Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Sarjana Turki, pengarah IRF dipanggil Jawi

Posted on Monday, 09-10-2017 by -ec-

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sedang menyiasat Mustafa Akyol yang berceramah tanpa tauliah daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

KUALA LUMPUR: Sarjana Turki, Mustafa Akyol yang sedang mengadakan satu siri ceramah di Malaysia, dipanggil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), menurut perintah arahan dikeluarkan kepadanya yang dilihat FMT.

Akyol dipanggil ke pejabat Jawi di Kuala Lumpur untuk disoal siasat di bawah Seksyen 11 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001, kerana mengajar agama tanpa tauliah daripada pihak berkuasa agama itu.

Jawi turut memanggil Datuk Dr Ahmad Farouk Musa, pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) yang didakwa melanggar Seksyen 43 akta sama kerana “bersubahat” dengan Akyol.

Dr Farouk ketika dihubungi FMT mengesahkan beliau menerima perintah arahan itu.

Ini adalah lawatan ke-5 Akyol ke Malaysia atas jemputan IRF.

Wartawan terkemuka yang merupakan kolumnis New York Times itu, sejak minggu lalu tampil dalam beberapa program anjuran IRF, termasuk sebuah ceramah mengenai tema buku terbarunya, “The Islamic Jesus: How the King of the Jews Became a Prophet of the Muslims”.

Difahamkan, pihak berkuasa sebelum ini bertegas ceramah yang dijadualkan berlangsung di kampus Universiti Nottingham di Kuala Lumpur, petang ini, mendapat kelulusan Jawi.

Akyol, 45, yang dilahirkan di Turki dan kini mengajar di Wellesley College, Amerika Syarikat, ialah pengkritik Presiden Recep Tayyip Erdogan dan terkenal dengan kelantangannya membidas penyokong Islamis dan sekularis di Turki.

Semalam, Akyol menerusi sebuah forum mengenai demokrasi mengkritik kerajaan yang menggunakan undang-undang drakonian untuk mengekalkan kuasa mereka.

“Kamu tidak boleh berkuasa selama-lamanya dan apabila kamu tidak lagi berkuasa, kamu akan sedar sistem tidak liberal yang kamu cipta itu menyusahkan kamu,” katanya pada forum bertajuk “Demokrasi masih relevan?” semalam.

Dalam forum sebelum ini, Akyol mempersoalkan penyokong kepolisan moral dengan berkata, hukuman di bawah undang-undang syariah hanya meliputi jenayah mendatangkan kecederaan kepada pihak ketiga, bukannya dosa peribadi.

“Saya sebagai seorang Islam percaya dosa bukan urusan kerajaan. Kamu boleh dan patut menasihatkan umat Islam yang melakukan dosa, tetapi kamu tidak harus menghukum mereka,” katanya.

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan YB Teresa Kok Dalam Konvensyen Pakatan Harapan | 17 Mei 2026
  • 郭素沁指浮罗交怡旅游业表现落后于普吉岛与峇厘岛,促吉打州政府停止“自我陶醉式数据解读”
  • JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG PHUKET DAN BALI: KERAJAAN PAS KEDAH JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN STATISTIK ‘SUAM-SUAM KUKU’
  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme