Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan perbahasan RUU Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024

Posted on Thursday, 11-07-2024Thursday, 18-07-2024 by Editorial Team

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi di JPM atas usaha beliau untuk mempermudahkan mangsa dan saksi jenayah di mahkamah dengan membentangkan Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024 ini.

Pindaan ini menunjukkan kerajaan Madani adalah kerajaan penyayang yang mesra dengan kanak-kanak yang merupakan mangsa jenayah, khususnya jenayah seksual.

Saya ingin membangkitkan kes jenayah seksual yang melibatkan gurubesar dan 4 orang kanak-kanak di sekolah rendah di Butterworth, Pulau Pinang. Pelaku (perpetrator) didakwa ke mahkamah atas kesalahan mencabuli penghormatan (molestation) dan sodomi terhadap 4 murid-murid di sekolahnya pada Januari 2019.

Di antara 4 orang kanak-kanak ini, seorang budak yang merupakan mangsa sodomi tidak berminat untuk meneruskan dakwaan terhadap gurubesar dan kesnya digugur. Kes 2 orang budak yang merupakan mangsa “molestation” dipindah di mahkamah Bukit Mertajam dan stutus kes mereka masih berada dalam keadaan tidak pasti.

Hanya seorang mangsa kanak-kanak lelaki yang berumur 11 tahun menjadi saksi dalam pendakwaan di bawah seksyen 14(a) Sexual Offences Against Children Act, iaitu serangan seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak.

Kes kanak-kanak berumur 11 tahun ini boleh diteruskan kerana ibunya tegas dan mempunyai bantuan daripada NGO dan timbalan pendakwaraya yang berdedikasi. Akhirnya selepas perbicaraan di Mahkamah seksyen dan Mahkamah Tinggi, peguam pelaku berjaya menggunakan cara soal-siasat yang handal dan ketat terhadap- mangsa kanak-kanak ini, sehingga menyakinkan hakim membuangkan kes dakwaan serangan seksual gurubesar terhadap kanak-kanak ini.

Dalam tempoh perbicaraan ini, ibubapa mangsa kanak-kanak terpaksa pindah dia ke sekolah baru kerana tindakan undang-undang ini. Dua tahun kemudian, keluarga mangsa kanak-kanak ini terpaksa berpindah dari Pulau Pinang ke Baling, Kedah untuk mengeluarkan keluarga daripada keadaan dan suasana yang negatif.

Kes ini menunjukkan memang tidak mudah bagi seorang pesalah dalam kes serangan seksual terhadap kanak-kanak dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana kanak-kanak dan peguam/pesalah bukan berada pada tahap yang sama ataupun “level playing field”. Kanak-kanak mempunyai penguasaan bahasa yang terhad, mereka akan rasa takut bila berhadapan dengan hakim dan peguam bela pesalah yang menanya soalan secara bertubi-tubi kepada kanak-kanak di dalam mahkamah. Penyoalan dalam mahkamah (courtroom-style questioning) adalah amat berbeza dengan cara kanak-kanak berkomunikasi.

Dalam kes yang saya bangkitkan ini, mangsa kanak-kanak itu terpaksa berhadapan dengan gurubesar sekolahnya yang kelihatan orang yang berkedudukan tinggi, garang dan “powerful”.

Perbicaraan jenayah memang sangat menakutkan terhadap kanak-kanak dan ibubapa mereka, dan perbicaraan mahkamah selalu mengambil masa yang panjang dan mangsa dan keluarganya terpaksa berhadapan dengan pengalaman pahit mereka diulang-ulangi oleh peguam dan saksi. Itulah sebab ramai mangsa dan keluarganya enggan membuat laporan polis dalam kes serangan seksual dan berlakunya “under-reporting”. Kebanyakan ibubapa pilih menarik anak mereka dalam kes serangan seksual keluar daripada proses mahkamah.

Di bawah UN Convention on the Rights of the Child, kerajaan diminta memainkan tanggungjawab tambahan untuk memastikan kanak-kanak diperlindungi daripada semua bentuk keganasan dan mempunyai dalam system keadilan yang mesra dengan kanak-kanak (child-friendly justice system).

Saya ingin memuji YB Menteri dan pegawai di Jabatan Peguam Negara mem inbuat pindaan Akta Keterangan saksi kanak-kanak ini dengan kadar yang agak cepat selepas mendapati kelemahan dalam undang-undang asal tersebut.

Memandangkan kes serangan seksual selalu dibicarakan dalam mahkamah rendah yang merangkumi mahkamah sesyen, adalah penting bagi Jabatan kehakiman dan Jabatan Peguam Negara untuk menyediakan arahan amalan bagi hakim untuk menangani perbicaraan dan menjatuhkan kehakiman.

Kanak-kanak sering dikatakan menjadi mangsa bimbingan atau “coaching” oleh orang dewasa, dan dengan itu kredibiliti mereka dipertikaikan. Tetapi kita mesti faham, apabila kanak-kanak dilatih untuk membuat kenyataan palsu, keterangan mereka selalunya tidak begitu menyakinkan dan sukar bagi mereka untuk mengekalkan cerita rekaan sepanjang masa.

Jadi, kita haruslah yakin kanak-kanak memang dapat beri testimoni yang paling baik di mahkamah, kita haruslah yakin bahawa kanak-kanak akan telus dan jujur bila mereka menceritakan pengalaman pahit yang dialami oleh mereka.

Tuan yang diPertua, saya memberi sokongan penuh kepada RUU Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024 ini.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme