Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Perbahasan RMK-11 YB Teresa Kok berkenaan Sektor Pelancongan dan Imigresen(Bahagian II)

Posted on Thursday, 28-05-2015Saturday, 30-05-2015 by -ec-

Sektor Pelancongan diabaikan Dalam RM11
===================================
Datuk yang diPertua, RM11 kelihatan tidak sentuh tentang rancangan untuk membangunkan sektor pelancongan di Malaysia, sedangkan kita tahu sektor ini akan membawa masuk dana asing ke Malaysia.

Lokasi Malaysia yang strategik di Asia Tenggara. Kepelbagaian budaya, makanan dan bahasa di negara kita sebenarnya merupakan tarikan bagi pelancong asing. Walaupun tarikan Malaysia bagi pelancong asing (khsusnya pelancong Negara China) telah dijejaskan oleh siri kes penculikan di Sabah dan nahas kapalterbang MH370, tetapi kerajaan memang harus menggigihkan usaha kita untuk menjadikan Malaysia sebagai “a preferred tourist destination” di Asia Tenggara.

Selain daripada negeri Sabah dan Sarawak, saya ingin cadangkan kerajaan memberi peruntukan untuk membangunkan destinasi pelancongan di kawasan Lembah Klang, kerana ramai pelancong asing masuk ke Semenanjung Malaysia melalui KLIA. Di sini, saya ingin cadangkan kerajaan membangunkan kawasan Sepang yang berdekatan dengan KLIA dan KLIA2, supaya kawasan ini boleh menarik lebih pelancong asing yang bersinggah sementara/stopover di KLIA.

Setakat ini, Sepang telahpun menarik ramai pelancong untuk makan seafood dan bersiar-siar di tempat ini, lebih-lebih lagi terdapatnya initiatif pelabur swasta, seperti Sepang Gold Coast di pantai Sepang telah menjadikan Pekan Sungai Pelek dan sekitarnya lebih menarik bagi pelancong tempatan dan pelancong asing.

Setakat ini, Sepang Gold Coast juga telah menjadi salah satu “land mark” di Malaysia. Saya ingin mencadangkan kerajaan membuat jalan yang merentasi beberapa keping tanah pemilik swasta ke Pekan Sungai Pelek Sepang dan tepi pantai Sepang. Selain itu, saya juga ingin mencadangkan kerajaan mendirikan struktur seperti show house bagi pengusaha Industri kecil dan sederahana untuk menjual produk tempatan di sepanjang jalan utama ke Sungai Pelek, supaya orang tempatan boleh bermanfaat daripada perkembangan industri pelancongan di tempat tersebut.

Pembangunan “Retirement Home”
===========================
Sehubungan dengan itu, saya juga ingin mencadangkan kerajaan menggubalkan “Retirement Home Act” demi membangunkan industri “retirement homes” seperti apa yang ada di Australia, supaya kita boleh menarik pesara jutawan dari negara maju seperti Korea Selatan, Eropah dan sebagainya untuk bersara di Malaysia di bawah program “Malaysia My Second Home”.

“Retirement homes” yang mempunyai facility berbentuk “medical care” adalah amat diperlukan untuk mencapai matlamat ini, tetapi ia hanya boleh dicapai sekiranya kerajaan menggubal undang-undang berkenaan dengan “retirement home”.

Kerajaan/Imigresen Tidak Harus Menyalahgunakan Kuasa Imigresen Untuk Menghalang Orang Asing Masuk ke Malaysia
=================================================

Datuk yang diPertua, apabila agensi promosi pelancongan dan pelaburan kementerian menarik pelancong dan pelabur untuk datang ke Malaysia, kadang-kadang pegawai imigresen mewujudkan nama yang buruk bagi Malaysia di masyarakat antarabangsa.

Saya pernah bangkitkan kes seorang pastor dari Kenya yang bernama John Kimani Ngure dilarang masuk ke Malaysia di KLIA pada 25 Oktober 2013 di dewan yang mulia ini, beliau datang ke Malaysia untuk menghadiri mesyuarat tetapi dihalau balik oleh pegawai imigresen tanpa alasan yang kukuh. Alasan yang diberi oleh Kementerian Dalam Negeri atas larangan terhadapnya memanglah tidak benar dan tidak masuk akal.

Semalam, seorang aktivis Hong Kong yang berumur 18 tahun, Joshua Wong yang terlibat dalam pergerakan “yellow umbrella” di Hong Kong dilarang masuk ke Malaysia di lapangan antarabangsa di Pulau Pinang. Apakah seorang aktivis pelajar yang berumur 18 tahun akan mengancam keselamatan Negara? Apakah Kerajaan Malaysia takut pada seorang remaja di Hong Kong? Larangan terhadap Joshua Wong bukan sahaja menjadi berita “headline” di media di Malaysia, tetapi ia juga akan menjejaskan namabaik Malaysia selepas ia dilaporkan di Hong Kong, Taiwan dan negara-negara lain. Apakah publisiti seperti ini akan membantu Malaysia untuk menarik kemasukan pelancong dan pelabur asing?

Kenapakah Harga RON 97 Tidak Turun Selepas Cukai Jualan 58 sen se litre digantikan Oleh GST 0.13 sen satu litre?
—————————————————————————————–

Datuk yang diPertua, harga minyak ataupun “fuel cost” merupakan pertimbangan yang penting bagi pelabur atas keputusan mereka samada melabur di Malaysia ataupun tidak. Selain itu, harga minyak ialah isu yang penting bagi pengguna kereta di Malaysia.

Pada 19 Mei, saya terima jawapan Parlimen kepada soalan saya kepada Menteri Kewangan berkenaan dengan GST pada RON 97 bermula pada 1 April, 2015. Jawapan yang saya terima adalah seperti berikut:

“Mulai 1 April 2015, komponen cukai jualan yang terkandung di dalam Automatic Pricing Mechanism telah dimansuhkan. Walaupun cukai jualan telah dimansuhkan, produk RON 97 tertakluk kepada GST.

Penurunan harga RON 97 tidak berlaku kerana terdapat peningkatan purata harga sebenar pasaran RON 97 (bagi Mac dan April 2015) di samping pengenaan GST terhadap produk itu sendiri.”

Kerajaan mesti terangkan kepada orang ramai kenapakah harga RON 97 bukan di bawah RM 2.25 per litre selepas GST dilaksanakan pada 1 April, 2015.

Harga RM 2.25 per litre bermaksud harga sebelum GST adalah RM 2.12, dan GST yang dikenakan ialah RM 0.13.

Walau bagaimanapun, cukai jualan sebelum itu ialah RM 58 sen satu litre. Jadi, sekiranya semua keadaan tidak berubah, harga RON 97 haruslah RM 45 sen (RM 58 sen tolak RM0.13) lebih murah bagi satu litre.

Jawapan Parlimen Kementerian kepada saya yang menyatakan “harga RON 97 tidak turun adalah kerana terdapat peningkatan purata harga sebenar pasaran RON 97 bagi Mac dan April 2015 tidak dapat diterima”.

Kerajaan sepatutnya telus dan sedia menyiarkan statistik peningkatan harga pasaran RON97 yang sebenar. Kementerian sepatutnya menunjukkan macam mana peningkatan harga pasaran purata bersama GST menghasilkan harga RM 2.25 satu litre selepas 1 April 2015, iaitu selepas GST dilaksanakan.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme