Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

[Bhg 1] Perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh YB Teresa Kok pada 4 Oktober 2021

Posted on Monday, 04-10-2021Saturday, 23-10-2021 by Editorial Team

 

Pemuliharaan dan Pengurusan Rimba Hutan Yang Serius dan Pengurusan Pekerja Asing Yang Baik Adalah Faktor Penting Bagi Eksport Malaysia

Sekiranya kita ingin menjayakan RMK-12, kita mesti mencari jalan untuk mengurangkan  import dan menggalakkan eksport dan menarik kemasukan pelabur asing ke Malaysia.  Dari segi nilai eksport yang tertinggi di Malaysia, minyak sawit dan produk sawit berada dalam tangga ke-4 dan getah dan produk getah di tangga ke-5. Ini menunjukkan kepentingan kedua-dua jenis komoditi kepada negara kita.

Cabaran yang dihadapi oleh pengeksportan sawit dan getah ke pasaran antarabangsa, khususnya pasaran Barat adalah dakwaan penyahutanan ataupun “deforestation” di negara kita, dan juga tuduhan wujudnya pekerja paksaan (forced labour) di Malaysia.

Kempen anti-sawit di negara-negara Barat yang memainkan isu penyahutanan dan pembunuhan orang utan dan gajah pigmi, dan juga NGO negara Barat yang menyerang Malaysia mendiskriminasi pekerja asing kita telah menyebabkan sekatan terhadap produk sarung tangan daripada Top Glove, produk minyak sawit keluaran Sime Darby dan FGV ke pasaran Amerika Syarikat oleh US Customs and Borders Protection pada tahun lepas dan tahun ini. Jadi, kita mesti menunjukkan usaha pemulihan hutan kita dan juga sistem penjagaan pekerja asing kita yang baik demi menembusi pasaran negara Barat dan antarabangsa.

Kerajaan telah menetapkan matlamat 50% jumlah keluasan Malaysia di bawah liputan hutan di bawah RMK12, dan juga usaha Central Forest Spine dan Heart of Borneo yang telah diwartakan sebagai kawasan perlindungan hutan. RMK12 juga mencatatkan sejumlah 28.5 juta pokok telah ditanam oleh agensi kerajaan dan pelbagai pihak berkepentingan di bawah RMK11.

Saya menghargai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menjaga hutan kita, tetapi tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, sekiranya kita tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri, kesemua pengumuman dasar ini adalah sia-sia sahaja.

Saya ingin tanya apakah langkah yang akan dilakukan oleh kerajaan persekutuan untuk mengelakkan hutan simpanan kekal daripada dikeluarkan daripada penwartaan ataupun “degazette”?  Kerajaan pusat mesti menggubalkan undang-undang ataupun peraturan yang menghendaki pengeluaran penwartaan haruslah dijalankan melalui pendengaran terbuka. Di samping itu, Kerajaan Negeri mestilah diberitahu tentang kepentingan hutan sekiranya mereka ingin menggalakkan eksport komoditi di negeri mereka masing-masing. Kerajaan Persekutuan mesti memastikan kesemua kerajaan negeri komited untuk melaksanakan initiatif Central Forest Spine dan projek Heart of Borneo di Sabah dan Sarawak, dan juga berusaha memulihkan hutan rimba di negeri mereka masing-masing.

BILA MPIC & MPOC AKAN TERUSKAN PROJEK PENANAMAN SATU JUTA POKOK BAGI PIHAK INDUSTRI SAWIT?

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin tanya kenapakah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) mengambil masa yang begitu lama untuk meneruskan projek penanaman satu juga pokok jenis hutan di Sabah yang dilancarkan pada tahun 2019? RM1 ses daripada setiap metrik tan minyak sawit telah dikutip sejak tahun 2020 dan disalurkan kepada Malaysian Palm Oil Green Conservation Fund (MPOGCF) di bawah penyeliaan MPOC. Saya menganggar terdapat RM18.5 juta telah dikutip sehingga sekarang.

Saya amat tidak puas hati terhadap jawapan Parlimen yang saya terima berkenaan isu ini pada 30 September, iaitu MPOC “hanya akan teruskan projek ini sebaik sahaja negara mencapai “herd immunity” serta kelonggaran untuk menjalankan projek di lapangan diberikan kelak.” Apakah penanaman pokok di hutan ada kaitan dengan “herd immunity”?   Pandemik Covid tidak harus dijadikan alasan bagi MPOC dan MPIC untuk melewatkan projek penanaman pokok ini.

Selain itu, saya ingin tanya, apa lagi projek penjagaan haiwan liar yang telah dilakukan oleh MPOC dengan menggunakan dana daripada MPOGCF?? Kesemua projek ini adalah penting bagi kita untuk menambahbaikkan imej industri minyak sawit Malaysia. Saya berharap Menteri MPIC yang baru ini boleh berusaha bersungguh-sungguh dalam isu ini.

 

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme