UCAPAN PENANGGUHAN DEWAN RAKYAT
DARIPADA : Y.B TERESA KOK
[SEPUTEH]
TAJUK : ISU BERKENAAN PROJEK TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI OLEH CYPARK RECOURCES BERHAD
TARIKH JAWAPAN
DI DEWAN RAKYAT : 28 JUN 2011
SOALAN:
Datuk Yang di-Pertua, saya terbaca dalam akhbar bahawa Perdana Menteri telah melancarkan tapak projek tenaga boleh deperbaharui di Pajam Landfill pada 18 Mac 2011. projek tenaga boleh deperbaharui di Pajam ini dikatakan merupakan salah satu daripada Nine Entry Points Projects di bawah Program Transformasi ekonomi, ia dikatakan boleh menghasilkan 10MW tenaga bersih, diantaranya 2MW adalah gas daripada landfill dan bio-cell power plant, dan 8MW kilang kuasa solar. Tenaga bersih tersebut dikatakan akan debekalkan kepada 3,500 rumah di kawasan perumahan berdekatan.
Saya ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian mengenai isu-isu berikut:
1. Memandangkan cadangan projek tenaga boleh deperbaharui ini diletakkan berhampiran dengan beberapa kawasan perumahan, apakah projek tenaga deperbaharui yang diuruskan oleh Cyber Recources Berhad ini telah menjalankan Kajian Alam Sekitar (EIA) dan depaparkan kepada orang ramai untuk memberi pandangan?
2. Apakah kos projek sebanyak RM94.29 juta ini munasabah? Apakah kerajaan yang membiayai projek tersebut? Sekiranya kerajaan membiayai tersebut, apakah ini bermaksud Cypark hanya merupakan sebuah syarikay kontraktor dan bukannya palabur daripada sektor swasta. Jadi, kenapakah kerajaan tidak melantik kontraktor melalui proses pembukaan tender? Kenapakah Cypark dipilih? Apakah mempunyai pengalaman dan rekod yang baik dalam projek yang sama?
3. Rancangan Malaysia Ke-9 memperuntukkan RM480 juta bagi Cypark untuk menutup dan menjalankan pemulihan 16 tapak landfills hanya perlu RM 150 juta sahaja, dan syarikat Jica malah pernah menawarkan harga sebanyak RM67 juta kepada Kementerian pada 8 tahun yang lepas. Saya difahamkan bahawa skala 16 projek tersebut kelihatan agak kecil, peruntukan sebanyak RM 480 juta untuk 16 projek ini memang terlalu besar dan tidak munasabah. Selain itu, sesetengah tapak landfill masih beroperasi, macam manakah Cypark menjalankan kerja penutupan dan pemulihan di tapak-tapak tersebut?
4. Dalam ucapan perasmian Perdana Menteri, beliau berkata projek tenaga boleh diperbaharui ini boleh mendatangkan pendapatan negara kasar sebanyak RM 12 juta setahun, ia akan mencapai RM 260 juta dalam 23 tahun yang akan datang. Soalan saya ialah, apakah asas anggaran pendapatan RM 12 juta setahun selama 21 tahun ini? Sekiranya kita mengambil kira amaun dan kualiti gas landfill yang dijana oleh Pajam Landfill dan pemancaran solar yang berkesan sebanyak 3.5 jam sehari, projek ini memang tidak mungkin mencapai pendapatan tahunan yang begitu tinggi malah dengan Feed-in Tariffs.
5. Mengikut kenyataan Cypark projek tanaga boleh diperbaharui di Pajam landfill akan menghasilkan 2MW gas daripada landfill dan bio-cell power plant dan 8MW solar power plant. Isunya ialah 600m3/jam gas landfill boleh menjana lebih kurang 1MWhr, tetapi amaun gas landfill yang dijanakan akan berkurangan apabila kebanyakan bahan bio-degradable menjadi de-composite Pajam Landfill di Nilai terima 300-400 tonne sisa buangan sahari dan kebanyakannya adalah sisa buangan industri yang mengandungi bahan bio-degradble yang rendah. Jadi, apakah soalannya ialah sama ada pengiraan Cypark bahawa landfill yang tertutup ini mampu menghasilkan 2MWhr tenaga ini benar? Berapa lamakah penjanakuasaan gas landfill tersebut akan kekal? Mampukah Pajam Landfill terus operasi dalam 21 tahun akan datang?
JAWAPAN
Tuan Yang Di-pertua,
Ahli-Ahli Yang Berhormat,
1. Untuk makluman, semua pemaju projek tenaga boleh baharu sama ada di bawah Program Small Renewable Energy Power Programme (SREP) atau sistem baru yang akan dilaksanakan iaitu sistem Feed-in Tariff (FiT) perlu mengemukakan laporan Penilaian Awal Tapak (PAT) kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Ini untuk menentukan sama ada laporan Environmental Impact Assesment (EIA) atau lain-lain jenis laporan alam sekitar deperlukan sebelum memulakan pembangunan loji janakuasa tenaga boleh baharu. Bagi projek ini, Cypark telah merujuk kepada Jabatan alam Sekitar (JAS) yang telah mengesahkan bahawa projek yang decadangkannya tidak tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Detetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987 dan dekecualikan daripada menyediakan Laporan EIA.
2. Bagi soalan kedua, saya ingin memaklumkan bahwa projek Renewable Energy Park ini adalah insiatif pihak swasta di mana keseluruhan pembiayaannya adalah ditanggung oleh puhak pelabur itu sendiri. Bagi mendapatkan kelulusan untuk menyertai sistem Feed-in Tariff (FiT) pula, pihak Cypark Recources Sdn. Bhd. Perlu melalui proses permohonan yanf sama dengan pemohon-pemohon yang lain iaitu melalui Sistem FiT Online yang sedang dalam proses pembangunan oleh Kementerian saya pada masa ini. Sistem ini akan memproses permohonan secara telus berdasarkan keupayaan pemohon untuk memenuhi kriteria dan syarat yang telah ditetapkan dan berasaskan prinsip first come first served basis.
3. Mengenai isu penutupan dan pemulihan 16 tapak pelupusan sisa pepejal yang dibangkitkan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dengan kelulusan Kementerian Kewangan telah melantik Cypark Resources Berhad untuk melaksanakan kerja-kerja penutupan selamat dan pemulihan tapak-tapak pelupusan sisa pepejal. Keputusan ini berdasarkan pengalaman dan kompetensi syarikat berkenaan melaksanakan kerja-kerja sedemikian. Syrikat ini telah menutup secara selamat Tapak Pelupusan Sisa Pepejal di Taman Beringin, Jinjang, Kuala Lumpur dengan sempurna.
Sebagai makluman, 16 tapak pelupusan yang akan ditutup selamat dan seterusnya dipulihkan oleh syarikat ini mencapai keluasan 489.5 ekar pada tahun 2009. sekianya dibandingkan dengan dokumen Guideline For safe Closure And Rehabilitation of MSW Landfill Sites pada tahun 2006 di mana 16 pelupusan tersebut telah mengalami perubahan dari segi topografi, jumlah isu padu, tahap pencemaran dan penambahan keluasan tapak dengan secara tidak langsung ia turut mempengaruhi tahap, skop kerja dan kos projek tersebut.
Mengenai tawaran pelaksanaan projek sedemikian oleh Japan International Cooperation Agency (JICA) (bukan syarikat JICA seperti yang desebut Ahli Yang Berhormat Seputeh) sebanyak RM67 juta, sebenarnya ia hanya merupakan satu projek perintis yang dilaksanakan agensi bantuan tersebut bagi membantu dan memberi pendedahan dan pengalaman kepada Kerajaan Malaysia dalam pelaksanaan penutupan selamat dan pemulihan tapak pelupusan sisa pepejal. Tapak-tapak yang dipilih untuk melaksanakan projek perintis ini adalah seperti berikut:
i. tapak pelupusan Ampang Jajar, Seberang Perai, Pulau Pinang;
ii. tapak pelupusan Pekan Nenasi, Pekan, Pahang; dan
iii. tapak Pelupusan Hulu Langat, Kajang, Sealngor.
Bagi tujuan pelaksanaan projek perintis ini, bukanlah keseluruhan tapak pelupusan akan ditutup atau dipulihkan. Hanyalah sebahagian atau kurang 25% keluasan kawasan tapak akan diperuntukan bagi tujuan tersebut. Ini merupakan syarat yang ditetapkan JICA, memandangkan kos bagi projek perintis ini ditanggung sepenuhnya Kerajaan Jepun memalui JICA, JICA tidak pernah mencadangkan pihaknya dilantik untuk melaksanakan mana-mana kerja penutupan selamat dan pemulihan tapak pelupusan sisa pepejal di Malaysia termasuk 16 tapak pelupusan sisa pepejal tersebut.
4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengenai pendapatan yang akan deperolehi melalui projek ini, ia adalah anggaran secara kasar berdasarkan kepada kadar tarif FiT untuk tahun 2011/2012 dan untuk tempoh 21 tahun akan datang. Walau bagaimanapun, seperti yang telah dimaklumkan, projek ini masih tertakluk kepada kelulusan apabila permohonan bagi FiT telah dibuka kelak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pendapatan daripada projek ini adalah tertakluk kepada degression tahunan. Selain daripada itu, tempoh kontrak bagi sistem soalr adalah selama 21 tahun dan selama 16 tahun.
5. Di bawah Sistem FiT, pemaju adalah bertanggungjawab bagi menentukan jumlah tenaga elektrik yang akan dihasilkan daripada setiap loji janakuasa tanaga boleh baharu yang akan dibangunkan. Sekiranya ia tidak mampu untuk menghasilkan tenaga elektrik seperti yang telah dilaporkan (declared), pendapatan pemaju akan terjejas memandangkan pihak utiliti hanya akan membayar bagi tenaga yang dihasilkan. Selain itu, penalti akan dikenakan sekiranya loji janakuasa tersebut tidak dapat mencapai sasaran output yang telah detetapkan dalam Renewable Energy Power Agreement (REPPA) yang telah ditandatangani. Bagi projek ini, pihak Cypark telah menggunakan model pengiraan bertaraf antarabangsa yang diterima pakai oleh United Nations Framework Convention on Climate Change (UNIFCCC) di bawah mekanisme Clean Development Mechanism (CDM). Berdasarkan kepada pengiraan yang telah dil;aksankan menggunakan data-data tapak pelupusan tersebut, jumlah gas yang terhasil adalah cukup untuk menjana elektrik secara komersial di sepanjang tempoh konsesi.
Dear Yb,
understand that Rosmah Mansor has some shares in Cypark.