Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Lisan berkenaan berapa orang pelajar tercicir sekolah sejak berlakunya pandemik COVID-19. Apakah rancangan Kementerian untuk membantu murid sekolah yang tercicir dan tidak mampu mengikuti kelas atas talian.

Posted on Wednesday, 23-03-2022Thursday, 24-03-2022 by Editorial Team

Soalan lisan No:45 di Dewan Rakyat – Minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN menyatakan berapa orang pelajar tercicir sekolah sejak berlakunya pandemik COVID-19. Apakah rancangan Kementerian untuk membantu murid sekolah yang tercicir dan tidak mampu mengikuti kelas atas talian.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada definisi keciciran iaitu murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat tempoh pendidikan. Kadar keciciran murid pada peringkat sekolah rendah adalah 0.08 peratus manakala pada peringkat sekolah menengah pula adalah pada 1.11 peratus pada tahun 2021.

Semasa tempoh persekolahan bersemuka, KPM menggunakan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC) bagi membantu pihak sekolah melaksanakan intervensi kepada murid yang berisiko untuk cicir agar mereka kekal bersekolah hingga tamat Tingkatan 5. Objektif GPMBC adalah untuk memastikan pemantauan murid khususnya murid berisiko cicir dapat dibuat oleh pihak jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah secara berterusan. Manakala bagi murid yang tercicir pula, KPM mengadakan kerjasama pelbagai pihak, agensi dan komuniti setempat bagi membantu murid kembali meneruskan persekolahan sehingga tamat Tingkatan 5.

KPM menyedari bahawa pandemik COVID-19 memberi kesan kepada pembelajaran murid terutamanya apabila mereka tidak dapat hadir ke sekolah secara bersemuka. Oleh yang demikian, selain daripada keciciran daripada sistem pendidikan, KPM turut melihat keciciran dalam konteks penguasaan pembelajaran. Mengambil kira hal ini, KPM telah membangunkan satu kerangka yang holistik dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat terus dilaksanakan dengan berkesan.

Untuk itu, KPM telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). PdPR dilaksanakan melalui tiga pendekatan iaitu secara dalam talian (online), di luar talian (off-line) dan off-site mengikut kesesuaian guru dan murid.

Bagi memantau penyertaan murid dalam PdPR, KPM telah membangunkan Sistem Pelaporan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (SPdPR). Sistem ini membolehkan penyertaan murid dipantau secara masa sebenar (real-time). Hal ini membolehkan pihak sekolah melaksanakan intervensi yang bersesuaian bagi memastikan keterlibatan murid adalah secara optimum.

Selain daripada itu, sewaktu sesi persekolahan dibuka semula sebelum ini, guru telah membuat pengesanan terhadap tahap penguasaan kemahiran murid. Ini membolehkan guru merancang dan melaksanakan intervensi yang bersesuaian.

KPM juga telah melaksanakan penjajaran kandungan kurikulum mata pelajaran. Penjajaran kurikulum mata pelajaran difokuskan kepada Kandungan Asas (KA) supaya murid dapat disediakan untuk pembelajaran peringkat seterusnya. Kandungan Tambahan (KT) dan Kandungan Pelengkap (KP) pula boleh dilaksanakan mengikut keupayaan murid.

Bagi memperkasakan pelaksanaan kurikulum, KPM juga menambah baik sokongan pembelajaran dengan memperkenalkan Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU). Program KPMPerkasaKU dirangka dengan tujuan memastikan pembelajaran pemulihan bagi murid yang belum menguasai literasi dan numerasi. Di samping itu juga, program ini menyediakan pelbagai sokongan bagi mengukuh dan memperkayakan penguasaan kandungan mata pelajaran. Program ini melibatkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah.

Selain itu, KPM juga telah memperkenalkan semula siaran TV Pendidikan. Murid boleh mengikuti pelbagai rancangan TV Pendidikan melalui saluran DidikTV KPM, TV Okey RTM dan Tutor Tv Astro. Kandungan yang disediakan adalah berdasarkan kepada kurikulum peringkat prasekolah hingga ke tingkatan enam. Di samping itu, kandungan rancangan TV Pendidikan turut memuatkan slot yang berkaitan kokurikulum.

KPM menyedari bahawa sesi persekolahan secara bersemuka untuk tahun 2020 dan 2021 tidak dapat dilaksanakan sepertimana kebiasaan. Justeru, KPM telah membuat ketetapan untuk melanjutkan sesi persekolahan tahun 2021 sehingga bulan Mac 2022. Pelanjutan sesi ini membolehkan pihak sekolah merancang dan melaksanakan aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan secara intensif bagi meningkatkan kesediaan murid untuk mengikuti tahun persekolahan berikutnya.

KPM yakin kerangka holistik yang dirancang dan dilaksanakan ini membolehkan murid mengikuti PdP secara berkesan, seterusnya dapat menangani isu keciciran murid dan memastikan mereka kekal dalam sistem pendidikan negara.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme