Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Perbahasan RMK-11 YB Teresa Kok berkenaan MyEG (Bahagian I)

Posted on Thursday, 28-05-2015Monday, 01-06-2015 by -ec-

Hari ini saya menyertai perbahasan Rancangan Malaysia ke-11, berikutnya bahagian pertama ucapan saya berkenaan dengan MYEG:

Ucapan (Bahagian 1) dalam Perbahasan Rancangan Malaysia Ke-11 (RM 11) Pada 27 Mei 2015 di Dewan Rakyat

Datuk yang diPertua, rancangan Malaysia dirangka demi memupuk pertumbuhan ekonomi dalam tempoh 5 tahun yang akan datang. Malaysia ialah negara yang mempunyai populasi yang kurang ramai, jadi menarik kemasukan dana asing adalah amat penting bagi kita. Ini bermaksud perkembangan sektor pelancongan, peningkatan pelaburan domestik dan kemasukan pelaburan asing adalah sangat penting bagi negara kita.

Memandangkan saya hanya ada masa 20 minit, saya ingin mula cakap tentang isu yang merunsingkan sektor perkilangan dan pelabur asing, khususnya “flip-flop” dalam dasar berkenaan dengan pekerja asing.

Kenapakah Kerajaan Menswastakan Pembaharuan Permit Pekerja Kepada MYEG?
———————————————————————————–

Kerajaan Malaysia selalu mengadakan dasar yang berlainan dan berubah-ubah atas isu pekerja asing. Pada beberapa tahun yang lepas, kerajaan mengadakan dasar pemutihan pekerja asing di bawah program 6P yang mana telah mencetuskan kekecohan di industri perkilangan di Malaysia. Ramai pekerja asing yang hampir sampai had tempoh dan sepatutnya balik ke negara asal mengambil kesempatan untuk lari daripada majikan asal mereka dan mengemukakan permohonan di bawah 6P dengan tujuan pembaharuan permit dan lanjutkan tempoh kerja mereka di Malaysia.

Pada awal tahun ini, Kementerian Dalam Negeri pula memeranjatkan semua pihak dengan menswastakan semua pemerosesan permit pekerja asing kepada syarikat swasta, MYEG.

Penswastaan perkhidmatan yang sepatutnya dilakukan oleh jabatan imigresen ini telah mencetuskan kekecohan dan bantahan daripada Kesatuan Majikan, Kesatuan Pembuatan seperti FMM dan agensi pekerja asing. Pada 8 April pada tahun ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, ahli berhormat dari Santubong berkata Kerajaan pusat ingin menubuhkan agensi di bawah Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) untuk menguruskan pembaharuan permit pekerja asing demi memecahkan monopoli MYEG Services Berhad. Saya ingin tanya apakah kenyataan ini akan dilaksanakan oleh Kementerian?

Pada 23 April 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merdi angkap Ahli Parlimen Ayer Hitam mengumumkan bahawa kerajaan akan menyerap RM35 fi pemerosesan yang dikenakan oleh MYEG, dan majikan boleh membaharui permit pekerja asing mereka di MYEG ataupun kaunter imigresen. Baru-baru ini, saya difahamkan kesemua kaunter imigresen di setiap negeri telahpun tutup perkhidmatan pembaharuan permit pekerja asing sejak 2 Mei sehingga hari ini, dan MYEG dijadikan monopoli perkhidmatan pembaharuan permit pekerja asing sekali lagi. Kenapakah kerajaan tidak tunaikan pengumumannya?

Kalau kita buat satu pengiraan, fi pembaharuan termasuk levi dan fi Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang dibayar oleh majikan daripada semua sektor kepada MYEG melalui transaksi talian ialah lebih kurang RM1,500. Negara kita mempunya 2.1 juta pekerja asing setakat Oktober pada tahun lepas, jadi jumlah pendapatan daripada pembaharuan permit ialah RM3.15 bilion setahun. Saya ingin tahu tentang prosedur pembayaran balik amaun ini daripada MYEG kepada pihak kerajaan.

Memandangkan kerajaan telah menyerap fi pemerosesan RM35 yang dikenakan oleh MYEG bagi setiap permohonan pada awal tahun ini. Ini bermaksud kerajaan memberi subsidi RM35 bagi setiap permohonan pembaharuan permit pekerja.

Sekiranya MYEG mendapat RM35 daripada kerajaan untuk setiap permohonan dan sekiranya syarikat ini menangani pembaharuan permit untuk kesemua 2.1 juta pekerja asing di Malaysia, maka MYEG dapat memperolehi pendapatan RM73.6 juta setahun.

Saya ingin tanya, kenapakah kerajaan menyerahkan perkhidmatan yang mendatangkan pendapatan sebanyak RM73.6 juta setahun ini kepada satu syarikat swasta? Kenapakah perkhidmatan ini tidak dilakukan oleh pegawai imigresen memandangkan ini memang kerja pegawai imigresen?

Kesulitan Maklumat Pemohon dikompromi
———————————————————–

Pegawai imigresen dilatih untuk menangani dan memelihara kesulitan dokumen majikan dan pekerja asing, dan mereka ditugaskan untuk mengeluarkan sticker “Pas Lawatan Kerja Sementara” (PLKS). Soalan saya, apakah staf MYEG dilatih untuk menjalankan urusan tersebut? Apakah pejabat MYEG mengikut Standard Operating Procedure (SOP) Jabatan imigresen dari segi pemerosesan PLKS pekerja asing?

Di sini saya ingin bangkitkan 2 kes yang diberitahu oleh agen pekerja asing kepada saya:

Kes 1:
———
Pada Januari tahun ini, bila MYEG diumumkan akan mengambil alih pembaharuan permit yang ditangani oleh imigresen, CLAB (Construction Labour Exchange Berhad) telah menghantar 200 passport kepada MYEG untuk tujuan pembaharuan dan membuat bayaran melalui sistem talian, tetapi CLAB tidak terima permit pekerja dalam tempoh yang diperlukan daripada MYEG. Jadi, bila perkhidmatan kaunter imigresen buka semula dalam bulan Februari, CLAB pun minta MYEG pulangkan kesemua 200 passport kepadanya untuk diproseskan di kaunter imigresen, waktu itu pegawai CLAB baru sedar MYEG langsung tidak proses permohonannya dan pekerja asing mereka telahpun berada di Malaysia melebihi tempoh ataupun “overstay’ lebih satu bulan walaupun CLAB telah menjelaskan bayaran kepada MYEG. CLAB kemudian terpaksa bayar kompound atas “overstay” pekerjanya kepada jabatan imigresen demi mendapat permit baru daripada imigresen. Selepas itu, CLAB juga menghadapi masalah pemulangan fi daripada MYEG juga.

Kes 2:
———
Satu kilang di Johor Baru buat pembaharuan permit di MYEG dan lewat terima permit pekerja. Selepas itu, pekerja kilang itu kemudian ditahan oleh polis kerana mereka “overstay’ di Malaysia tanpa permit. Pihak majikan menunjukkan resit online MYEG yang mereka bayar kepada pihak polis, tetapi pihak polis enggan mengiktiraf resit MYEG. Selepas itu, apabila majikan minta bantuan daripada imigresen, pegawai imigresen minta dia pergi berjumpa MYEG kerana permit kilang itu dibaharui melalui MYEG dan bukannya imigresen. Akhirnya, MYEG minta tambahan RM100 lagi sebagai fi Special Pass (SP) bagi pekerja yang “overstay” untuk melanjutkan permit pekerja kilangnya.

Saya difahamkan mengikut Akta immigration, hanya pegawai imigresen dibenarkan untuk mengeluarkan Special Pass kepada pekerja asing, apakah MYEG dibenarkan untuk mengeluarkan Special Pass dari segi undang-undang?

Selain itu, MYEG menggaji “motorboy” untuk hantar permit pekerja asing (PLKS) kepada pihak majikan. Apakah “motorboy” ini akan menjadi alat yang mengeluarkan permit pekerja palsu bagi pekerja yang haram ataupun “overstay” di Malaysia? Saya diberitahu bahawa kes seperti ini telahpun berlaku, di mana pekerja yang lari daripada bekas majikannya ataupun “overstay” diberikan permit baru. Apakah kita membenarkan penyelewengan kuasa dan korupsi berlaku di bawah MYEG?

Pada masa dahulu, Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Indonesia, Burma, & Bangladesh dibenarkan untuk menyerah diri kepada pegawai penguatkuasa imigresen dengan bayar denda RM400 dan mereka pun boleh pulang ke negara asal mereka masing-masing. Tetapi sekarang, semua PATI yang ingin pulang ke negara asal mereka mesti bayar RM400 kepada beberapa syarikat swasta terlebih dahulu, iaitu: PATI Indonesia bayar kepada International Marketing and Resources Sdn Bhd (IMAN), PATI Burma bayar kepada Bukit Megah Sdn Bhd dan PATI Bangladesh bayar kepada Kericom Sdn Bhd.

Selepas jelaskan bayaran, PATI dikehendaki bayar bayaran tambahan RM400 kepada bahagian penguatkuasaan imigresen. Apakah rasional kerajaan untuk membenarkan syarikat-syarikat kroni ini untuk mengaut keuntungan daripada PATI yang ingin balik ke Negara asal mereka? Bukankah ini satu bentuk korupsi juga?

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme