Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Pelaburan Oleh Kerajaan Negeri Selangor

Posted on Tuesday, 17-11-2009Tuesday, 17-11-2009 by Teresa

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN M MANOHARAN
(KOTA ALAM SHAH)


TAJUK : PELABURAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :

a) Apakah jenis-jenis pelaburan secara sendiri yang telah dijana oleh Kerajaan Negeri Selangor semenjak mengambil alih tampuk pimpinan pada 8hb Mac 2008 sehingga ke hari ini?

b) Apakah jenis-jenis pelaburan yang telah dirancang dan akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor semenjak 8hb Mac 2008 sehingga ke hari ini?

c) Apakah kriteria-kriteria yang diperlukan bagi sebarang pelaburan yang akan dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor didalam menjana ekonomi negeri?

JAWAPAN :

a) Bagi tempoh 8hb Mac 2008 hingga sekarang, tiada sebarang pelaburan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Selangor melalui anak-anak syarikat di luar negara.

b) Jenis – jenis pelaburan yang telah dirancang dan akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti bidang tumpuan yang disasarkan didalam Pekej Ransangan Ekonomi. Antara bidang tumpuan utama tersebut adalah seperti berikut;-

  1. a. Pemulihan dan pembersihan sungai klang yang melibatkan pembangunan kawasan perumahan sepanjang sungai dan tanah rizab.
  2. b. Perluasan sistem transit aliran ringan (LRT)
  3. c. Menaik taraf dan menggantikan aset air berikutan pengambilalihan aset air Selangor oleh Pengurusan Aset Air Berhad
  4. d. Menumpukan usaha terhadap pembangunan semula kawasan terbiar termasuk Petaling Jaya dan Klang.
  5. e. Pembangunan semula projek-projek perumahan yang terbengkalai
  6. f. Meningkatkan pengeluaran padi.

c) Mengenai kriteria yang diperlukan bagi pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor hanya membuat pelaburan melalui anak syarikat negeri bagi memudahkan segala urusan perniagaan yang berkaitan. Segala urusan penilaian dan pertimbangan pemilihan sesuatu projek tersebut diproses mengikut prosedur operasi anak-anak syarikat yang berkaitan. Sebagai contoh, prosedur yang dilaksanakan oleh anak syarikat adalah seperti berikut;-
i) Projek-projek baru dan pelaburan-pelaburan baru, termasuk pembelian saham atau pengambilan syarikat adalah tertakluk kepada kajian dan penilaian Jawatankuasa Penilaian Pelaburan (‘Investment Evaluation Committee’). Jawatankuasa ini bertanggungjawab menganalisa tentang “financial feasibility and viability of the project”, sebelum mengesyorkannya kepada Lembaga Pengarah untuk kajian, pertimbangan dan kelulusan.

ii) Objektif Garis Panduan Pelaburan adalah bagi mengurus aktiviti pelaburan dan mempastikan keputusan pelaburan dapat mengukuhkan pertumbuhan syarikat serta pelaburan diurus secara profesional, adil dan telus.

Garis Panduan Pelaburan

i. Syarikat akan mengenalpasti peluang-peluang pelaburan selaras dengan aspirasi pemegang saham, Kerajaan Negeri Selangor dan halatuju strategik serta pelan pengurusan syarikat.

ii. Pelaburan-pelaburan adalah di dalam sektor-sektor perniagaan baru atau yang menyediakan sinergi kepada pelaburan syarikat sedia ada.

iii. Syarikat harus memegang kepentingan majoriti atau ekuiti minimum 20% di dalam pelaburan baru, bergantung kepada perniagaan.

iv. Struktur pembiayaan pelaburan baru adalah bergantung kepada kos projek dan kedudukan kewangan syarikat, tetapi secara amnya, struktur nisbah pinjaman-ekuiti adalah 70:30.

v. Model perniagaan bagi pelaburan baru mesti menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dan mempunyai kadar pulangan pelaburan tidak kurang daripada kadar purata pulangan industri keseluruhan.

vi. Kedudukan tahap ”pelupusan pelaburan” atau ”exit point” perlu ditentukan, jika perlu di dalam penilaian kewangan.

vii. Syarikat akan menetapkan strategi Pelaburan Berimbang (Balanced Investment) untuk memperolehi pulangan jangkapajang dan mempunyai ”short gestation periods”.

viii. Syarikat mungkin melabur di luar negara. Walau bagaimanapun, fokus utama adalah di rantau Asia Pasifik.

Anak-anak syarikat yang berkaitan akan melaporkan status kemajuan sesuatu projek tersebut dari masa ke semasa kepada Kerajaan Negeri sebagai makluman. Bila anak syarikat kita menghadapi masalah dari segi pelaburan dan projek pembangunan, ia biasanya akan dibawa untuk perbincangan di Majlis Tindakan Ekonomi (MTES).

2 thoughts on “Pelaburan Oleh Kerajaan Negeri Selangor”

  1. 4RAKYAT says:
    Tuesday, 17-11-2009 at 14: 10.18

    terima kasih yb teresa kerana menulis dalam bahasa kebangsaan 🙂

    thanks yb. that’s the way to go.

    4RAKYAT

  2. Maverick says:
    Tuesday, 17-11-2009 at 14: 58.45

    Fairdinkum,
    great Sassy keep it up………

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme