangor,” katanya.
Ahli perniagaan, Azwandi Amiruddin, 29, pula ingin tahu apa niat sebenar kerajaan negeri mahu membina ladang penternakan babi ini sama ada kerana kepentingan politik atau kepentingan rakyat.
Selain itu, beliau juga ingin tahu adakah kerajaan negeri melihat kebaikan atau keburukan projek ini dan sudahkah perbincangan mengenai isu sensitiviti rakyat serta pencemaran yang bakal berlaku telah diambil kira.
‘‘Sebagai kerajaan baru pastinya mereka mahu menunjukkan contoh yang baik tetapi adakah langkah-langkah yang sepatutnya telah diambil kira sebelum mereka meluluskan projek ini?
‘‘Saya harap kerajaan negeri dapat memberikan penjelasan yang adil kepada rakyat,” katanya yang menetap di sini.
Normadi Awaluddin, 40, pula meminta kerajaan negeri dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak hanya menjaga kepentingan politik dan peribadi tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat dan membelakangkan rakyat.
Katanya yang merupakan seorang pengusaha gerai makanan, banyak lagi projek-projek lain yang boleh dibuat untuk kebaikan rakyat selain ladang penternakan babi jika benar kerajaan negeri benar-benar mahu mengambil hati rakyat Selangor.
‘‘Sudah tentu saya yang menetap di Selangor ini tidak bersetuju jika negeri yang maju ini kelak dicemari pencemaran dan kekotoran.
‘‘Saya berharap kerajaan negeri agar pertimbangkan suara rakyat seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.
‘‘Takkan Malaysia yang merupakan negara Islam mahu dikenali sebagai pengeksport babi moden pula,” tambahnya.
Bagi pembantu tadbir kewangan, S. Vijayalakhsmi, 27, beliau memang tidak bersetuju kerajaan negeri Selangor menternak babi secara besar-besaran di Sepang ataupun mana-mana tempat lain.
Katanya, sudahlah binatang itu tidak bersih, penternakannya juga pasti akan menyebabkan berlaku rasa tidak senang kepada penduduk di kawasan berdekatan.
‘‘Di Selangor memang sudah ada penternak babi, takkan tak cukup lagi. Tolong jangan cemari negeri maju ini kerana yang susah dan tak sihat nanti tentunya rakyat,” katanya.
Kata-kata Vijayalakhsmi disokong oleh jurujual sebuah farmasi, Lim Poh Lian, 40, yang berpendapat tidak perlu ada ladang ternakan babi yang besar kerana yang ada sudah mencukupi.
‘‘Saya memang makan daging babi juga tapi tidak payah hendak bina ladang besar kerana pasti sukar untuk kawal bila dah berlaku pencemaran nanti.
‘‘Saya juga kasihan dengan penduduk setempat di mana projek itu dijalankan pasti kebersihan tempat mereka akan terancam dan risiko penyakit juga senang dapat,” katanya.
Today you are the focus of all these anti-DAP media. I believe what ever you do if that is for the rakyat, the more they targeted you the more justice and righteous will stand.
Dear Teresa,
No need to waste to much energy on this issue, but if I had my way, if you exco find the documents to show that it was approved under the BN government, just take that document and show them to the newspapers concerned. And if they remain biased as ever, it is not difficult to scan them and publish them all over the internet world. I believe RPK of malaysia today has been doing that all these while.
And tell the mainstream media that if they continue with their unprofessionalism, then its time to tell all supporters to BOYCOT them all together.
DONT BUY THE PAPER,
DONT READ THE PAPER
DONT ADVERTISE IN THE PAPER.
We have limitless of space to announce in the cyberworld.
enough is enough
For those who claimed that they are “CONCERNED” about the environmental issue, I think you should first try to understand what is “modern pig farm” before making noise.
Most or all of the wastes from the farm are organics material and bio-degradable. A so called modern farm means its will in-built with a wastewater treatment plant. The farm has to pre-treat their wastewater to prescribed standards (normally set by Ministry of Environment, not sure which ministry in Malaysia) before discharge into the sewerage system. All wastewater will be undergoing a series of biological treatments. At the end of the treatment, the by-product are “biosolids” or “sludge” and “biogas” (normally methane). Biosolids could be further process and be use as fertilizer (may be a source of income) and biogas can be use to generate power (reduce the cost of electricity).
So how to make sure no hazardous materials is discharge into the sewerage system? Simple, normally at the end of the sewerage system, the respective agency (I assumed is indah water here) will collect and treat those discharged wastewater before discharge back into river or water catchment area. Therefore the respective agency has to make sure the discharged wastewater from pig farm is within the standard allowed (by doing all sort of lab tests). Failure for the pig farm to follow the stardard is an offense and subject to penalty of fine or inprisonment. So if the new government is doing their jobs properly, pollution issue will not be a problem at all. In fact forcing the existing small pig farms which are normally without proper wastewater treatment facility to move into this new modern pig farm will further reduce the CURRENT pollution problems.
One thing we should be noted is the above system will only work when new government is very STRAIGHT in taking purnishment action on offender (the farm manager/owner) with no negotiation. (Make sure no corruption or “kopi-duit” and I believe the new government will not allow it to happen because this is a public interest)
Finally for religious issue, I believe this is another umno’s conspiracy to create racial tentions between Malaysian. For those who felt offended, ask yourself what is it has done that offended you if pollution is not an issue? First, pig farm is just a business and will definitely contribute to Malaysia economy.So why not? Second, pig is food for non-muslims for so many thousand years; and no one is mentioning that he/she will offering pork to muslim. So what’s wrong? Third, if you agreed that all of us are the same in this country, why you want to force other to believe in what you believe? Is this an act of developed nation or first world citizen? democarcy?
Indah water will not treat the wastewater from the pig farms before discharging into the rivers etc. This is the responsibility of the pig farms and there must be stringent checks on the discharge water quality. Fortunately, we have invented a system whereby wastewater can be treated much cheaper than Indah water and meets WHO standards.
Also, the solid waste left behind can also be converted into fertilizer by using vermicomposting. The compost produced can be used in organic farms or exported. The conversion of the solid waste removes all the smell associated with waste.
So with these two problems solved, what other objections are there to having a modern pig farm? Its ecologically friendly, cleaner, healthier and can generate more income for the state.
agree with sabahfan. nothing speaks louder than facts. Scan the document and post it. Any rightminded thinking citizen will know how to respond when facts are available.
projek ladang babi di Selangor sebagai tidak menghormati suara rakyat.
– include the following projects too, Utusan:
1) space tourist
2) advance atheletes training centre in London
3) moonson cup in terengganu
4) bail out of MAS, bail out of Bank Bumi
5) tin speculation in the 1980’s
6) forex speculation after that
7) Port Kelang Free Trade Zone
8) Zakaria Palace
Utusan is a shitty paper. When I was sitting for my SPM, I tried reading it to improve my BM. After 3 days, I started to hate my own race and nearly got violent. I decided to ditch the useless propaganda crap and resorted to Bacaria. Yep all the love stories, sex stories and I did well enough in my BM.
If there is one block towards racial unity, Utusan Malaysia is clearly one, unless they adopt a more fair stance
Maybe Utusan should do an interview on Hindus to ask them how they feel about see beef everwhere on MacDonald’s, Burger King etc.
The thing is, we have different lives and we should accept each other.
Dear Teresa,
You said:
> I am very surprised with the way Utusan Malaysia played up the short write-up of my blog on planned modern pig farm in Selangor state.
I’m not surprised at all! That’s just the mainstream BN-controlled media up to their old tricks! Until PR gains control of Parliament and abolishes the PPPA, that’s the way it’s going to be.
I don’t read any mainstream media anymore, but I read the “Headlines online” section of MalaysiaKini… and I note that only the Malay BN-controlled papers appear to be making a big deal about the pig farms, as well as PAS’s support for them — the English and Chinese ones aren’t because they know it will just make the non-Muslims more at ease with PAS!
Saudari Teresa,
I’m a first time commenter on your blog although I had visited earlier.
Just to let you and your readers know that I’m part of a team of like-minded people who are planning to organize a civil society action against the mainstream media for publishing biased news such as the ones being printed by Utusan. I seek your permission to use some of the materials in your blog, including comments, as part of reference materials in our counter-offensive measures. You can check Haris Ibrahim’s blog for the background of our effort.
Looking forward to your support. Best wishes…
Hi YB,
A detailed flow-diagram on how the pig farm will function should be released to the press. In this way many will be able to discuss this subject in a rational manner.At present we are just debating on some aspects of the pig farming without knowing how the full project will look like.
Kehadapan YB Teressa,
Terlebih dahulu sekalung tahniah di atas kemenangan YB dan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU-12 yang lepas. Sesungguhnya PRU-12 yang lepas telah membawa satu titik baru dalam era politik demokrasi di Malaysia. Tidak dapat dinafikan apa yang dikatakan oleh sesetengah pihak ia bagaikan ‘tsunami politik’. Tetapi apa yang diharapkan oleh kita ialah semoga ia membawa kebaikan dan mampu memperbaiki keadaan kepada yang lebih baik bukan membawa kepada kehancuran dan perpecahan kepada bangsa bernama Malaysia. Rakyat begitu berharap semoga kerajaan baru dapat memberikan harapan baru bukan untuk mendesak mereka ke dalam keadaan serba salah untuk mengorbankan apa yang telah ada dengan pendekatan-pendekatan yang tidak mesra rakyat.
Semua kita sedia maklum terdapat begitu banyak isu-isu untuk ditangani oleh semua pihak di Malaysia dan Selangor khasnya. Dalam kontek kemasyarakatan, keadaan begitu mendesak untuk kita menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan integriti kaum, masalah sosial dan jenayah. Mengikut stastik dan maklum balas daripada akar umbi, inilah antara isu-isu yang menjadi keutamaan untuk di selesaikan oleh pihak pemerintah. Tetapi setakat ini, selepas PRU, kita tidak nampak lagi penekanan yang begitu serius diberikan terhadap isu-isu yang disebutkan di atas.
Dalam perkembangan terbaru di Selangor yang diwar-warkan oleh semua pihak sekarang ini malah YB sendiri ialah berkenaan dengan isu projek ternakan babi yang dikatakan akan dibuat dalam skala yang besar tetapi secara sistematik di Selangor. Pelbagai pihak telah memberikan pandangan dan maklum balas tentang isu berkenaan. Tidak dapat dinafikan isu ini juga merupakan antara isu yang berada di tangga teratas kerana ia berkaitan dengan soal alam sekitar , kesihatan serta sensitiviti masyarakat Malaysia, khasnya penduduk Islam. Sesungguhnya isu babi boleh dikatakan telah berlarutan sekian lama dan merimaskan pelbagai pihak. Permasalahan yang berlegar sekarang adalah penternakan babi yang berleluasa tanpa kawalan yang menyumbang kepada pelbagai permasalahan seperti yang kita sedia maklum.
Sebelum kita pergi lebih jauh dalam menangani isu ini, amatlah perlu kepada kita untuk memahami keperluan kepada babi itu sendiri. Dengan ini, ia akan memudahkan kita untuk mencari pendekatan yang lebih sesuai berdasarkan keperluannya. Tidak dapat dinafikan bahawa daging babi merupakan sejenis makanan yang lazat bagi sesetengah pihak. Tetapi dalam masa yang sama ia juga merupakan sejenis makanan yang lebih banyak membawa kepada kemudaratan dari segi kesihatan dan pembentukan peribadi seseorang. Kita sedia maklum bahawa babi merupakan sejenis binatang yang begitu kebal daripada sebarang jenis penyakit dan pada masa yang sama ia juga bersifat pengotor. Jika diperhatikan kepada tabiat semulajadi kehidupan dan pemakanan binatang ini, ia amatlah berlainan dengan binatang-binatang lain.
Dengan sifat semulajadinya yang kebal daripada sebarang penyakit dan tabiatnya, jadi tidak hairanlah sekiranya binatang ini disinggahi, menyebar dan menjadi tempat pembiakan pelbagai jenis virus dan cacing. Pelbagai kajian secara saintifik telah dijalankan berkenaan dengan babi dan kesinambungannya dengan penyebaran dan pembiakan kepada pelbagai jenis virus dan cacing.
Kajian dan penyelidikan berkenaan dengan babi telah dijalankan berabad-abad yang lalu dan ia telah diperakui oleh kebanyakan pakar yang pengambilan babi sebagai sumber pemakanan lebih membawa kepada keburukan. Salah satu huraian tentang keburukan babi telah dibuat oleh John Harvey Kellogg (1897), pengasas produk pemakanan Kellog Corn Flake. Salah satu huraian beliau boleh ditemui di laman web berikut, http://www.giveshare.org/Health/porkeatdanger.html.Beliau malahan secara nyata menyarankan adalah lebih baik berhenti daripada membiakkan babi dan biarkan ia mencari tempatnya sendiri untuk hidup.
Petikan daripada laman http://www.ismaweb.net/ISMA/PNphpBB2-printview-t-47-start-0.phtml juga menggariskan penyataan daripada beberapa pakar perubatan berkenaan dengan babi seperti berikut. Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts yang juga seorang Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan bahawa terdapat PELBAGAI JENIS PENYAKIT yang boleh di jangkiti daripada babi seperti:
• Anthrax
• Ascaris suum
• Botulism
• Brucella suis
• Cryptosporidiosis
• Entamoeba polecki
• Erysipelothrix shusiopathiae
• Flavobacterium group IIb-like bacteria
• Influenza
• Leptospirosis
• Pasteurella aerogenes
• Pasteurella multocida
• Pigbel
• Rabies
• Salmonella cholerae-suis
• Salmonellosis
• Sarcosporidiosis
• Scabies
• Streptococcus dysgalactiae (group L)
• Streptococcus milleri
• Streptococcus suis type 2 (group R)
• Swine vesicular disease
• Taenia solium
• Trichinella spiralis
• Yersinia enterocolitica
• Yersinia pseudotuberculosis
Kajian oleh Alix Fano (M.A.), Murry J. Cohen (M.D.), Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C.S.), Ray Greek (M.D.), dan Stephen R. Kaufman (M.D.) mendapati antara PENYAKIT-PENYAKIT ini ada yang BOLEH MEMBAWA MAUT, contohnya leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.
TOKOH-TOKOH PERUBATAN CHINA juga tidak kurang mengatakan bahayanya babi. Yan Show Tan adalah satu jurnal kesihatan Cina yang terkenal suatu masa dahulu mengatakan: “Semua daging adalah berkhasiat MELAINKAN DAGING BABI.”
Sun See Mao ialah seorang TABIB TERKENAL DINASTI TANG menulis dalam bukunya Sheh Shen Lu (Catatan-catatan Kesihatan) mengatakan: “Daging babi MERANGSANG PENYAKIT-PENYAKIT LAMA, menyebabkan KEMANDULAN, PENYAKIT TULANG dan ASMA.”
Lee Shih Ch’en pula seorang TABIB TERKENAL DINASTI MING yang mengarang lebih kurang 50 jilid buku-buku perubatan. Pendapatnya tentang daging babi adalah: “Ia boleh MENDATANGKAN KESAN BAHAYA.”
Kesan-kesan yang dinyatakan di atas bukanlah kes-kes baru kerana ia telah banyak berlaku di banyak negara termasuk negara kita sendiri seperti yang kita telah sedia maklum.
Kita juga tidak menafikan bahawa sumber makanan yang lain juga boleh membawa bahaya jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan atau dengan diet tidak teratur. Tetapi ia tidaklah seperti bahaya yang dibawa oleh babi. Babi secara nyata dan jelas berbeza dengan sumber makanan lain.
Dalam kontek kerohanian pula, kita sedia maklum bahawa kita terdiri daripada badan(body) dan jiwa/roh(soul). Unsur-unsur kandungan babi dalam badan boleh mengurangkan perasaan malu (dalam melakukan perkara yang tidak elok) dalam diri seseorang selain daripada menyemai perasaan bongkak, tidak berperikemanusiaan dan tamak haloba. Tetapi ia tidak sampai ke tahap kita boleh mengatakan yang bahawa seseorang yang memakan daging babi dia semestinya berperangai begitu kerana ramai juga manusia yang tidak memakan babi berperangai yang tidak elok. Perangai buruk boleh disebabkan oleh banyak faktor. Tetapi kita boleh mengambil iktibar bahawa pengambilan unsur-unsur babi secara konsisten boleh mempengaruhi komposisi rembesan kimia dalam badan seterusnya mempengaruhi cara kita berfikir, perasaan dan tindakan kita. Salah satu tulisan yang dibuat mengaitkan babi dan kejiwaan telah dikarang oleh Rashid Shamsi dalam The Muslim World League Journal, Rajab 1420 – October 1999. Beliau juga ada memetik pepatah Inggeris yang berbunyi ‘a man becomes what he eats’.
Dalam kontek keagamaan pula, agama-agama samawi iaitu Islam, Yahudi (Jew) dan Kristian (Old Testament) begitu jelas memperkatakan tentang pengharaman babi. Tetapi ramai penganut-penganut Kristian telah mengabaikan perintah itu. Dalam kontek Islam, segala bentuk pengharaman termasuk babi adalah berkait rapat secara ilmiah dan saintifik dan kita diperintah untuk mendalami dan mencari hikmah-hikmah di sebalik apa yang diperintahkan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan.
Di peringkat global sekarang, banyak negara-negara cuba untuk mengurangkan pengambilan babi malahan Australia telah menguatkuasakan pengharaman penternakan babi di sesetengah tempat untuk mengurangkan jumlah babi. Jiran-jiran kita seperti Singapura dan Hong Kong juga telah dikatakan mengambil langkah untuk tidak membenarkan kemasukan babi hidup ke dalam negara mereka.
Jadi berdasarkan fakta-fakta di atas adalah jelas kepada kita bahawa babi banyak membawa kepada keburukan dan ketidak harmonian. Jadi berbalik kepada isu babi di Malaysia amnya dan Selangor khasnya. Apakah pendekatan yang harus kita ambil terhadap isu babi ini? Kalau dilihat kepada aspek-aspek negatif yang di bawa angkara babi ini, adalah lebih baik diharamkan terus babi ini dalam bentuk apa pun baik penternakan, pembiakan dan pemakanan khasnya. Tetapi apakah wajar kita berbuat demikian? Jawapan kepada soalan ini adalah bergantung kepada tujuan aktiviti-aktiviti tersebut.
Dalam kontek penternakan, ia lebih kepada satu industri untuk tujuan komersial. Jadi bolehkah kita menghapuskan industri ini jika ia untuk tujuan komersial semata-mata. Jawapannya kenapa tidak. Tetapi bagaimana nasib terhadap penternak-penternak babi itu. Sebenarnya, jawapan itu telah ada. Kita lihat bagaimana kita menangani isu penanam-penanam tembakau atau isu-isu pengambilan tanah demi sesuatu tujuan. Kita boleh memberi pampasan dan menawarkan peluang-peluang lain. Jadi apakah pendekatan seperti ini tidak boleh dilakukan dalam isu babi ini? Jika kita boleh mempertimbangkan untuk membunuh babi bila keadaan mendesak seperti bila penularan wabak penyakit. Jadi dalam keadaan terkawal, kenapa kita tidak berkata untuk menghapuskan penternakan babi. Kita tidak perlu membunuh babi itu. Ia boleh dilakukan secara jualan pukal kepada pihak-pihak yang sanggup membelinya. Apakah kita dikatakan kejam bila berbuat demikian? Atau tidak kejamkah kita bila membiarkan sesuatu yang kita maklumi berbahaya dan boleh membawa mudarat biarpun dikatakan dibuat dalam keadaan terkawal terus berada dalam masyarakat kita? Tidakkah ia seumpama ‘api dalam sekam’? Jika ia membawa kepada kebaikan dan amat perlu tidak mengapa, kita mungkin sanggup untuk mengambil risikonya. Tapi perlukah kita berbuat demikian untuk babi? Jawapannya TIDAK.
Dalam kontek kemasyarakatan dan intergriti, kita perlu memikirkan tentang jurang perbezaan. Kita seharusnya mengurangkan jurang perbezaan antara semua kaum. Dalam masyarakat Malaysia khasnya, penduduk Islam begitu menitik berat perihal soal halal dan haram. Babi seperti yang telah kita semua maklum dalam Islam merupakan unsur haram atau maaf untuk disebut merupakan najis berat. Jadi secara tidak langsung ini merupakan satu perkara yang mereka begitu pertimbangkan bilamana menghadiri majlis-majlis atau keraian yang melibatkan orang bukan Islam. Itu baru dalam kontek kehidupan harian. Bagaimana pula dalam kontek pertanian dan perniagaan bilamana petani-petani bukan Islam secara terang-terangan mengguna pakai dan menghasilkan produk-produk yang disenaraikan dalam kategori haram? Perlukah kita menggadaikan semua itu dengan menambahkan jurang perbezaan demi untuk memelihara babi?
Berdasarkan analogi di atas adalah perlu untuk mengurangkan bilangan babi seterusnya meniadakannya. Bukan untuk menstabilkannya kerana risiko untuk ia berkembang bakal terbuka luas. Semua telah tahu kadar pembiakan babi terlalu cepat dan tidak cerewet untuk hidup dalam apa keadaan sekalipun.
Tetapi bolehkah kita menghapuskan terus industri ini dalam masa yang singkat? Ya, jika semua penternak faham akan tujuan dan menerima alternatif dalam bentuk lain dan setuju dengan jumlah pampasan atau sebagainya yang diberikan.Tetapi ini mungkin tidak akan berlaku sepenuhnya kerana akan ada penternak yang tidak setuju dan berkemungkinan bertindak di luar batasan jika dipaksa. Jadi kepada mereka, syarat-syarat yang ketat seperti amalan kaedah sistematik adalah perlu dan had bilangan babi perlu dipatuhi. Konsep perladangan mereka juga perlulah bersifat tertutup jauh dari penempatan, punca air, takungan dan tidak mencemarkan alam sekitar. Tindakan tegas perlu diambil jika ia tidak dapat dilakukan. Sistematik dalam skala yang besar dengan sistematik dalam skala yang kecil adalah dua perkara yang berbeza. Dalam perkara negatif jika terpaksa dilakukan adalah elok menggunakan skala kecil kerana lebih senang untuk diuruskan malah untuk ditiadakan.
Dalam kontek negeri Selangor, langkah kerajaan untuk menempatkan penternakan babi di satu tempat yang luas dalam skala besar walaupun dikatakan akan dibuat secara sistematik adalah tidak wajar. Ini kerana tahap risikonya adalah amat tinggi dan bakal mengundang pelbagai masalah. Kita belum lagi dapat menguruskan sebuah incinerator untuk buangan sampah. Apakah kita mampu menguruskan ladang babi berkeluasan 300 ekar? Kita tidak perlu bersikap ‘Malaysia Boleh’ dalam hal ini. Apa yang perlu ialah pendekatan untuk mengurangkan seterusnya meniadakan babi, bukan untuk menstabilkan jumlahnya apatah lagi menambah jumlahnya. Jika difikirkan dari segi keperluan apakah tiada makanan lain yang lebih berkhasiat dan ternyata bersih serta tidak menimbulkan sebarang keraguan. Cukuplah ia dijual sekadar untuk mereka-mereka yang tidak dapat meninggalkan langsung makanan itu atau untuk tujuan keraian dan bukan keperluan harian. Mengikut perangkaan, jumlah pelaburan yang bakal digunakan adalah RM 100 juta? Tidakkah lebih baik jika pelaburan sebegitu banyak digunakan untuk menjanakan sumber makanan lain seperti ikan, ayam, lembu dan sebagainya yang nyata jauh dari unsur was-was/haram dan dapat dimanfaati oleh semua pihak? Fikir-fikirkan lah. Tidak perlulah kita perjuangkan perkara yang negatif. Apa yang perlu dilakukan ialah mengurangkan babi seminima yang mungkin kearah meniadakannya. Tidak perlulah kita ke German semata-mata untuk belajar pengurusan babi kerana pakar dalam negera pun ada yang tidak kurang hebatnya, mungkin untuk skala kecil. Dan ini pun yang kita perlukan untuk memenuhi kehendak mereka yang betul-betul berkeinginan terhadap babi. Kerana kita percaya tidak ramai orang yang tidak boleh hidup tanpa babi.
Berkenaan dengan kelulusan yang telah diberikan oleh kerajaan yang lepas. Persoalannya, apakah ia tidak boleh diubah?
Kita tidak boleh mengharamkan terus babi untuk dimakan oleh mereka yang menpunyai hak ke atasnya. Tetapi kita boleh untuk menggalakkan mereka untuk mengurangkannya atau meninggalkannya seperti juga arak dan judi. Jadi dalam isu ini tidak timbul isu untuk menidakkan hak kepada mereka yang berhak. Hak terus diberikan tetapi ia perlu dipastikan tidak menyusahkan dan menimbulkan keresahan kepada pihak lain. Hatta, dalam Islam sendiri pun dibolehkan untuk makan babi dalam keadaan darurat seperti kebuluran dan sebagainya. Sekiranya ini dapat dilakukan secara perlahan-lahan adalah diharapkan penggemar daging atau produk berasaskan babi dapat melupakan tabiat berkenaan. Bacalah laman ini http://hubpages.com/hub/porkhazards yang mengisahkan pengalaman seorang pelajar berbangsa Cina yang belajar di London berkenaan dengan babi.
Kepada YB dan rakan-rakan seangkatan dalam kerajaan Selangor, bertindaklah dengan betul supaya ia boleh memberi manfaat kepada semua pihak secara menyeluruh. Say No to BABI not Well Done for BABI. Berikan juga penekanan yang lebih kepada isu-isu sosial, jenayah, rogol, judi dan arak. Bersama kita melahirkan Selangor dan Malaysia yang bersih. BERSIH!!!!!!!! Lupakah kita?? Berkatalah benar walaupun ia pahit. Sekian terima kasih dan selamat berkhidmat.
Saudara PonDok,
Menggigil saya ketika membaca rumusan anda mengenai subjek penyakit khinzir, apalagi sudah lebih separuh hayat saya dihabiskan bekerja bersama haiwan. Berkat izin Tuhan, saya masih sihat walafiat, tak pernah masuk hospital, kena bedah atau tampal sebatang gigi pun. Berbalik kepada isu, adalah menjadi tanggungjawap saya untuk memperjelaskan isu penyakit haiwan ini. Kalau ditaipkan istilah “penyakit kuda” dalam pencarian laman Google, mungkin berpuluh-puluh penyakit (boleh jadi yang biasa jumpa, kadang-kadang jumpa, jarang-jarang jumpa malah yang sudah pupus pun akan terpampang). Setahu saya, kebanyakan penyakit yang disenaraikan oleh pakar-pakar Barat itu turut menjangkiti ternakan lain, haiwan peliharaan kita yang comel, hidupan liar atau wujud secara semulajadi dalam persekitaran. Saya tidak menolak wujudnya prejudis terhadap khinzir dalam penulisan pakar-pakar Barat itu kerana ada di antara mereka yang berbangsa Yahudi. Penternakan khinzir di Malaysia yang sejak berdekad lalu dilakukan berasingaan daripada spesies lain termasuk habitat manusia, di atas lantai simen & pemberian rangsum komersial terbukti berjaya mengatasi banyak jangkitan parasit & cacing di peringkat ladang. Sistem pemantauan kesihatan gerompok berterusan, kuarantin and pemeriksaan daging di loji sembelih oleh Jabatan Veterinar juga turut menyumbang dalam kejayaan mengawal banyak penyakit zoonotik (yakni yang berjangkit daripada haiwan ke manusia). Malah, Anthrax and Rabies sudah sekian lama tidak dilaporkan lagi di Malaysia. Mengenai topik tulisan tokoh-tokoh perubatan Cina zaman purba, kerohanian & keagamaan, wajarlah saya tidak memberi sebarang komen kerana kefahaman saya dalam bidang tersebut mungkin sekadar jagung muda. Terserahlah kepada penulis-penulis blog lain untuk memberi petunjuk jika ada. Sekian.