Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen mengenai penggubalan ‘Retirement Homes Act’

Posted on Tuesday, 27-03-2012Thursday, 05-04-2012 by Teresa

Soalan No. 34

 

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN      :        LISAN

DARIPADA           :       YB PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)

TARIKH               :        27 MAC 2012

SOALAN :

YB. PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH) minta MENTERI KESIHATAN  menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk menggubal Rang Undang-Undang Kampung Persaraan (Retirement Homes Act) dengan tujuan menyelaraskan pembangunan Kampung Persaraan demi menarik pesara asing untuk bermastautin di Malaysia dan garis panduan pihak Kementerian terhadap hospital atau pun unit penjagaan orang tua yang diadakan di dalam Kampung Persaraan.

JAWAPAN :

Tuan Yang Di Pertua,

Warga tua berpandukan kepada World Assembly On Aging in 1982, Vienna ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Mengikut Statistik Jabatan Perangkaan pada tahun 2000, hanya 6 peratus daripada penduduk Malaysia berumur 60 tahun ke atas dan nisbah ini dianggarkan akan mencapai 10 peratus menjelang tahun 2020. Walaubagaimanapun, kadar ini masih rendah berbanding kadar 21 peratus di Negara-negara maju ketika ini, tetapi Malaysia akan termasuk dalam kategori Negara yang semakin menua seperti yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan bilangan warga emas melebihi 15 peratus daripada jumlah penduduk.

Dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK10), Kerajaan menyedari bahawa memanfaatkan golongan warga emas merupakan satu usaha yang bernilai. Justeru, dalam tempoh RMK10, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan warga emas di beri penekanan yang terus supaya mereka dapat menjalani kehidupan di hari tua dengan penuh bermaruah, berdikari dan lebih bermakna sebagai sebahagian daripada anggota penting dalam keluarga, masyarakat dan Negara. Langkah-langkah yang diambil Kerajaan sejajar dengan RMK10 adalah seperti berikut ;

a)     Memberi tumpuan lebih kepada usaha meningkatkan infrastruktur yang lebih mesra warga emas;

b)     Meningkatkan akses kepada kemudahan kesihatan yang mampu dibiayai;

c)     Menyediakan rumah perlindungan yang mencukupi untuk warga emas; dan

d)    Mengukuhkan kewangan serta peluang pekerjaan.

Bantuan subsidi, pendapatan dan program bantuan kepada warga emas, adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Berpandukan kepada Dasar Warga Tua Negara, JKM juga menyediakan pusat jagaan warga tua di samping pelbagai aktiviti dan program.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum berhasrat untuk menggubal Rang Undang-Undang atau garis panduan untuk mewujudkan Kampung Persaraan (Retirement Homes Act).

Sebaliknya, penjagaan kesihatan yang komprehensif khusus mengenai kesihatan warga tua secara nasional dijalankan oleh Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga di bawah Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia yang merupakan bahagian yang berkuasa penuh menjalankan program-program kesihatan warga tua. Kementerian Kesihatan telah menyediakan Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Tua pada tahun 1997 dan bagi mempastikan penjagaan yang lebih berkesan, selaras dan menyeluruh, Dasar Kesihatan Warga Emas Negara telah dibentuk dengan mengambil kira tindakan-tindakan yang sedia ada di peringkat antarabangsa dan nasional.

Di bawah Dasar ini, strategi-strategi yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan adalah dengan mengadakan promosi kesihatan, menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif dan berkesinambungan, menggalakkan menyelidikan mengenai kesihatan dan isu berkaitan kesihatan warga emas dan mengukuhkan kerjasama antara agensi Kerajaan dan swasta dalam menyediakan penjagaan kesihatan warga emas.

Selain itu, Kerajaan juga telah mengambil langkah yang bijak dengan mengintegrasikan perubatan geriatrik dalam program penjagaan perubatan. Perkhidmatan pakar genriatrik diwujudkan dan diperluaskan di Hospital Seremban, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang bagi membantu golongan warga emas. Usaha juga diambil bagi menyediakan perkhidmatan pemulihan yang lebih baik seperti perkhidmatan fisioterapi, audiologi, terapi pertuturan bagi warga emas yang menghidapi penyakit kronik dan mempunyai masalah kesihatan.

Di samping itu, bagi pesara asing yang bermastautin di Malaysia, sekaligus menjadi salah seorang warga emas di Negara ini dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang terbaik yang disediakan di Malaysia sama ada di pusat perubatan persendirian atau hospital-hospital swasta atau hospital-hospital kerajaan yang memberikan perkhidmatan bertaraf antarabangsa tetapi menawarkan kos yang lebih murah berbanding di Negara mereka sendiri. Malalui Program Malaysia Rumah Kedua Ku atau Malaysia My Second Home (MM2H) yang dipromosikan Kerajaan Malaysia bagi menarik pesara asing yang memenuhi criteria tertentu bermastautin di Negara ini memeberi kelebihan kepada warga emas berbangsa asing mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang sama dan berkualiti.

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme