Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen berkenaan tempoh menunggu seorang graduan kursus perubatan untuk menjalani ‘housemanship’ di hospital tempatan

Posted on Thursday, 28-05-2015 by -ec-
 
SOALAN NO:   14
 
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
 
PERTANYAAN  :        LISAN
DARIPADA        :        YB PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH ]
TARIKH              :        27 Mei 2015
SOALAN            :       
 
 
YB Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tempoh menunggu seorang graduan kursus perubatan untuk menjalani ‘housemanship’ di hospital tempatan. Apakah nisbah di antara houseman dan pesakit di hospital awam sekarang berbanding tahun 2005 dan apakah langkah Kementerian untuk mengatasi masalah kelebihan doktor di Malaysia.
 
Tuan Yang di-Pertua,
 
Pada masa ini, pengambilan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) dibuat setiap 2 bulan. Oleh kerana pemilihan hospital untuk penempatan latihan siswazah adalah dibuat sendiri oleh PPS secara atas talian melalui e-houseman (dengan izin) tertakluk kepada kekosongan jawatan, maka tempoh menunggu untuk menjalani latihan siswazah bergantung kepada pilihan masing-masing. Jika graduan memilih untuk ditempatkan ke hospital di luar Lembah Klang yang mempunyai banyak kekosongan, maka tempoh menunggu adalah lebih singkat. Sebaliknya jika graduan tersebut berhasrat untuk bertugas di hospital yang tiada kekosongan, maka tempoh menunggu akan menjadi lebih lama. Selain itu, tempoh menunggu juga bergantung kepada jumlah graduan di dalam dan luar negara yang melapor diri.
 
Pada tahun 2005, nisbah PPS kepada katil pesakit adalah 1 nisbah 10 hingga 14 . Pada masa kini, nisbah bagi PPS dan katil pesakit adalah  1:4. Walau nisbah ini berkurang, namun sebenarnya pendedahan kepada pesakit secara keseluruhan adalah masih hampir sama kerana kini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan sistem bekerja flexi, pertambahan bilangan hospital, pertambahan bilangan pakar, pertambahan bilangan pesakit serta pendedahan di klinik pakar, unit rawatan harian, dewan bedah dan lain-lain.
 
Bagi membendung peningkatan mendadak bilangan graduan perubatan, Kerajaan telahmelaksanakan moratorium bagi semua permohonan kursus baru bagi bidang perubatan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara untuk tempoh 5 tahun mulai 1 Mei 2011 sehingga 30 April 2016. Pihak KKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang bekerjasama menyediakan Memorandum Jemaah Menteri antara lain bagi untuk meneruskan Moratorium tersebut sekurang-kurangya bagi tempoh lima (5) tahun lagi dan memperketatkan lagi syarat kelayakan minima kemasukan ke program perubatan.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme