Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan saya dalam perbahasan RUU Anti Gangguan Seksual 2021 Pada 20 Julai 2022

Posted on Wednesday, 20-07-2022Wednesday, 20-07-2022 by Editorial Team

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana berjaya membentangkan RUU Anti Gangguan Seksual di Dewan Rakyat dan mengadakan mekanisme untuk menangani perbuatan gangguan seksual, satu undang-undang yang memang dinanti-nantikan oleh masyarakat kita, khususnya aktivis NGO dan wakil rakyat di dewan yang mulia ini.

Tadi saya surf internet atas isu gangguan seksual, saya terbaca seorang pegawai polis yang pegang jawatan tinggi di Myanmar dijatuhkan perpenjaraan beberapa tahun kerana beliau minta hubungan seks daripada pegawai polis wanita bawahan sebagai pertukaran untuk promosi.

Selain itu, seorang lelaki di Singapura dijatuhkan perpenjaraan 6 bulan kerana menghantar mesej teks yang berbau gangguan seksual melalui whatsapps kepada rakan sekerja wanita dan juga meraba-rabanya.

Kedua-dua kes tersebut menunjukkan betapa serius undang-undang di negara jiran dalam kes gangguan seksual.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menarik perhatian terhadap kes gangguan seksual yang berlaku di satu sekolah di Selangor yang dibongkarkan oleh seorang pelajar tingkatan 5, iaitu Ain Husniza pada April 2021.

Mengikut catatan Ain Husniza, guru lelaki yang mengajar subjek Pendidikan Kesihatan dan Jasmani di sekolah menengahnya membuat jenaka di dalam kelas yang dihadiri oleh pelajar lelaki dan perempuan, iaitu “so nanti korang nak rogol, janganlah rogol yang bawah 18, rogol lah yang atas 18”. Selepas itu, guru lelaki ini juga tanya pelajar dalam kelasnya, “budak lelaki kena rogol tak?….ada, tapi dorang tak report sebab sedap” dan dia ketawa selepas bercakap. Selain itu, guru lelaki ini teruskan jenakanya dengan berkata “sekiranya perempuan dirogol, apa yang perlu dia buat? Perempuan kena jeritlah sebab tu je dia tahu buat dan redha….”

Ain Husniza dan para pelajar perempuan dalam kelas itu rasa terkejut dan marah, Ain kemudian mendedahkannya dalam media sosial tik-tok, dan isu ini menjadi isu yang hangat dalam media dan media sosial.

Kenyataan guru lelaki tersebut juga telah mempengaruhi fikiran budak sekolah lelaki yang lain. Dalam satu perbincangan kumpulan di whatsapp, seorang pelajar lelaki malah berkata “kalau aku dapat budak tu, aku rogol dia, sagat dia, lepas tu, hantar dia pergi Thailand.”
Dalam kes ini, Ain Husniza pernah membuat aduan kepada kaunselor sekolah dan guru darjahnya, tetapi mereka tidak buat apa-apa dan kaunselor sekolah malah berkata bahawa memang biasa bagi lelaki untuk berjenaka demikian.

Ain Husniza dan ayahnya kemudian membuat laporan polis atas kenyataan gangguan seksual yang dikeluarkan oleh guru lelaki dan pelajar sekolah yang kata ingin rogol Ain tersebut, tetapi laporan polis mereka tidak diambil serius oleh pihak polis. Polis berkata budak sekolah lelaki itu adalah remaja dan tidak boleh diambil tindakan.

Saya difahamkan, bila Ain dan bapanya memberi keterangan kepada polis, mereka juga dikelilingi oleh beberapa anggota polis Cawangan Khas. Pegawai polis menegur Ain kerana membuat tik-tok yang telah mencetuskan ketidaktenteraman masyarakat. Sikap dan kenyataan para anggota polis tersebut yang langsung tidak memandang serius dan tidak bersimpati terhadap aduan daripada seorang gadis sekolah, tetapi mereka malah mengkritik tik-tok Ain Husniza yang mendedahkan kenyataan guru lelakinya sebagai perbuatan yang salah.

Selain itu, bila Ain Husniza dan ibunya dijemput untuk berucap dalam satu webinar berkenaan kes tersebut, gurubesar sekolah Ain Husniza tulis komen dalam Facebooknya dengan menyelar Ain Husniza sebagai “hipokrit” dan “anak setan”.

Selepas episod ini, guru lelaki tersebut membuat laporan polis terhadap Ain Husniza dan malah hantar saman malu yang menghendaki beliau bayar pampasan RM1 juta. Bila Ain buat saman balas (counter claim) terhadap guru lelaki dan pihak berkaitan di Kementerian Pendidikan, peguam di Jabatan Peguam Negara mewakili guru lelaki dan guru besar sekolah tersebut. Perwakilan peguam kerajaan hanya ditarik balik selepas 76 Ahli Parlimen pembangkang mengeluarkan kenyataan mengkritik perwakilan Jabatan Peguam Negara bagi guru sekolah lelaki yang membuat jenaka rogol di kelas, tetapi pejabat Peguam Negara masih mewakili gurubesar sekolah yang telah bersara tersebut. Kenapakah Jabatan Peguam Negara mewakili gurubesar sekolah yang telah bersara yang mengkritik mangsa gangguan seksual secara terbuka dalam sut peribadi “counter claim”?

Untuk makluman ahli-ahli dewan ini, mangsa gangguan seksual Ain Husniza akhirnya terpaksa bertukar sekolah kerana tidak tahan tekanan di sekolah asalnya, dan seluruh keluarganya juga terpaksa berpindah rumah ke tempat yang jauh dari sekolah asalnya, untuk mengelakkan gangguan dan keseksaan mental daripada masyarakat setempat.

Datuk yang diPertua, bila Dewan Rakyat membahas RUU Gangguan Seksual ini, adalah penting bagi kita melihat kes gangguan seksual yang didedahkan oleh seorang gadis bawah umur, Ain Husniza. Kesnya menunjukkan guru sekolah, pegawai polis dan penjawat awam secara umumnya tidak mempunyai sensitiviti jantina (gender sensitivity), mereka bukan sahaja tidak berpihak pada mangsa gangguan seksual, malah mereka memperlekehkan aduan berkenaan gangguan seksual.

Gangguan seksual yang didedahkan oleh Ain Husniza menunjukkan usaha untuk meningkatkan “gender sensitisation” haruslah dimasukkan ke dalam kesemua latihan penjawat awam, institut latihan guru, latihan pegawai penguatkuasa di jabatan imigresen, polis, tentera dan sebagainya. Segala aduan tentang gangguan seksual haruslah ditangani dengan serius oleh agensi-agensi kerajaan tersebut.

Saya juga menyeru ahli-ahli berhormat yang mengeluarkan kenyataan yang berbau gangguan seksual haruslah ditangani dengan serius. Kalau Speaker tidak mahu mengambil tindakan terhadap ahli parlimen berkenaan, parlimen dan dewan undangan negeri kita juga haruslah ada saluran/mekanisme untuk menangani ahli-ahli parlimen berkenaan, kerana segala tindak-tanduk kita di Parlimen dilihat oleh seluruh masyarakat kita.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme