Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Perbahasan RUU Keselamatan Siber 2024 Pada 27 Mac 2024 di Dewan Rakyat

Posted on Wednesday, 27-03-2024Friday, 05-04-2024 by Editorial Team

Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan untuk mengeluarkan RUU Keselamatan Siber 2024 pada hari ini. Ini adalah satu RUU yang sangat penting pada waktu ini memandangkan banyak jenayah siber telah berlaku tetapi kita menghadapi masalah kekurangan dari segi sistem dan juga undang-undang.

Di sini, saya ingin memberi pandangan dan cadangan terhadap RUU yang baru ini.

1. Kerajaan Harus Mewujudkan Panel Penasihat Rayuan (Appeals Advisory Panel)

Saya ingin mencadangkan kerajaan untuk menubuhkan satu panel penasihat rayuan, sama seperti undang-undang di Singapura. Panel Penasihat yang ternyata dalam Seksyen 18 Akta Keselamatan Siber Singapura 2018. Tetapi panel penasihat tidak disebut dalam RUU ini.
Fungsi panel ini adalah untuk memberi kemahiran teknikal atau pengetahuan khusus untuk membantu Menteri mempertimbangkan rayuan yang dibentangkan kepada beliau.
Kewujudan Panel Penasihat Rayuan dapat mengelakkan atau mengurangkan ketidakpuasan terhadap keputusan Menteri, dan memperlindungi Menteri daripada dituduh bahawa beliau tidak mahir dari segi kepakaran teknikal sehingga beliau tidak dapat membuat keputusan yang baik. Selain itu, kewujudan panel ini juga akan mengurangkan pihak yang tidak puas hati untuk membawa aduan mereka ke mahkamah untuk menyemak keputusan Menteri.

2. Kerajaan Harus Meningkatkan Kemahiran ICT dan Forensik Digital Pegawai PDRM

Saya ingin merujuk kepadaTafsiran di seksyen 4 dalam RUU ini yang berbunyi: – “pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai polis dari apa jua pangkat atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa di bawah seksyen 36.
Saya ingin minta Menteri meminda tafsiran dalam seksyen 4 dalam RUU dengan menggantikan “pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya” kepada “mana-mana pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada pangkat Inspektor”. Perkataan “apa jua pangkat” haruslah dipadamkan.

Cadangan ini adalah selaras dengan Seksyen 62 Kanun Tatacara Jenayah yang berkaitan dengan kesalahan Kanun Keseksaan (criminal procedure code relating to penal code offeces), di mana seksyen ini memperuntukkan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor menjalankan penggeledahan tanpa waran, yang mana sama dengan Seksyen 40 dalam RUU ini.

Cadangan ini adalah untuk memastikan pegawai polis yang layak dan cekap dipertugaskan untuk menjalankan siasatan keselamatan siber.
Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan:-
1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai polis dalam forensik digital, pengumpulan risikan siber, penyiasatan dan pemprofilan media sosial dan cara menjalankan penyiasatan web dalam .
2. Kerajaan harus menghantar lebih pegawai polis untuk dilatih dalam bidang ICT dan siasatan jenayah siber untuk menangani jenayah seperti penipuan dalam talian dan ancaman keselamatan siber negara.
3. Kementerian dan PDRM haruslah menetapkan SOP bagi polis dan pegawai penyiasat untuk memastikan bukti digital (digital evidence) yang dikumpul dalam bentuk komputer laptop dan telefon bergerak dapat dikekalkan integriti dan nilai bukti (evidential integrity and value) dalam urusan mereka.
4. Demi memastikan bukti digital tidak akan ditukar ataupun dirosakkan.
Kesemua cadangan tersebut adalah penting bagi menghadapi kemajuan teknologi dalam talian yang digunakan oleh penjenayah dalam talian (online criminals), seperti “generative artificial intelligence (generative AI), realiti maya (virtual realities) dan mata wang kripto.

3. Menteri Harus Menjelaskan Siapakah “Pegawai Awam” Dalam Seksyen 36 Dalam RUU

Seksyen 36 dalam RUU ini menyatakan “Menteri boleh, secara bertulis, memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.”

Saya ingin beri satu senario: Video palsu mendalam (deep fake video) yang dihasilkan oleh Artificial Intelligence menggunakan suara dan wajah seorang tokoh negara telah disiarkan oleh penggodam (hacker) melalui infrastruktur maklumat kritikal negara (national critical information infrastucture). Pihak mana yang harus menjalankan siasatan selain daripada Polis? Tetapi ini tidak dinyatakan dalam Seksyen 36 dalam RUU ini.

Jadi, adalah penting bagi Menteri untuk menjelaskan siapakah “Pegawai Awam” dalam Seksyen 36 dalam RUU ini, kerana:
1. Untuk mengelakkan kekeliruan dalam pengagihan tugas dan menambah baik tempoh tindak balas (response time).
2. Perlu ada pasukan penyiasat keselamatan siber yang khusus untuk menangani pelanggaran keselamatan siber, untuk melakukan respons pemulihan dan penyiasatan dengan serta-merta.
3. Masa adalah penting dalam menjalankan siasatan keselamatan siber supaya pelaku dapat dihentikan dan ditangkap secepat mungkin. Juga, untuk memastikan bukti digital tidak dipadamkan oleh pelaku.
Kesemua cadangan di atas haruslah ditangani di dalam Tataamalan (code of practice) seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 25 dalam RUU ini.

4. Minta Penerangan Terperinci Berkenaan “Sistem Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara

Seksyen 11 dalam RUU ini sebut tentang “Sistem Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara”. Tetapi bahagian ini tidak menerangkan secara terperinci dan secara khusus tentang fungsi, kuasa dan tujuan tentang sistem ini. Jadi,, adalah penting bagi kerajaan untuk menambahbaikkan bahagian dan memberi penerangan yang terperinci tentang “sistem pusat penyelarasan dan kawalan siber negara” ini.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme