Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Pemecatan Hata Wahari oleh Utusan Malaysia satu lagi tindakan mengongkong kebebasan akhbar di Malaysia

Posted on Tuesday, 03-05-2011Tuesday, 03-05-2011 by -ec-

Kenyataan media oleh Teresa Kok, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Seputeh di Shah Alam pada 3 Mei 2011


Keputusan Utusan Malaysia memecat Hata Wahari memaparkan satu lagi tindakan UMNO mengongkong kebebasan akhbar dan mengaibkan hak rakyat menerima kewartawanan yang berhemah tinggi

Saya berasa kesal di atas keputusan akhbar Utusan Malaysia untuk memecat wartawan kanan dan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari. Hata telah dipecat kerana berani mengkritik tindakan Utusan Malaysia yang sengaja mengapi-apikan sentimen perkauman melalui penerbitannya dan mengambil pendirian yang berat sebelah terhadap UMNO di dalam laporan politiknya.

Tindakan Utusan Malaysia ke atas Hata sudah lama dijangka dan tidak menghairankan banyak pihak kerana dasar kewartawanan Utusan Malaysia memang tidak berlandaskan fakta dan kejujuran tetapi lebih berdasarkan pemeliharaan keperluan politik UMNO.

Pada 1 Mac 2011, ketua pengarang Utusan Malaysia, Datuk Aziz Ishak sendiri telah mengakui bahawa peranan Utusan Malaysia adalah untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional. (Source: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/utusans-role-is-to-back-umno-says-editor/ )

Secara praktiknya, peranan Utusan Malaysia ialah untuk menyemai perasaan syak wasangka, inferiority complex dan benci di kalangan kaum Melayu terhadap kaum lain, demi mengukuhkan sokongan orang Melayu terhadap UMNO. Demi kepentingan politik UMNO, hak rakyat untuk menerima maklumat yang tepat yang berlandaskan fakta dan berhemah, dan pembangunan intelek rakyat digadaikan.

Oleh itu, isu pemecatan Hata Wahari bukanlah isu kecil pertarungan di antara seorang wartawan dan majikannya semata-mata. Pemecatannya harus dipandang berat oleh semua rakyat Malaysia kerana ia menonjolkan betapa tersekatnya kebebasan akhbar di Malaysia, dan monopoli media oleh UMNO dan parti komponen Barisan Nasional yang lain.

Saya ingin menyampaikan penghargaan dan penghormatan saya terhadap saudara Hata yang berani mengkritik Utusan Malaysia dan mempertahankan prinsip profesionalisme kewartawanan. Tindakan Hata untuk bertentangan dengan pihak pengurusan Utusan Malaysia dan UMNO ini memang bukannya senang kerana tindakan beliau bermaksud beliau akan dipaksa melepaskan jawatan tingginya, iaitu wartawan kanan di dalam Utusan Malaysia.

Hata tidak membisukan diri demi melindungi mata pencariannya di dalam Utusan Malaysia, tetapi beliau memilih untuk bersuara lantang mengkritik dasar pelaporan berita Utusan Malaysia yang tidak bertanggungjawab. Ini menunjukkan keberanian, prinsip kewartawanan dan profesionalisme yang dipegang oleh beliau. Kes pemecatan Hata sudah pun menjadi satu kes yang penting dalam sejarah dan kajian media dan kewartawanan Malaysia.

Saya menggesa para penyunting dan wartawan di Utusan Malaysia untuk menyemak objektif mereka untuk menceburi bidang kewartawanan. Tibalah masa bagi mereka untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemberita yang berhemah, dan bukan sekadar mengikut arahan pemain politik atasan secara membabi-buta. Mereka haruslah sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang berat untuk memberi laporan yang benar dan bernas, di samping menyemai nilai-nilai yang murni di kalangan masyarakat Malaysia.

Memandangkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Reporters Without Borders telah jatuh dari tangga 131 pada tahun 2009 ke tangga 141 pada tahun 2010, dan persepsi masyarakat antarabangsa terhadap kebebasan akhbar di Malaysia adalah amat negatif, saya menyeru para wartawan di Utusan Malaysia dan di media aliran utama untuk menjadikan Hata sebagai model wartawan mereka.

Tibalah masa bagi wartawan di Malaysia untuk sama-sama berjuang untuk mengembalikan kebebasan dan kepertanggungjawapan akhbar di negara kita, di samping meningkatkan profesionalisme kewartawanan di Malaysia.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme