Ucapan Penggulungan Perbahasan Bajet 2010 Oleh YB Teresa Kok, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri Selangor di Dewan Undangan Negeri Selangor Pada 13 November 2009
Sejak Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kepemimpinan Selangor, pihak pembangkang telah banyak kali mengatakan bahawa ekonomi dan pelaburan di Selangor telah turun. Di sini, saya ingin memberikan satu gambaran yang menyeluruh tentang keadaan ekonomi di Malaysia.
Ekonomi Malaysia telah banyak dijejaskan oleh kegawatan ekonomi dunia
Sekiranya berbanding dengan tahun 2008, KDNK Malaysia telah turun sebanyak 6.2% pada suku pertama 2009 dan sebanyak 3.9% pada suku kedua 2009.
Eksport negara pula telah jatuh sebanyak 22.9% pada Julai 2009 dan 19.8% pada Ogos 2009.
Foreign Direct Investment (FDI) juga dijangka akan turun sebanyak 50% iaitu RM26 billion pada 2009 berbanding dengan RM51b pada 2008.
Berpandukan data yang disebutkan tadi, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah membuat jangkaan bahawa KDNK Malaysia akan kecut ke -3.3% bagi 2009 sebelum naik semula ke 3.7% bagi 2010.
Penurunan ekonomi Malaysia secara keseluruhannya memberi kesan kepada ekonomi negeri-negeri serata Malaysia termasuklah Selangor.
1. PERTUMBUHAN SEKTOR EKONOMI;
Pada masa sama, Bajet 2010 menandakan tahun bermulanya Kerajaan Negeri Selangor merealisasikan enam projek utama sebagai usaha merancakkan ekonomi negeri melalui pakej rangsangan ekonomi yang ingin direalisasikan sepanjang 10 tahun dan yang dijangka mampu menjanakan pelaburan lebih daripada RM50 bilion.
Berdasarkan tahap rendah beberapa petunjuk ekonomi makro, nilai KDNK negeri Selangor pada harga malar tahun 2000 pada suku kedua tahun ini menyusut kepada RM114.3 bilion berbanding RM118.9 bilion pada tahun 2008. Adalah dijangkakan KDNK pada tahun 2010 meningkat kepada RM116.8 bilion dengan kadar pertumbuhan 2.1%.
Sektor perindustrian merupakan penyumbang utama terhadap kerancakan ekonomi negeri, malah ia merupakan nadi pertumbuhan ekonomi negara. Namun, bagi tahun 2009, keseluruhan nilai ditambah sektor ini dianggarkan menyumbang sebanyak 37.7% kepada KDNK negeri (2008 :40.0%).
Sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 61.4% atau RM73.83 bilion dalam KDNK negeri pada tahun 2009 berbanding 58.8% pada tahun 2008. Kita berharap sektor ini terus dipacu bagi meningkatkan prestasinya.
Daripada aspek perkhidmatan, kita turut menjangkakan sektor ini terus berkembang dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi negeri. Ia membuktikan sektor ini berupaya mempercepatkan pemulihan ekonomi Selangor.
Bagi merancakkan pertumbuhan dalam sektor ini kerajaan negeri memberi fokus kepada beberapa industri seperti:
a) Perkhidmatan perniagaan dan profesional (Business and Professional Services)
b) Perkhidmatan Logistik Sepadu (Integrated Logistic Services)
c) Perkhidmatan Berkaitan ICT (ICT Related Services)
d) Perkhidmatan Pengedaran (Distributive Services)
e) Perkhidmatan Pendidikan dan Latihan (education and Training Services)
f) Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan (Medical and Health Services)
g) Perkhidmatan Pelancongan (Tourism Services)
h) Perkhidmatan Berkaitan Pembuatan (Manufacturing Related Services)
Sektor pembuatan dijangka mengalami penguncupan 10.9% dalam nilai ditambah bagi tahun 2009 akibat penurunan permintaan luar terhadap bahan pengeluaran industri secara keseluruhan. Sektor pembinaan pula dijangka mengalami pertumbuhan positif sebanyak 2.4% yang disumbangkan oleh pembinaan rumah dan kawasan rekreasi, bangunan perdagangan dan kompleks membeli belah serta kerja baik pulih yang merupakan sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi kerajaan.
2.0 PRESTASI PELABURAN BAGI TEMPOH JANUARI HINGGA OGOS 2009
- Mengikut statistik MIDA, bagi tempoh Januari hingga Ogos 2009, Sebanyak 174 projek perkilangan telah diluluskan oleh MIDA/MITI di Negeri Selangor dengan nilai pelabur berjumlah RM 3.431 bilion. Daripada jumlah ini sebanyak RM1.752 bilion merupakan pelaburan asing dan sebanyak RM1.679 daripada pelaburan tempatan. Sebanyak 9,699 potensi peluang pekerjaan diwujudkan.
A | B | C | D | E | F | |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Table 1(a) : Approved Manufacturing Projects By State, January-August 2009 (Sumber: MIDA 2009) |
|||||
2 | State | No of Project | Potential Employment | Local Investment (RM) | Foreign Investment (RM | Total Investment (RM) |
3 | Sarawak | 15 | 5,470 | 2,044,904,238 | 5,710,260,928 | 7,755,165,166 |
4 | Selangor | 174 | 9,699 | 1,679,276,204 | 1,752,487,111 | 3,431,763,315 |
5 | Johor | 101 | 8,573 | 1,124,576,262 | 1,834,372,454 | 2,958,948,716 |
6 | Pulau Pinang |
77 | 5,091 | 466,454,819 | 1,198,078,790 | 1,664,533,609 |
7 | Kedah | 25 | 2,573 | 277,526,380 | 559,818,949 | 837,345,329 |
8 | Perak | 29 | 1,875 | 272,241,581 | 370,576,106 | 642,817,687 |
9 | Terengganu | 6 | 348 | 178,014,630 | 301,820,338 | 479,834,968 |
10 | Melaka | 14 | 1,721 | 386,282,570 | 62,691,900 | 448,974,470 |
11 | Pahang | 9 | 571 | 171,389,205 | 110,308,443 | 281,697,648 |
12 | Sabah | 16 | 1,121 | 215,953,800 | 39,429,400 | 255,383,200 |
13 | W. P. Kuala Lumpur |
10 | 417 | 102,339,808 | 32,985,353 | 135,325,161 |
14 | Negeri Sembilan |
15 | 711 | 54,899,960 | 76,905,872 | 131,805,832 |
15 | Kelantan | 3 | 657 | 8,179,000 | 110,700,000 | 118,879,000 |
16 | W. P. Labuan |
0 | ||||
17 | Perlis | 0 | ||||
18 | Undecided | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 |
Total | ||||||
- Daripada nilai pelaburan yang diluluskan, ini membolehkan Selangor menduduki tempat kedua tertinggi dari segi nilai pelaburan selepas Negeri Sarawak yang mencatatkan pelaburan bernilai RM 7.755 bilion daripada 15 projek perkilangan yang diluluskan.
- Sebab utama Sarawak menempati tempat pertama dari segi nilai pelaburan di Malaysia adalah kerana terdapatnya pelaburan Aluminium Smelter Plant yang bernilai USD 2 bilion di Sarawak. Kalau tanpa pelaburan ini, Negeri Selangor sudah pasti akan mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari segi nilai pelaburan. Haruslah diingati bahawa bilangan projek yang melabur di Selangor, iaitu 174 projek, merupakan bilangan projek yang paling tinggi berbanding dengan bilangan projek yang dilaburkan di negeri lain di Malaysia.
- Sehubungan dengan itu, mengikut statistik permohonan penempatan projek yang diluluskan oleh Kerajaan Selangor di UPEN, pelaburan ke Negeri Selangor telah mencapai RM3.976 bilion.
3.0 LANGKAH-LANGKAH PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN :
3.1 Selain langkah-langkah yang digariskan dalam RMKe-9, kerajaan negeri juga turut mengenal pasti beberapa strategi lain bagi memastikan sektor perindustrian terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kapada KDNK negeri serta nadi penggerak ekonomi negara amnya dan negeri Selangor khususnya. Strategi tersebut adalah seperti berikut;-
i. Menggalakkan sektor industri yang berasaskan teknologi tinggi, berasaskan pengetahuan, berintensifkan modal dan mesra alam.
ii. Menggalakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan seperti;-
a) Business and Professional Services
b) Integrated Logistic Services
c) ICT Related Services
d) Distributive Services
e) Education and Training Services
f) Medical and Health Services
g) Tourism Services
h) Manufacturing Related Services
iii. Menggalakkan penglibatan dalam industri berpotensi seperti;
a) Biotechnology
b) Aviation Industry
c) Green Industry (Renewable Energy & Solar Energy)
iv. Menjadikan negeri Selangor bukan sahaja sebagai pusat pengeluaran produk tertentu tetapi mewujudkan nilai tambah pasaran produk.
4.0 KAWASAN PERTUMBUHAN BARU
Bagi menggalakkan pertumbuhan dalam industri pembuatan dan perkilangan, Kerajaan Negeri telah dan akan terus mempromosikan beberapa kawasan pertumbuhan baru yang dirancang khusus untuk menempatkan projek-projek perkilangan yang berteknologi tinggi seperti:
4.1 Automotive Industry
1. Kawasan Serendah, Hulu Selangor telah dikenalpasti sebagai kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai Automotive Hub of Selangor.
2. Kebanyakan syarikat-syarikat pembuatan barangan pelaratan kenderaan beroperasi di serendah dan sekitar Hulu Selangor yang merupakan vendor kepada Perodua dan Nissan. Selain itu ia juga merupakan pelengkap kepada Proton City di Tanjung Malim.
4.2 Aerospace Industry
- Kawasan di sekitar Lapangan Terbang Sultan salahuddin Abdul Aziz Shah di Subang dikenalpasti berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan industri aeroangkasa.
- Terdapat beberapa syarikat milikan asing dan tempatan yang terlibat dalam industri aeroangkasa beroperasi di Malaysian International Aerospace Centre (MIAC) di Sultan Abdul Aziz Shah Airport di Subang.
4.3 Klang Valley 2
- Kawasan pembangunan ini melibatkan 2 daerah di Selatan Selangor iaitu daerah Kuala Langat dan Sepang dengan keluasan 141, 527.39 hektar/ 1415.274km persegi.
- Klang Valley 2 berperanan penting sebagai penjana pembangunan ekonomi di kawasan Daerah Kuala Langat dan Sepang dengan meningkatkan intra dan inter-regional economic network, pembangunan tenaga mahir yang berkualiti bersesuaian dengan senario ekonomi setempat.
- Projek ini bersesuaian dengan hasrat untuk membawa pembangunan ke luar Lembah Klang serta memberikan pembangunan seimbang di seluruh kawasan di Selangor.
- Mega Projek di kawasan pembangunan Klang Valley 2;-
- i. Cyberjaya
- ii. Selangor Science Park II
- iii. KLIA Aeropolis.
4.4 i-City Shah Alam
- Projek I-City di Shah Alam, iaitu pembangunan komuniti digital pertama di Malaysia bernilai RM2 bilion.
- Bagi merealisasikan hasrat ini, pihak Kerajaan Negeri melalui SSIC Berhad sedang berusaha untuk mendapatkan pelabur yang terlibat dalam industri ini seperti Plug & Play Tech Centre yang beroperasi di Silicon Valley, California, Amerika Syarikat. Syarikat ini menyediakan kemudahan incubator kepada technopreneurs untuk mengembangkan dan mengkomersilkan inovasi mereka ke pasaran luar Negara.
5.0 KAWASAN-KAWASAN INDUSTRI DI SELANGOR:
5.1 Pulau Indah Industrial Park, Klang.
- Dimajukan oleh Central Spectrum (M) Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri dengan keluasan kawasan pembangunan 2,154.64 hektar (5,324.11 ekar).
- Pembangunan kawasan perindustrian yang lengkap dengan pembangunan perumahan serta kawasan komersil bagi menyokong aktiviti perindustrian.
5.2 Selangor Halal Hub, Pulau Indah Klang.
1. Selangor Halal Hub merupakan projek yang dibangunkan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor melalui syarikat Central Spectrum (M) Sdn Bhd dengan keluasan pembangunan berjumlah 587.430 ekar.
2. Fasa 1 Selangor Halal Hub telah disiapkan dengan infrastruktur, manakala bagi Fasa 2, kerja-kerja menebusguna (reclamation) telah bermula pada Disember 2006. Jumlah kos pembangunan keseluruhan Fasa 1 dan Fasa 2 bagi Selangor Halal Hub dianggarkan berjumlah RM 261,410,000.00 ( Fasa 1 : RM 94,760,000.00 ; Fasa 2: RM 166,650,000.00).
3. Sehingga kini Selangor Halal Hub Fasa 1 telah berjaya menarik sejumlah 11 pelabur dengan keluasan tanah sebanyak 220.19 ekar dan jumlah jualan sebanyak RM 133,162,448.80
4. Selangor Halal Hub, Pulau Indah dibangunkan untuk memenuhi permintaan yang tinggi untuk produk halal. Sebuah syarikat yang bakal beroperasi di kawasan pembangunan ini juga telah mendapat insentif halal daripada Kerajaan Persekutuan dan merupakan satu-satunya syarikat yang mendapat insentif halal ketika ini.
5.3 Port Klang Free Zone, Klang.
- Projek ini dimajukan oleh Pork Klang Free Zone Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Lembaga Pelabuhan Klang. Pembangunan ini selaras dengan objektif kerajaan untuk menjadikan Port Klang sebagai pusat pengedaran serantau dan juga sebagai pusat trading dan logistik.
- Komponen-komponen pembangunan yang akan dibina di dalam kawasan 1,000 ekar ini adalah seperti berikut:-
a) Tapak Lot Industri/kargo yang bersaiz antara 1.0 – 5.0 ekar seluas 608.16 ekar.
b) Kilang Siap Bina (17 m. x 30 m.) – berjumlah 512 unit.
c) Kompleks Pejabat/Perdagangan yang mengandungi ruang-ruang pejabat yang boleh disewa, pusat pameran, kedai bebas duti dsb. – bangunan 8 tingkat (bagi peringkat permulaan).
d) Kompleks Keselamatan, Kastam, Imigresen dan Agensi-Agensi Kerajaan Lain – seluas 6.0 ekar.
e) Tapak Pemeriksaan Kastam – seluasa 4.0 ekar.
f) Lain-lain kemudahan awam (gerai makan, surau, dll.) – seluas 4.0 ekar
Kawasan perindustrian di Selangor yang lain termasuk Selangor Science Park 2, Dengkil, Sepang dan Zurah Industrial Park, Rasah, Hulu Selangor.
6.0 LANGKAH-LANGKAH PROMOSI PELABURAN NEGERI SELANGOR
Bagi meningkatkan jumlah pelaburan di Negeri Selangor beberapa langkah promosi pelaburan telah dan akan diadakan seperti berikut:
- i. Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing.
- ii. Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di Selangor.
- iii. Menaiktaraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor Science Park.
- iv. Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
- v. Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One stop Centre (OSC) yang ditubuhkan di setiap PBT.
- vi. Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Negeri dan Daerah bagi memantau perlaksanaan projek-projek pelaburan di setiap daerah serta mempromosikan peluang-peluang pelaburan di setiap daerah.
- vii. Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap kawasan perindustrian yang kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
- viii. Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
- ix. Penambahbaikan fungsi SSIC bagi memantapkan keupayaan dalam memberi perkhidmatan.
- x. Pemantauan yang lebih kerap untuk projek-projek yang sedang dilaksanakan.
Kami berharap dengan langkah-langkah tersebut, kami akan dapat menairk masuk lebih pelaburan ke Negeri Selangor pada tahun-tahun yang akan datang. Memandangkan ekonomi dunia telah semakin pulih, kami berharap dengan kerjasama ahli-ahli berhormat, nilai pelaburan yang masuk ke Negeri Selangor akan mencapai NO: 1 pada tahun yang akan datang.