Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Teresa Kok (Seputeh) dalam perbahasan laporan SUHAKAM 2022 & 2023

Posted on Thursday, 27-06-2024Wednesday, 03-07-2024 by Editorial Team

Ucapan Teresa Kok (Seputeh) dalam perbahasan laporan SUHAKAM 2022 & 2023 PADA 27 Jun 2024

Saya ingin ucapan tahniah kepada kerajaan kerana membenarkan Laporan SUHAKAM 2022 & 2023 dibahas oleh ahli-ahli berhormat di Dewan Yang Mulia ini. Ini adalah langkah yang menunjukkan kerajaan mementingkan isu-isu berkenaan dengan hak asasi manusia.

Daripada laporan SUHAKAM yang dibentangkan di Dewan Rakyat, saya lihat SUHAKAM memang telah bekerja kuat untuk mendidik banyak pihak tentang hak asasi manusia, dan telah menjalankan banyak lawatan di lokap ataupun pusat tahanan imigresen yang dilaporkan berlakunya pencabulan hak asasi manusia. Syabas dan tahniah kepada SUHAKAM.

Isu-isu yang saya ingin bangkitkan adalah seperti di bawah:-
1. Seperti mana diperuntukkan di bawah Seksyen 5(1), Akta SUHAKAM 1999, SUHAKAM boleh mempunyai sehingga 20 orang Pesuruhjaya. Rakan-rakan sebelum saya telah membangkitkan soalan kenapakah jawatan Pengerusi SUHAKAM tidak dilantik sejak beliau meletakkan jawatan pada bulan Ogos pada tahun lepas sehingga hari ini. Macam mana satu-satu organisasi di kerajaan yang mempertahankan hak asasi manusia berfungsi tanpa pengerusi hamper satu tahun?
Selain itu, pada masa ini, SUHAKAM hanya mempunyai 9 orang Pesuruhjaya, iaitu 4 orang wanita dan 5 orang lelaki sahaja. Kenapakah 11 kekosongan Pesuruhjaya SUHAKAM ini tidak diisi dengan pelantikan daripada golongan minoriti, orang asli, orang kurang upaya, wakil masyarakat madani (civil society) dan dari bidang-bidang professional, supaya komposisi Pesuruhjaya SUHAKAM lebih kebepelbagaian (diversity) demi mempertahankan kepentingan hak asasi manusia?

2. Saya ingin minta kerajaan mempertimbangkan penubuhan mahkamah Hak Asasi Manusia untuk mendengar kes-kes pencabulan hak asasi manusia yang berunsur jenayah, seperti apa yang ditubuhkan di Indonesia sejak tahun 2011, di mana Mahkamah Hak Asasi Manusia ditubuhkan untuk membicarakan pelanggaran hak asasi manusia di Timor Leste sekitar tahun 1999.
Penubuhan mahkamah yang mendengar pelanggaran hak asasi manusia akan memastikan wujudnya forum untuk keadilan bagi mangsa-mangsa pelanggaran hak asasi manusia. Ia pasti akan memartabatkan kedudukan hak asasi manusia di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, dalam tempoh pesuruhjaya SUHAKAM yang lepas, banyak pendengaran terbuka telahpun dilakukan, seperti pendengaran tentang kehilangan Pastor Raymond Koh, Amri Che Mat, Teoh Beng Hock dan lain. Tetapi kita jarang dengar apa-apa pendengaran terbuka tentang aduan pencabulan hak asasi manusia sekarang. Keadaan ini berlaku adalah berkaitan dengan stail kepemimpinan (leadership style) pesuruhjaya SUHAKAM, apatah lagi, SUHAKAM sekarang tiada pengerusi, dan terdapat 11 kekosongan yang masih belum diisi.

3. Pemilihan dan pelantikan pesuruhjaya SUHAKAM. Memandangkan wujudnya Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, PIlihan Raya dan Reformasi Institusi di Parlimen, saya cadang pemilihan dan pelantikan pesuruhjaya SUHAKAM dilakukan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut, supaya calon yang dipilih sebagai pesuruhjaya dilakukan dengan cara yang lebih telus, dan ini juga sejajar dengan hala-tuju kerajaan untuk menjalankan reformasi institusi.

4. Elaun pesuruhjaya SUHAKAM. Mengikut iklan pencalonan anggota SUHAKAM oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM, elaun yang diperolehi oleh pesuruhjaya SUHAKAM adalah:
Elaun Tetap : RM6,000.00 sebulan; Elaun Keraian : RM1,000.00 sebulan dan Elaun Perumahan : RM450.00 sebulan.

Kita haruslah pilih anggota SUHAKAM yang boleh kerja sepenuh masa dan bukannya “part-time”, tetapi tangga elaun pesuruhjaya SUHAKAM ini memang terlalu rendah. Saya cadang kerajaan meningkatkan elaun anggota SUHAKAM kepada dua kali ganda atauun tiga kali ganda, dan mereka dikehendaki melibatkan diri dalam urusan penyebaran dan pendidikan hak asasi manusia secara sepenuh masa.

5. Dalam mukasurat 178 – 180 dalam laporan SUHAKAM 2021, ia menyatakan sejak Ogos 2019, Ketua Pengarah Imigresen menafikan akses UNHCR memasuki depot tahanan Imigresen menyebabkan UNHCR tidak berjaya membebaskan pelarian yang berdaftar dengan UNHCR Malaysia termasuklah pelarian Rohingya.

Soalan saya kepada kerajaan adalah, apakah pendirian kerajaan ataupun pihak imigresen terhadap peranan UNHCR sekarang? Apakah itu benar depot imigresen mengurung 10,000 orang pelarian Rohingya sekarang? Berapa di antara mereka telah mati dalam tahanan? Apakah yang akan dilakukan oleh kerajaan terhadap golongan Rohingya ini? Golongan Rohingya ini adalah pelarian, mereka akan menghadapi risiko dibunuh ataupun ditahan sekiranya mereka dihantar balik ke Myanmar.

Selain itu, kumpulan pelarian Myanmar ini sudah mempunyai generasi ketiga dan malah keempat di negara kita, tetapi mereka tidak dibenarkan untuk belajar di sekolah dan tidak dibenarkan untuk bekerja secara rasmi, sedangkan kita menghadapi masalah kekurangan pekerja. Layanan kita terhadap pelarian negara-negara seperti Myanmar ini adalah bercanggah dengan Hak Asasi Manusia sejagat. Soalan saya adalah, bilakah kerajaan akan membenarkan pelarian yang mempunyai kad UNHCR untuk bekerja di negara kita? Saya berpendapat adalah lebih baik bagi kerajaan untuk bekerjasama dengan UNHCR untuk menangani masalah berhubung dengan pelarian.

6. Kenapakah kerajaan tidak menandatangani Convention Against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (UNCAT) sehingga hari ini? Kebanyakan anggota negara OIC telah menandatangani UNCAT kecuali Malaysiai dan Brunei.

7. Memandangkan wujudnya pihak-pihak tertentu di masyarakat kita asyik memainkan isu perkauman dan agama, saya menyeru SUHAKAM haruslah mengambil pendirian untuk mengeluarkan kenyataan tentang isu-isu perkauman tersebut, kerana memainkan isu-isu perkauman seperti ini memang telah mencabuli hak asasi manusia.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme