Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Soalan Parlimen-Langkah Pencegahan Korupsi Dalam Jab. Imigresen M’sia

Posted on Wednesday, 27-08-2008 by DAP Seputeh

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

NO. SOALAN : 12

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)

TARIKH : 26 OGOS 2008 (SELASA)

NO. FAIL : 1271

SOALAN :

YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk mencegah korupsi dan penyelewengan kuasa dari segi kelulusan permit pekerja asing di kalangan pegawai kerajaan tertinggi di Jabatan Imigresen berikutan dengan siasatan yang dijalankan oleh BPR terhadap Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah di Imigresen.

JAWAPAN :

Tuan Yang Di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Seputeh yang mengemukakan pertanyaan tersebut.

Kementerian memandang sangat serius isu-isu berkaitan korupsi, penyelewengan kuasa dan lain-lain perkara negatif yang dapat menjejaskan imej jabatan, kementerian dan Negara. Kementerian berasa amat dukacita di atas kejadian yang melibatkan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan beberapa pegawai kanan dan pegawai imigresen lain. Insiden ini sedikit sebanyak telah menjejaskan imej dan nama baik Jabatan Imegresen Malaysia.

Kementerian Komited penuh serta berazam supaya insiden serupa tidak akan berulang lagi. Bagi tujuan ini, Kementerian telah mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia, mengambil tindakan pencegahan dan pemantapan ketelusan membuat keputusan seperti berikut ;

i) Pusingan Kerja (Job Rotation)
Pegawai Imigresen yang telah berkhidmat di bahagian atau unit yang sensitive lebih dari 3 tahun ditukarkan ke bahagian atau unit lain. Selain dari itu, ada juga pusingan kerja di antara kementerian dan jabatan-jabatan lain di bawah Kementerian ini.

ii) Mengemas Kini Rekod Peribadi Dan Pengisytiharan Harta
Semua kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia diwajibkan mengemas kini rekod peribadi termasuk pengisytiharan harta.

iii) Penubuhan Jawatankuasa Bagi Menimbang Permohonan Kes-Kes Rayuan
Semua kes-kes bagi kes-kes rayuan lanjutan dan sebagainya akan di bawa ke Jawatankuasa Khas Rayuan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Imigresen setiap hari. Ini adalah bertujuan untuk mempastikan bahawa proses membuat keputusan adalah telus, dan mengelakkan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa. Melalui kaedah ini juga, kuasa membuat keputusan yang diberikan kepada pegawai-pegawai dikurangkan.

iv) Menempatkan Pegawai Imigresen di Lobi Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (Customer Relation Officers)
Bagi mengatasi masalah ‘agen-agen’ atau orang tengah, Jabatan Imigresen Malaysia telah menempatkan Pegawai Imigresen di Bahagian Lobi Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia untuk bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan. Mereka akan mengarahkan pelanggan kepada kaunter atau Bahagian Unit yang betul selaras dengan konsep ‘No Wrong Door Policy’ kerajaan.

v) Mengkaji semula semua proses dan prosedur membuat keputusan
Semua proses dan prosedur kerja dikaji semula oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk menjadikannya lebih telus, dan bagi mengelakkan perbuatan penyelewengan, penyalahguaan kuasa dan rasuah.

Demikian beberapa langkah akan datang, dan telah diambil oleh Kementerian bagi mencegah korupsi, penyelewengan dan penyalagunaan kuasa di kalangan pegawai-pegawai Jabatan Imigresen Malaysia.

3 thoughts on “Soalan Parlimen-Langkah Pencegahan Korupsi Dalam Jab. Imigresen M’sia”

  1. eagle says:
    Wednesday, 27-08-2008 at 14: 56.29

    Yb, I am not comfortable as always the government servant will be tarnished but I belief it is more complicated than what we see and what many people do not know and it is always difficult. I am sure you know what have happened had taken roots well before. Whatever answers given are more of an eye wash rather than real commitment and deterrent.It is the check and balance system need to be revamped.It cannot be just answered in the Parliament, public interest group have to be involved to be clearly define so that national interest can be protected. Then it can be seen that no one is seen to be the victim of circumstances. Remember if we want to find fault is very simple, but the bigger shit as always not seen. Thank you YB. IN GOD WE TRUST.

  2. lu18 says:
    Wednesday, 27-08-2008 at 15: 30.30

    During the last GE, we supported PR instead of BN in hope of getting a cleaner government. Can you please explain on the computer leasing scadal of MPSJ ? How can MPSJ be paying RM6000 lease the notebooks where the market price for each notebook is only around RM3000 ?
    http://www.chinapress.com.my/content_new.asp?dt=2008-08-27&sec=local&a rt=0827lk01.txt

  3. lee wee tak says:
    Monday, 01-09-2008 at 17: 27.57

    whatever langkah-langkah is undertaken the key attributes are:

    1) the civil servants are well paid
    2) all of them have the correct moral standpoint and understand the widespread implication of rasuah

    1) civil servants have been having grand increments and bonuses. Coupled with virtually no risk of retrenchment, no requirement to work OT, pencens, gratuities, preferential treatment in government healthcare etc they are in a way, much better off than a lot of people in the private sector.

    it is managing the cost of living in this country that would affect their livelihood

    2) if you look at the respond of the Puspakom people – went on strike when ACA is cleaning up the un-islamic (or against any other religion for that matter) of corruption in Puspakom, we know that the people in there have lost the plot.

    the question is, how many of the civil servants would react the same way or at least the same way when a similar action take place in their department?

    Our education and media systems defeat attempts for public & open debate, do not punish crime but condone negligence and inefficiency (e.g. how many negligent doctors been dealt with accordingly?)

    Malaysia do not have an adequate platform to promote attitude of righteousness, meritocracy, efficiency and accountability and after many years of environment to the contrary, to turn the whole thing around, is going to be very very difficult when you consider how entrenched some of the attitudes are

    the first step is to take swift, decisive action on the issues highlighted by the AG report. When we see some former head of departments selling nasi lemak from his BMW then perhaps the message will sink in.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme